Cuba Petua Rebus Jantung Pisang Untuk Buat Ulam
Nama je penggemar jantung pisang. Tapi baru pertama kali merebus jantung pisang untuk dibuat ulam cicah sambal gesek. Jantung pisang bekal mak bagi masa balik kampung sebelum banjir. Lama betul terbiar tu. Nasiblah elok lagi bila dibuka sehelai sehelai kelopak jantungnya.
Jantung pisang ni saiznya memang besar, yang boleh dibuat makan tinggal saiz cenonet kecil je. Disebabkan pertama kali nak merebus, saya pun gunakan lah petua cara rebus jantung pisang tidak hitam dan tidak kelat.
Cara rebus jantung pisang tidak hitam
Rebuskan jantung pisang dengan garam dan asam keping. Ada juga petua lain letakkan minyak masak sikit. Selain tidak lebam, itu juga cara menghilangkan getah pada jantung pisang. Pastikan jantung pisang tenggelam dalam air.Cara saya, saya didihkan dulu air bersama garam dan asam keping. Lepas tu baru saya masukkan jantung pisang yang dah dibasuh. Semasa merebus tu memang tak nampak berbirat pun. Saya ikut petua lain juga, jangan belah sebelum merebus. Belah selepas merebus.
Begitu ya. Resepi mak mentua masak lemak cili padi kak. Campur dengan udang. Aishhh. terangkat gak
ردحذفMasak lemak cili api campur udang pun sedap ye. Baiklah, nanti boleh cuba. Thanks share Aien. Memang terangkat ulam jantung dengan sambal.
حذفAkak tak pernah rebus sendiri jantung pisang ni, tapi kalau makan di nasi campur di kedai dan ada jantung pisang rebus, cepat2 ambil sebelum habis, hihi.
ردحذفKalau jumpa kat kedai memang kena cepat ambil. Susah nak jumpa tuuuu
حذفOm suka makan ulam jantung pisang, cicah dgn sambal belacan. Padu rasanya!
ردحذفSedap kan! Memang padu cicah dengan sambal belacan.
حذفSedaonya jantung pisang, kerabu perut jantung pisang pun menyelerakan, nampak segar elok Fiza rebus, kira pass tu :)
ردحذفSedap sangat bila lama tak makan. Dah lama teringin pulak tu kan. Pada saya pun kira pass lah tu walaupun rupa dia agak lebam sikit.
حذفsamalah macam saya. suka dan selalu makan tapi tak pernah rebus sendiri. next time kena cuba. terhabis ke makan sorang tu? tak habis pass sini sikit. hehe
ردحذفBlur pulak tetiba kena masak sendiri kan. Haruslah habis Sal. Sorang makan pun habis. Ratah cicah sambal belacan. Nak simpan untuk dinner nanti tak sedap dah. Hihi...
حذفkan. jantung pisang tak boleh simpan lama. saya kalau dapat makan tak perlu lauk lain dah
حذفTak sedap kalau dah sejuk lama sangat. Tak pandang dah ulam lain kannn 😅
حذفWak selalu juga ngulam jantung pisang rebus ni.
ردحذفAda beberapa jenis jantung pisang yang tak lebam bila direbus
Rezeki wak dapat makan jantung pisang selalu. Jantung pisang apa tu wak?
حذفSaya pun bab merebus jantung pisang memang fail...Tak reti nak rwbus jadi putih bersih...huhuhu
ردحذفHihi..asalkan sedap dimakan. Apalah ada pada rupa kalau dah sedap :)
حذفSelalu juga Kak Amie rebus jantung pisang. Kadang lebam, kadang okey cantik putih. Agaknya ikut jenis jantung pisang kot.
ردحذفOhh macam tu ye. Mungkin jugaklah kan.
حذفAkak pun kurang makan jantung pisang. Selalu juga emak rebus buat ulam atau masak lemak.
ردحذفKegemaran Fiza rupanya.
Ulam tu biasa jugak makan kak. Kalau masak lemak belum pernah rasa lagi. nanti nanti boleh cuba masak lemak pulak. Ye kak, fav saya jantung pisang ni :)
حذفKesukaan ccl juga ni . Jantung pisang rebus dicicah dengan air asam picit . Sedap
ردحذفBuat ulam cicah sambala ke asam picit ke memang padu kan lyana. Berselera makan nasi.
حذفsyu mcm xpernah mkn..
ردحذفOh ye? Kalau ada cubalah rasa nanti :)
حذفNaniey cicah budu. Hehe. Sedapnya. Lama betul tak makan jantung pisang. Biasa tunggu balik kammpung baru makan. Nak rebus sendiri takut tak jadi. Tengok nangka orang share pun sampai lebam lebam. Terus tak berani nak buat sendiri.
ردحذفItulah tu, biasa balik kampung baru dapat. Bila mak bekalkan bawak balik blur tak tahu nak buat camne. Hihi..kena orang yang biasa buat baru best makan, kan :)
حذف1-2 kali yg pertama, tak menjadik jugak aida merebus jantung pisang ni.
حذفlater on, ok dah. nanti nak try guna petua fiza ni.
moga lebih cantik la :)
Harap better lah. Tapi macam kak Amie dan wak cakap bergantung pada jenis jantung pisang jugak.
حذفaida rebus gitu aje, fiza.
ردحذفok. cicah dgn air asam. aduhai, sedapnya.
suka sgt la. pernah jugak cicah budu, fiza.
oh my God. makan nasi bertambah-tambah!
Kalau okay takpe kak. Tak payah tambah asam keping dan garam lagi.
حذفSaya biasa cicah sambal gesek atau sambal belacan. Air asam dan budu tak pernah cuba.