Filem Gracias Barcelona

Filem Gracias Barcelona full movie ditayangkan di saluran 480 Astro First bermula hari ni 13 Januari. Filem Gracias Barcelona dibintangi pelakon utamanya Kamal Adli dan Fathia Latiff. 

Untuk menonton Filem Gracias Barcelona, boleh melanggan saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand dengan harga RM15. Tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Menariknya, penggambaran Filem Gracias Barcelona dibuat di Barcelona dan Sepanyol.  Antara lokasi yang menjadi latar dalam filem ini adalah La Sagrada Familia, Stadium Camp Nou Football, Casa Batllo, Port Olympic Barcelona dan pantai Port Olimpic. Sudah pastinya Filem Gracias Barcelona memaparkan sinematografi yang menarik.

Gracias =Terima kasih

Filem Gracias Barcelona Full Movie

FILEM GRACIAS BARCELONA

Tarikh Tayangan : 13 Januari 2022
Siaran TV : Astro First (CH480)
Cerita Asal : Mimi Azura Ahmad Tajudin
Penulis skrip : M.F Kencana
Lakon Layar : M.F Kencana
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Azura Pictures Sdn Bhd
Genre : Romantik

PELAKON DAN WATAK

  • Kamal Adli sebagai Kamal
  • Fathia Latiff sebagai Fatiha
  • Afiq Muiz sebagai Adam
  • Bell Ngasri sebagai Azraf

SINOPSIS GRACIAS BARCELONA

Mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati. Turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam alam perkahwinan.

Cinta Kamal (Kamal Adli) dan Fatiha (Fathia Latiff) berputik sejak mereka menuntut di Barcelona, namun hubungan itu tergugat apabila kembali ke tanah air. Dalam usia yang masih muda dan kesempitan hidup, Fatiha tewas dengan ujian dan dugaan alam perkahwinan apabila dia memilih untuk mengejar kesenangan dan godaan orang ketiga. Tinggallah Kamal dengan kasih setia yang terpahat dan tersimpul mati di dalam hatinya.

Kamal (Kamal Adli) bertemu Fatiha (Fathia Latiff) di Barcelona, Sepanyol ketika mereka menjadi pelajar di Universiti yang sama. Pertemuan yang pada mulanya tiada membibitkan apa-apa perasaan, akhirnya bertukar kepada rasa cinta. 

Demi menghalalkan sebuah perhubungan, terutama ketika di negara asing, mereka mengambil keputusan untuk bernikah tanpa pengetahuan keluarga di tanah air. Kasih sayang Kamal terhadap Fatiha terlalu mendalam, tiada yang dapat memisahkan mereka dan sanggup berkorban apa saja demi Fatiha.

Kehidupan dan dugaan hidup di negara asing berlainan, tiada dugaan dari keadaan sekeliling atau dari pihak ketiga.

Sekembalinya mereka ke tanahair, Fatiha sedang mengandung. Keluarga yang terasa dipinggirkan kerana tidak diberitahu akan perkahwinan mereka, mula menyisihkan diri. Tidak seperti yang dijangkakan. 

Walaupun Kamal dan Fatiha mempunyai ijazah luar negara, sekembalinya mereka ke Malaysia, mereka masih tidak mendapat peluang pekerjaan yang berpatutan dengan kelayakan mereka ada. Hiduplah Kamal dan Fatiha dalam serba kesempitan, apatah lagi dengan kehadiran bayi.

Dugaan dan ujian mula mendatang apabila dihimpit kesempitan hidup. Kasih Fatiha terhadap Kamal mula tergugat. Barulah Fatiha rasakan yang dia belum bersedia untuk hidup bekeluarga dan membesarkan seorang bayi dalam usia muda. 

Naluri mudanya mula mendambakan kesenangan hidup, tidak mahu memikul tanggungjawab membesarkan bayi dan hidup dalam kesempitan dengan suami yang tidak dapat memberinya kesenangan hidup.

Kehadiran kekasih lamanya, Adam (Afiq Muiz) menambahkan konflik cinta Kamal dan Fatiha. Fatiha meninggalkan suami dan anak demi mengejar kesenangan hidup, lupa segala janji pada Kamal untuk sentiasa setia hidup bersama dalam susah dan senang.

LAGU TEMA (OST) GRACIAS BARCELONA

Lagu : Gracias Barcelona
Penyanyi : Nadia Hasnan
Lirik : Leaism
Komposer : El Moe Hussaini
Nota : Lagu ini digubah mengikut rentak Spanish, Flamenco dan Latin.

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.