Hadiah Dari Seberang Laut

Hari Isnin dapat email, katanya hadiah dah diposkan. Ingatkan lambat lagi, tahu tahu hari Rabu dah sampai. Laju GDEX buat kerja eh. Bukan dekat tu, jauh dari seberang laut Sabah nun ke semenanjung!

Saya terima bungkusan yang masih kemas. Tak ada koyak ke apa. Baguslah courier handle parcel tak rosak. Dalam bungkusan plastik courier, ada satu bungkusan woven bag Stanton Hotel berwarna kelabu.

Dalam woven bag, ada pulak 2 beg plastik berwarna ungu bercorak. Satu bungkusan dengan 2 helai kain batik dan satu bungkusan lagi dengan keronsang, coin purse dan keychain. Buku tu dalam plastik mana ek. Lupa dah masa unboxing tu.

Hadiah Dari Seberang Laut

  • Woven bag Stanton Hotel
  • Buku kembara hikmah
  • 2 helai kain batik Borneo native design siap jahit
  • 3 keronsang (brooch)
  • Butang baju melayu
  • 2 keychain Sabah (1 penyepit kuku)
  • Coin purse bentuk ikan yang diperbuat dari kulit lembu

Terkejut sungguh dapat macam-macam hadiah kiriman kak Amie ni. Bukan 1, bukan 2. Tapi banyak rupanya! Rasa nak ucap banyak kali terima kasih pada Kak Amie sebab bagi macam macam hadiah dari Seberang laut Sabah tu.

Memang teruja lah kita dapat ole ole dari Sabah yang tak pernah jejak Sabah lagi ni. 

Ole Ole Sabah

Suka dengan motif kain batik tu. Borneo native design. Macam motif pua kumbu pun ada. Buat kain pareo untuk raya pun nice jugak ni. Tahun ni berbatik lagi ke camna? Harap adalah yang masih terima tempahan jahit.

Coin purse, dompet ikan yang tergantung tu comel. Kata Kak Amie dompet ikan diperbuat daripada kulit lembu. Sangat berseni buatan dompet ikan tu. Dan ada tulisan Sabah, tahulah datangnya dari mana kan.

Dapat juga pengetip kuku merangkap keychain. Bukan itu je, banyak juga keronsong kak Amie berikan. Siap sekali butang baju Melayu. Bolehlah kami sedondon menggayakan raya nanti kan.

Terima kasih banyak banyak Kak Amie berkongsi rezeki dengan kami semua. Saya dapat hadiah sempena menang teka daerah cuti cuti dan juga pengomen terbanyak sepanjang tahun 2021.

Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Jom singgah blog kak Amie's Little Kitchen

41 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki tu. tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  2. ole-oleh dari sabah ni semua cantik dan unik :)

    ReplyDelete
  3. Hehe sampai awal juga. Itulah cepat.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat hadiah ♥ Dah la memang menarik hadiah2 sis dapat nih.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Selamat sampai ke tangan penerima dengan sempurna.
    Terima kasih Fizah atas doanya. Mudah-mudah kita semua dilimpahi rezeki seluas lautan dan sentiasa mengalir bak air zam zam. Aamiin ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semuanya sampai dalam keadaan baik.
      Sama-sama kasih kak Amie.
      Aaaminn...

      Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  6. wahh byknya hadiah. tahniah kak fiza..
    syu pon x sbr nk dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, terkejut sampai banyak hadiahnya. Semoga hadiah Syu sampai dengan selamat juga. Sabar menunggu :)

      Delete
  7. Alhamdulillah
    Rezeki dapat hadiah
    Semoga dilumayankan rezeki penyumbangnya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah Rezeki tu.. Cantik cantik semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih naniey.
      Memang cantik cantik semuanya :)

      Delete
  9. Alhamdulillah...Meriah betul Fiza tahun ni😍
    Tidak rugi menjadi peramah..
    Semoga Cikgu Amie juga sentiasa dilimpahi rezeki asbab selalu berkongsi dengan pengunjung blognya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak.
      Aaaaminnn...

      Delete
    2. aida pun nak jadi peramah mcm fiza thn ni.
      moga rezeki aida la dpt byk hadiah awal tahun depan :)

      Delete
    3. Jom kak sama sama memeriahkan komen :)
      Hadiah belakang kira.

      Delete
  10. Kak Amie kalau bagi hadiah memang banyak kan...seronok betul...tahniah Fiza...akak pun dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, macam macam hadiah Kak Amie bagi. Alhamdulillah..sama sama kita dapat hadiah dari Kak Amie :)

      Delete
  11. MashaAllah, Alhamdulillah, seronoknya dapat berbagai-bagai hadiah, suka juga corak kain batik tu. Semoga bertambah rezeki buat pemberi dan penerima dan dirahmati Allah swt selalu. Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn...
      Alhamdulillah..rezeki dapat hadiah macam macam dari Kak Amie.
      Terima kasih kak untuk doanya :)

      Delete
  12. sgt menarik hadiah ni.
    untung la fiza.
    tahniah sekali lagi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..orang memberi kita terima :)
      Terima kasih kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.