Air Batu Campur (ABC) RM7
Sekali rasa tak cukup, lepas tu beli lagi. Dah 2-3 kali dah beli Air Batu Campur (ABC) RM7 kat Resto Aisyah De' Kitchen ni. Sebenarnya beli makanan tapi alang alang dah beli makanan, tambah lah beli ABC sekali.
Sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti sirap, kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, air gula melaka, susu cair dan sebagainya.
Air batu campur diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari negara Jepun. Juga boleh didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama 'snow ice' dan sebagainya.
Air Batu Campur (ABC)
Selain nama air batu campur, dikenali juga dengan naam ais kacang dan Ais batu campur (panggilan di Pulau Pinang dan Singapura).Sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti sirap, kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, air gula melaka, susu cair dan sebagainya.
Air batu campur diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari negara Jepun. Juga boleh didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama 'snow ice' dan sebagainya.
Zaman sekarang dah bermacam jenis jenis air batu campur. Ada yang banyak isi dan ada yang kurang isinya. Tapi puas hati lah membeli Air Batu Campur RM7 ni. Boleh lah dilabelkan sebagai air batu campur special sebab banyak isinya.
Minum air batu campur ni pun dah rasa kenyang betul. Ada kacang merah, kacang shandong, jagung, cendol dan jeli. Itu je yang saya perasan. Ais dia dimesin halus, gula melaka bawah tu pun tak terlalu banyak. Manis tak manis sangat macam tu. Sedang elok kemanisannya.
Orang Seremban nak minum ABC dari pagi sampai ke malam bolehlah beli kat Resto Aisyah De' kitchen ni. Selain tu ada lontong, soto, mi kari, nasi ayam penyet, makanan korea dan hidangan lauk kampung dan macam lagi.
Tudiaaa kemain baik punya promo. Dah beberapa kali jugak membeli kat sini sebab banyak pilihan makanan favourite yang ada.
No 460 Ground Floor, Jalan Sri Penaga 13, 2, 70400, Jalan Sikamat, Taman Sri Penaga, Seremban
Kira okaylah dengan harganya tu kan. Kadang yang dalam mangkuk kecil pun dah RM5 harganya.
mood malas memotret gambar macam ni lah rupa dia. Tak ada nak setting props bagai. cepatlah kembali wahai mood |
Orang Seremban nak minum ABC dari pagi sampai ke malam bolehlah beli kat Resto Aisyah De' kitchen ni. Selain tu ada lontong, soto, mi kari, nasi ayam penyet, makanan korea dan hidangan lauk kampung dan macam lagi.
Tudiaaa kemain baik punya promo. Dah beberapa kali jugak membeli kat sini sebab banyak pilihan makanan favourite yang ada.
Tentu ramai penggemar yang suka beli ABC macam ni.
ReplyDeleteIye, kalau teringin baru membeli. Jenuh gak nak habiskan tu.
Deletesekrg cuaca panas, sedap makan ABC..ada yg topping aiskrim..
ReplyDeleteSejaak 2-3 hari ni memang cuaca panas. Memang sesuai sangat lah ber ABC ni. Ada topping aiskrim pun sedap!
DeleteSedapnya kalau minum tengah panas-panas ni kan..?
ReplyDeleteRm7 berbaloi la dengan cup yg diisi macam tu..
Jauh lak nk ke sana.. Takpe sekali sekala Aini turun sana nanti leh la cuba..
Sejuk tekak minum ABC bila cuaca panas ni. Memang berbaloilah RM7 untuk cup besar dan banyak isi. Kena cari dekat dekat Aini. Mesti ada orang jual :)
Deletesedapnya....
ReplyDeleteABC mesti sedap! :)
Deletesedaapp
ReplyDeleteSedap dah tentu :)
DeleteCuaca panas sekarang memang larislah jualan ABC dan yang seangkatan dengannya
ReplyDeleteBetul tu wak. Laris jualan minuman bila tiba musim cuaca panas ni.
DeleteSedapnya kalau lalu kat tekak masa cuaca panas yumms
ReplyDeletelegaa betul kalau air sejuk lalu tekak masa cuaca panas ni kan :)
Deleteboleh try..dah dekat sgt dengan rumah
ReplyDeleteNanti bolehlah cuba Ammi kalau balik Seremban.
Deleteperghhh ada yg esok cari ABC juga ni :D
ReplyDeleteSelamat mencari ABC esok KakRet :)
DeleteKat tempat Naniey susah nak cari ABC yang sedap. Selalu dapat yang tak cukup rasa, warna dan bahan.. Minum time panas ni memang sedap sangatlah tekak..
ReplyDeleteTapi kadang yang simple tak sarat dengan bahan bahan pun sedap jugak. Pekena ABC masa cuaca panas memang cepat habislah :)
Deletewahh abc manis xleh bwk bincang nihh 👍👍
ReplyDeleteManis tak manis sangat macam tu wak.
Deletecuaca panas dpt abc mmg best..tp kalau beli abc mmg request kacang dan jagung je
ReplyDeleteMemang bestlah sejukkan tekak minum ABC cuaca panas ni. Okaylah request makan apa yang kita suka je. Tak susah payah nak asingkan yang tak makan tu.
DeleteNak makan ABC tidak boleh makan benda lain sebab itu jarang pesan.
ReplyDeleteLumayan isi dalam ABC Fiza itu.
Kena request letak apa yang perlu je kak. A ah, macam macam ada isinya.
DeleteMeriah dengan isi isinya....suka kacang merah yang besar tu..
ReplyDeleteYep, isi dia meriah ada macam macam. Saya pun suka kacang merah besar tu.
DeleteDulu ABC hanya ada jagung, cincau dan kacang merah sahaja. Sekarang macam-macam pilihan yang ada. Biasanya penuh mangkuk saiz besar, jenuh nak habiskan. Tapi berbaloilah dengan harganya, boleh makan berdua.
ReplyDeleteABC basic pun dah sedap dah. Sekarang ni macam macam isi diletakkan. Biasanya share je. Memang tak habis minum sorang. Berbaloilah dengan harga kalau macam ni. Tak kedekut isi.
DeleteCondiment dalam ais kacang pun banyak . Berbaloi la dengan harga
ReplyDeleteYe, sangat banyak. Tak kedekut. Puas makan.
Deleteklau dkt penang, panggil ais kacang.
ReplyDeletebru nk beli smlm, tp dh habis. cuaca panas kan, cpt je habis.
A ah Penang panggil ais kacang kan. Musim panas ni memang mencari minuman sejuk sejuk.
Delete