Header Ads

Baby Siew Pak Choy Tumis

Jarang sekali dapat keluar beli barang dengan encik suami. Biasanya dia akan pergi sorang. Sejak COVID-19 ni memang malas nak keluar. 

Sekali dapat keluar, dapatlah belek-belek apa yang jarang dibeli. Kalau suami keluar, dia beli apa yang kita tulis je lah kannn.

Nampak sayur baby siew pak choy fresh terus ambil je. Suka jenis sayur hijau segar bagai baru dipetik dari kebun. 

Suka jugak jenis sayur mini mini ni. Dia lebih fresh dan rangup. Baby cabbage, baby kailan, baby romaine itu antara sayur favourite.

Tapi yang jenis baby ni susah jugak nak dapat. Itu yang kalau jumpa terus beli. Resepi baby siew pak choy ni tumis dengan bawang putih dan bawang merah tambah sos tiram pun dah sedap.  

Tak perlu ikan bilis dan tambah garam dah. Simple je masaknya pun.

Ikut chinese style, tumis guna bawang putih je paling simple dan mudah. Ada juga jenis rebus dulu, kemudian buat sosnya tumis bawang putih banyak dan sos tiram kemudian curahkan je atas sayur dah siap rebus tu. 

Banyak cara dan semuanya sedap sedap.

Baby Siew Pak Choy Tumis

Tersilap pulak letak dalam pinggan besar. Patut letak dalam piring. Ini kalau kat rumah mak dah kena bebel dah guna pinggan tak sesuai dengan isinya seciput. Hehe...

Sambil tu sempat lagi ambil gambar baby siew pak choy ni. Comel pulak namanya kan. Siew pak choy in malay ada yang panggil sawi bunga, ada yang sebut sawi putih. Adakah sama dengan bok choy? Mana satu yang betul pun tak tahulah. 

Baby Siew Pak Choy

Daunnya cukup hijau dan segar. Tak nampak daun yang layu atau lecur. Elok je.

Baby Siew Pak Choy

Harga baby siew pak choy RM2.29/100gram.

Baby Siew Pak Choy

هناك 40 تعليقًا:

  1. mmg baby lagi sayr ni...comel je. slalu ammi beli yg dah "remaja".

    kalau kat rumah bila tanya kyra nak sayur apa mesti jawapan dia siew pak choy..hari2 pun dia boleh makan

    ردحذف
    الردود
    1. Baby sangat ni Ammi. Yang remaja pun sedap jugak.
      Ohh kyra peminat siew pak choy. Baguslah hari hari boleh makan, senang kerja Ammi masak sayur ni je :)

      حذف
  2. Comelnya…macam tak pernah perasan pulak ada jual.
    Lepas ni kena membelek lebih sikit lah akak 😀

    ردحذف
    الردود
    1. Jarang ada kak, terjumpa tu yang terus beli tu. Kena belek lebih rak sayur :)

      حذف
  3. Aini pun suka sayur yang metot ni..sedap fresh and crunchy..
    Cantik gambar.. hijau je tengok..

    ردحذف
  4. Pak Zain memang selalu beli baby Pak Choy ni...suka masak sos tiram, goreng bawang putih atau goreng ikan masin..sedap..

    ردحذف
    الردود
    1. Masak sos tiram paling sedap kan. Goreng bawang putih pun sedap, tambah ikan masin pun sedap. Eh..semua sedaplah cerita dia :)

      حذف
  5. antara sayur paling mudah di masak bagi akak

    ردحذف
  6. suka jugak sayur ni. kalau rasa rajin sikit akan kukus supaya kurang layur berbanding rebus dan masih rangup.

    ردحذف
    الردود
    1. Kukus pun sedap jugak. Tapi tulah, kena tunggu rajin baru mengukus.

      حذف
  7. Agaknya masa nak masak nampak banyak, tu yg ready pinggan besar, hehehe.

    Akak pun suka sayur yg baby2

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha..pastu lupa pulak kan sayur dah goreng layu, jadik sikit.
      Yang baby memang sedap :)

      حذف
  8. sebenarnya kita lagi tertarik tengok pinggan dengan prop yang fiza guna untuk ambil gambar..haha

    btw nampak sedap sayur fiza masak ni :)

    ردحذف
  9. Dap nyeee baby pak choy ni.. goreng ke stim ke.. mmg sodappp

    ردحذف
  10. Sha pun suka sayur ini.. Baby ataupun remaja.. kikiki..
    Tapi yg baby tu susah nak dapat.. Kalau terjumpa memang boronglah..

    ردحذف
    الردود
    1. Dua dua pun sedap. A ah, yang baby jarang nampak. Yang remaja selalu ada.
      Tu yang beli terus tu bila jumpa baby.

      حذف
    2. hihi..kita buat jadi ada. Kira sedang sedang lah gitu :)

      حذف
  11. Sedap ni baby siew pak choy makan panas-panas. Kak Amie suka ratah begitu saja. Nak masaknya pun senang kan Fizah, tak banyak songel bubuh banyak bahan.

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun makan ratah je. Tak gaul dengan nasi. Kadang je makan dengan nasi. Ye, senang betul tak banyak songeh :)

      حذف
  12. Ai tak pernah beli baby ni sebab kecik nau. Tak cukup. Huhuhu!

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..sekali goreng je habis kan. Sesekali nak makan tu bolehlah :)

      حذف
    2. tu la tu.
      aida biasa beli 3 pek, aisya & fiza.
      baru muai skit makan sekeluarga :)

      حذف
    3. Beli banyak puas hati sikit dapat makan banyak kan kak Aida :)

      حذف
  13. Akak pun suka tapi jarang dapat makan. Dahulu selalu beli dengan kacang ketip (snow peas)
    Haha nama betul tidak pasti bagaimana.

    ردحذف
    الردود
    1. Susah nak jumpa jenis baby ni kak. Kacang ketip tu macam kacang peas campur sayur campur tu ye? Sedap jugak kacang tu.

      حذف
  14. Sayur macam ni memang selalu masak macam ni je sedap. Buat ratah pun sedap atau makan dengan bubur nasi kosong pun sedap. Naniey biasanya celur sayur tu buat kuah asing lepas tu siram je kuah tu atas sayur.. Siap. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, cara masakannnya simple je. Ratah atau makan dengan nasi atau bubur pun sdap. Ohh style naniey macam tu. Mana mana cara pun sedap.

      حذف
  15. Dulu mak saya tak pernah beli atau masak sayur ni.1st time saya makan tahun 90-an masa bulan puasa beli kat Bazar Ramadhan BTR..Dimasak sambal udang kering disiram atas sayur sepokok2 tanpa potong Rasa sedap sangtmat Sampai kerang teringat

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap jugak style masak siram sambal udang kering. Memang sedap sayur ni di olah macam macam cara masakan pun sedap. Dia tak sepahit sawi :)

      حذف
  16. Nampak segar ranggup tu. Betul dengan bawang putih je tumisnya pun dah sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang segar dan rangup baby siew pak choy ni. Yep, tumis bawang putih pun sedap :)

      حذف
  17. aida sgt suka baby pak choy ni, fiza.
    baby kailan pun sama. sedap buat tumis tumis gini.
    then makan dgn nasi panas2, sedap.
    tak payah dah lauk lain :)

    ردحذف
    الردود
    1. Sayur yang seangkatan dengannya memang sedap tumis macam ni. Ratah pun sedap.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.