Buku Buku Kiriman Seseorang

Sewaktu ambil bungkusan satu lagi ni yang elok terletak di tembok, perasan bungkusannya dah koyak. Nampaklah isi dalamnya. Mujur plastik see through tu tak koyak. Kalau tidak, memang terbarailah. 

Entah bila masa bungkusan ni sampai tak tahu lah. Tak ada hon, tak ada orang bagi salam, tak ada bunyi kereta pun. Tahu tahu dah ada kat tembok.

Walaupun dah nampak isi dalam dan tahu pengirimnya, tetap excited nak buka bungkusan. Sekali buka, bukan 1 bukan 2 bukan 3 tapi 5 buku sekali dapat! Dengan sticker comel lagi tu. 

  • Executive planner 2022
  • Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku
  • Janji Itu pasti edisi Nov 2021, Antologi cerpen bersama Novelis Hasreeyati Ramli
  • Titipan Suara Hati edisi Okt 2021, Antologi cerpen bersama Novelis Hasreeyati Ramli
  • Sticker Molang Point
  • Mini note book

Top 10 Komentator Blog Syazni Rahim

Bertambah koleksi planner 2022. Banyak benda nak ditulis dalam tu. Mini note book berupa kucing tu comel betul. Sayang pulak nak guna. Sticker Molang point tak kurang jugak comel dia. Sayang jugak nak gunakan dia. Dah semuanya sayang, kita simpan dulu lah.

Paling rasa tak percaya dapat hadiah buku "Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku" buku fresh from pencetak dari penulis sendiri. Buku solo ketiga hasil tulisan beliau. Siapa je tak teruja dapat hadiah buku baru keluar ni kan. 

Yang berminat nak tambah koleksi pembacaan boleh pre order buku "Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku". Sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan dewasa. Nanti dah baca saya update entry lainlah ye.

Terima kasih banyak banyak blogger Syazni Rahim. Dah berkali kali terima hadiah dari beliau sempena jadi top komentator. Naik segan juga dibuatnya. Orang memberi, kita menerima. 

Kali ni saya dapat sempena jadi Top Commentator Blog Syazni Rahim Disember 2021 dan sepanjang tahun 2021.

Semoga terus berkarya menghasilkan buku buku seterusnya. Bukan mudah nak menulis dengan kekangan masa untuk kerjaya dan keluarga. Salute ada masa untuk menulis buku. Tahniah!

Jom singgah blog syaznirahim.com

Saya memang jenis komen sekali banyak. Lebih dari satu lah kalau sekali singgah. Sejenis tak reti nak komen seketul je melainkan entry baru ada seketul je belum dikomen. 

Kalau lama tak singgah, banyak entry banyaklah saya komen selagi tak keluar robot tu. Bergantung pada masa jugak sebenarnya. Kadang sikit jugak komen, nanti nanti singgah lagi. Macam tu lah kaedahnya.

Ada masa tak dapat nak singgah dan komen. Tekan tekan tak publish pun. Komen pun hilang. Adeh!

22 comments:

  1. Alhamdulillah dah sampai, terima kasih fiza! Terimalah buah tangan saya untuk fiza sebagai Top Commentator sepanjang tahun 2021 di blog saya. 😘☺️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih banyak² untuk kiriman semua buku buku ni. Suka sangat!
      Terima kasih juga selalu singgah sini :)

      Delete
  2. Tahniah Fizah.
    Hadiah itu berupa satu penghargaan sahabat blogger yang sentiasa menceriakan suasana dengan komen - komen yang ditinggalkan. Moga ukhuwah terus berpanjangan walaupun hanya di alam maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih Kak Amie. Sama samalah kita saling berkunjungan.
      Semoga perhubungan baik terus terjalin walaupun di alam maya :)

      Delete
  3. Banyak buah tangan yang dapat. Tahniah. Hehe yang sayang guna, guna apabila perlu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak. Nampaknya begitulah, simpan dulu dan guna bila rasa nak guna :)

      Delete
  4. wahh..tahniah! bertambah bahan bacaan..

    kekdg komen tak hilang, tapi dilabel sebagai 'spam'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)

      Bukan hilang macam tu kak. Bila tekan publish tu dia macam komen tu tak masuk pun.
      Jenis komen masuk spam tu okay lagilah. Kalau dashboard sendiri selalu check jugak.

      Delete
  5. Tahniah Fizah. selamat membaca dan mencoret dalam planner. buku baru tu.. memang seronok bila penulis sendiri yang bagi

    ReplyDelete
  6. tahniah kak fizah..best kan dpt byk buku..

    ReplyDelete
  7. Senang nya dapat bukuuu. Dulu tiap kali ke Malaysia, saya selaku beli novel-novel dari penulis Malaysia. Dan ternyata banyak yg saya suka. Di rumah ada beberapa novel yang selalu nya saya beli saat sedang kesana atau saat sedang study dulu. Soalnya membaca novel Malaysia nih, bikin saya lebih paham dengan istilah2 informal yang sering dipakai bicara. Awal-awal bingung bacanya, tapi ada teman college yang orang Malaysia, dialah yang bantu translate jika ada istilah yang saya tak paham 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sudah biasa dan faham dengan kawan kawan di college. Jadi tak sukar nak faham bahasa pasar yang ada dalam novel. Nanti datang Malaysia boleh tambah koleksi baru. Boleh jugak order dari penulis blogger yang disebutkan tu :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.