Header Ads

Guna Epilator Lebih Mudah Berbanding Bercukur, Mencabut atau Waxing

Pengaruh rakan blogger ni bahaya betul. Jangan ditunjuk nanti terpengaruh. Gara-gara entry epilator nadiajamhari lah saya terbeli jugak epilator yang sama cuma jenama berbeza. Membelek kat shopee banyak betul device yang sama, jenama ada macam-macam.

Sampai tak tahulah nak memilih yang mana satu best epilator. Sudahnya saya pilih model Daling. Disebabkan nak cuba dulu, saya survey mana-mana yang okay dengan bajet.

epilator hair removal

Epilator, cara lain selain bercukur, mencabut atau waxing

Sejenis alat pencabut bulu yang terdiri daripada deretan pinset (tweezer) pada sebuah roda berputar. Roda pinset akan berputar dan lampu epilator automatik menyala, pinset-pinset tersebut akan 'buka-tutup' sama seperti kita menggunakan pinset.

Bercukur memang mudah tapi saya tak memilih cara bercukur sebab risau luka terkena pisau dan bulu cepat tumbuh. Kadang kala ada menyebabkan kegatalan. 

Mencabut, satu proses yang lama dan menyakitkan juga. Tapi beauty is pain kannn. Tahan je lah cuma ada masa tak ada masa je lah.

Waxing saya pernah cuba juga guna wawawax. Memang berkesan tanggalkan bulu. Dia tarik sampai ke akar. Tapi hazab lah sikit tahan sakit masa nak tarik kain yang melekat tu. Ambil masa yang lama jugak lah proses tu. 

Pernah juga gunakan jenis krim dan spatula tapi lecur kulit kaki. Aduhaiiii..merana tahan sakit. Tak pasal berbekas!

Jadi, cara lain yang lebih murah baiklah guna epilator. Sangat sangat berkesan, mudah dan jimat masa.

epilator hair removal

Package include

  • 1 x Cleaning brush
  • 1 x Manual user
  • 1 x Epilator
  • 1 x USB wire charger
Manual dia ada pada bahagian bawah. Lupa pulak nak keluarkan. Mudah nak ikut cara penggunaanya pun.

epilator hair removal

Specification :

Model : Daling (DL-6003)
Charging time : 8 hours
Full charge shaving time : 40 minutes
Input: DC5V 1A
Voltage : 110 - 220V 50/60Hz 3W
Power supply : battery or USB charge
Material : ABS
Color : White + pink
Weight : 275g
Size : 11cm x 7cm x 3.5cm
Light : Yes

Inilah dia rupa pinset (tweezers) dan rotating head. Bila berpusing dia akan kepit bulu dan tanggalkan. Kurang sikit rasa seram bukan macam pisau pencukur tajam. Tapi yang seram sikit bunyinya kuat sikit. Tapi masih boleh tolerate lagi lah.

epilator hair removal

Memang puas hati guna epilator ni. Sakit sekejap je. Yang penting puas hati guna.

Tips penggunaan Epilator

  • Gunakan dengan melawan arah tumbuhnya rambut
  • Tarik sedikit kulit untuk membantu proses pencabutan lebih mudah dan berkesan.
  • Bilas dengan air dan bersihkan epilator sebelum digunakan untuk mengelakkan infeksi.

Kebaikan epilator

  • Menjimatkan masa untuk membuang bulu bulu 
  • Menjimatkan duit juga, hanya perlu beli sekali dan boleh digunakan selagi mana berfungsi dengan baik tanpa perlu menggantikan pinsetnya.
  • Bulu dicabut sampai ke akar dan lambat nak tumbuh baru.

Keburukan epilator

  • Akan merasa sakit sikit pertama kali menggunakannya. Sakit terasa bila bulu dicabut. Bila dah terbiasa mungkin kurang rasa sakitnya.
  • Menyebabkan iritasi kulit merah merah selepas bulu dicabut. Kesan ni sementara je. Kena sapu pelembap selepas itu.

هناك 29 تعليقًا:

  1. Macam-macam gajet sekarang ni yer..Banyak memudahkan kerja termasuk kerja-kerja "mencabut"🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, teknologi sekarang macam macam kecanggihan gajet ada. Bagus jugaklah ada gajet canggih jadi mudah kerja :)

      حذف
  2. lebih suka guna waxing yg wawawax tu. tak berani nak pakai epilator sebab takut salah cara boleh jadi berdarah pulak huhu seram.

    ردحذف
    الردود
    1. Lebih kurang jugak ni sebab cabut. Cuma waxing tu sekali sentap habis semua tanggal. Cuma leceh sikit lah proses dia pada saya.

      حذف
    2. mungkin lah kan, sebab dengan melekit2 bagai tu.

      حذف
  3. kalau baca review di shoppee memang ramai yang kata okey. saya sendiri masih survey sahaja, belum datang keberanian nak cuba.. hehehe.. :)

    ...

    ردحذف
  4. Adododo ramai jugak menyebut ni. belom ada keberanian lagi. Pernab try satu epiletor macam lisptick.. tp tak tahan lama.

    ردحذف
    الردود
    1. Hihi..first time memang sakit sikit. Lama lama okaylah. Pernah tengok gak jenis lipstick tu tapi tu macam cukur kot bukan cabut.

      حذف
  5. Eh, terasa sakit pula seolah-olah kita yang 'mencabut' hihihiii.

    ردحذف
  6. tak pernah cuba lagi. seram pulak. biasa guna cold wax je. tapi manalah tau kot terpengaruh nanti. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Cold wax pun okay je. Cuma leceh nak sapu dan tarik. Epilator dah charge teerus guna je. Senang lagi. Mesti dah terpengaruh kannnnn..Hehe...

      حذف
  7. Beauty is pain. Hehe agaknya pegang prinsip ini terus semangat guna.

    ردحذف
  8. الردود
    1. Silakan cuba. First time sakitlah, lama lama dah terbiasa tak sakit sangat :)

      حذف
  9. Yang hazab tu tak nak sebab macam sakit sangat. Hehe..
    Yang jenis kering mostly jenis yg mudah lecurkan kulit pula. Takut pula nak cuba.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.