Uniqlo Limited Edition Stainless Steel Water Bottle
Sekali lagi terjebak shopping di Uniqlo sebab ada sale. Sebab satu lagi dapat free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle. Padahal baru je membeli haritu dapat tote bag dan recycle cup holder.
Dah lama tak shopping baju baru sejak PKP nak pergi mana mana pun tak boleh masa tu kan. Bagilaha peluang tambah baju baru. Mujurlah saiz tak berubah. Kah!
Dah lama tak shopping baju baru sejak PKP nak pergi mana mana pun tak boleh masa tu kan. Bagilaha peluang tambah baju baru. Mujurlah saiz tak berubah. Kah!
Bila ada sale value buy atau e-member price special tu kira berbaloilah jugalah membeli. Kalau tidak, tunggu bila perlu baru membeli. Baru-baru ni pun Uniqlo meraikan Thank You Festival dari 26 November 2021 sehingga 2 Disember 2021.
Jadi, Uniqlo menyediakan free gift Uniqlo limited edition stainless steel water bottle sebagai penghargaan kepada pembeli dengan terma dan syarat. Berguna ni bawa pergi travel atau nak bawa bekal jalan jalan.
Yang penting design dia cantik dan berguna. Dek kerana alang alang shopping, rebut peluang sekalilah dapatkan percuma.
Dapat jugak bawa beliau bercuti sekali haritu. Tak sesia lah dapat si comel ni. Untung jugak dia dapat ikut bercuti.
nota : maaflah kalau saya belum singgah lagi balas kunjungan. Elok dah ada masa, banyak tinggalkan komen sekali keluar notification "You have created the maximum number of comments for today, please try again tomorrow." Tanda kena berhenti komen dah tu. Dengki betul kan tak bagi kita komen banyak banyak.
Nice
ReplyDeleteYep :)
Deletemenarik
ReplyDeletesangattt :)
Deletecantik botol tu
ReplyDeleteSangat cantik. Berkenan betul.
Deletememang comel. samalah saya masa PKP tak berapa beli baju or kasut sebab duduk rumah je kan
ReplyDeletePKP banyak habis membeli makanan je. This time untuk pakaian lah pulak kan :)
Deletecomelnya.. nak juga satu..hehe
ReplyDeleteKena membeli apa yang patut tu..hehe..tapi dah habis promo dah tu.
DeleteNice and sweet je rupa dia
ReplyDeleteSedang elok rupa paras dan saiznya :)
DeleteMenarik ni. Last week masuk Uniqlo cuci cuci mata je nanti nak shopping jugaklah. Berkenan kat dress cantik cantik
ReplyDeletepasni bolehlah shopping pulak kan. Selamat shopping :)
DeleteComel dan kecik cenonet je botol tuu, senang nak bawak travel. Kalau botol besar besar ni susah nak bawak hahaha. Part komen tuu dah lama saya tak alami, kalau dulu pernah jugak alami, sekarang jarang jarang je buka blog sebab masa betul betul mencemburui >.<
ReplyDeleteSebab dia comel lah beria membeli tu. hehe..kalau komen tak henti henti memang akan keluar camtu. huhu..Faham Atiqah busy sekarang.
DeleteCantik botol tu..
ReplyDeleteKomen pun ada limit ke ..Nampak sangat Fiza ni peramah..Rajin komen sampai kena hadkan...🤭🤭
Cantik dan comel. Jadi tertarik untuk dapatkan dia.
DeleteIye mama cella, baru baru ada limit pulak dia. Hihi..taklah peramah nau tapi kena jugak balas kunjungan gitu :)
Simple and nice.
ReplyDeleteMuch easier to carry with.
Yep, mudah nak dibawa kemana mana. Ada pemegang dan saiz yang comel letak dalam beg pun muat.
DeleteSo cute! Hihi!
ReplyDeleteErr, tak pernah dapat noti gitu..WAW!
Memang cute :)
DeleteInstall apps dan register as member nona.
UNIQLO di Jakarta pun sedang ada diskount besar untuk akhir tahun. Kemarin saya kesana , hampir tergoda nak beli macam2, untung saja debit card terlupa bawa 🤣🤣🤣. Tapi memang UNIQLO ini brand favorit. Saya kalo sudah waktunya beli baju baru, pastilah perginya UNIQLO saja. Simple tapi nyaman. Dan kadang banyak hadiah kalo beli banyak 😄
ReplyDeleteHujung hujung tahun ni meriah dengan Year End Sale. Haha..boleh jimat banyak kalau terlupa bawa debit card. Brand fav saya jugak. Simple fashion, selesa dan banyak pilihan. ya, kadang terjebak beli sebab ada gift tu. Hehe...
DeleteBetul beli apabila berbaloi harga.
ReplyDeleteBarang percuma pun bermanfaat.
beli value buy atau e-member special memang untung lagi. Yep, betul boleh digunakan.
Delete