Banjir Terburuk Di Segamat 2022

Dua hari lepas, hari Khamis penduduk kampung dah mula balik rumah masing-masing sebab air dah mula surut. Tapi masih ada rumah yang ditenggalami air banjir. Mana yang dah surut tu, ada yang dah mula mengemas.

Keadaan rumah masing-masing jangan cakaplah. Memang dasyat! Sedih tengok apatah lagi yang merasainya. Perit nak mulakan hidup baru dengan keadaan rumah yang tak ada apa dapat diselamatkan. Syukur ada pihak pihak yang menghulurkan bantuan. Ringan sikit beban yang ditanggung.

Redha dengan ujian Allah. Ujian menguji keimanan kita. Mengajar kita lebih bersyukur. Semoga mereka terus kuat semangat. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik dan Allah permudahkan segala urusan mereka. Aaminn...

Jalan jalan yang dinaiki air semua dah boleh lalu cuma ada sesetengah jalan rosak disebabkan hakisan arus air banjir yang kuat.

Beginilah keadaan kampung saya. Paling kesian rumah yang hanya tinggal bumbung sahaja. Rumah saya, kalau hujan berterusan dan air naik mungkin akan kena jugak. Tapi seumur hidup memang rumah tak kena banjir. Alhamdulillah...tapi risau jugak sebab terputus hubungan.

Keadaan kampung macam pulau. Banjir ni dah kira sebati sejak dulu. Cuma sejak ada ban, banjir tu tak teruklah. Kali terakhir peristiwa banjir paling teruk tahun 2006. Lebih kurang begini tapi yang ni lebih dasyat sebab air naik lagi cepat.

Cerita Banjir Di Segamat
sumber : facebook


Kronologi banjir

Hujan berterusan sejak hari Khamis 30 Disember 2021 menyebabkan ban berhampiran Kampung telah pecah pada awal pagi 3 Januari 2022. Limpahan air dari ban yang pecah punca air banjir naik secara mendadak.

Dengan sekelip mata kampung digenangi air seperti lautan. Mangsa banjir kawasan rumah rendah terpaksa keluar selamatkan diri di PPS kampung. 

Ada maklumat mengatakan ada empangan yang akan dibuka dan mungkin akan menyebabkan tsunami, seluruh penduduk kampung diarahkan keluar dari kampung dan berpindah ke PPS kawasan lain yang lebih selamat.

Lepas empangan dibuka, air naik lagi. Syukur lepas tu hujan berhenti dan cuaca mula cerah. Air pun beransur surut. Dalam beberapa hari je air banjir memusnahkan semuanya. Allahuakbar.

Syukur semua penduduk kampung berjaya dibawa ke tempat yang selamat. Dugaan sambut tahun baru dilanda banjir.

Bukan kampung saya je dilanda banjir teruk. Banyak kawasan banjir di Segamat yang kena tempias banjir. Ada kawasan yang tak pernah kena banjir pun boleh kena air banjir jugak. 

Kun fayakun/ كُنْ فَيَكُونُ

Cukup Allah kata "jadi. Jadilah ia."
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia"
-Surah Yasin, ayat 82

10 comments:

  1. Semoga dikuatkan hati mangsa-mangsa banjir semua.

    ReplyDelete
  2. Banjir yg tak disangka2, rumah mak kawan akak, 6 almari terpaksa dibuang. Isi almari tak tahulah macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Begitulah kak, ramai yang buang je perabot semua sebab dah musnah teruk.

      Delete
  3. Haah dengar kes banjir di Segamat itu kritikal.
    Tiba-tiba kena banjir buat mangsa meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaling teruk banjir tahun ni kak. Banyak dapat liputan.

      Delete
  4. Banjir yang paling teruk . Banyak barang-barang yg rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir yang ramai kehilangan harta benda. Musnah dalam sekelip mata. Allahuakbar. sayu tengok.

      Delete
  5. Rumah kawan akak pun kena...baru ni ada la tanya dia..tp sedihnya akak kena marah balik..katanya baru skrg nak amik tau ke?aduhai..akak diam je la..mungkin dia dalam tertekan ..sebab akak pun sibuk dengan kerja..dengan family lagi...sampai hari ni akak diam je xde tanya khabar dia macam selalu..okey la agaknya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..macam tu pulak. supposed say thanks sebab bertanya khabar. Takpelah, kita fikir positif mungkin juga dia stress.. Semoga mereka sabar dan terus kuat semangat. Aaaminn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.