Header Ads

Hasil Tinggalkan Komen Di Blog Nonasani.com Sepanjang Tahun 2021

Tiba-tiba dengar macam bunyi kereta berhenti dan bagi salam. Terus perati kat tingkap. Agaknya lama tunggu saya bersiap, dia tinggalkan parcel je. Lepas tu bunyi notification whatsapp, courier hantar gambar. 

Lahhh...dia campak parcel kat bonet kereta depan. Ish ish ish..kalau barang fragile ni dah lama pecah!

Keluar rumah, perasan satu lagi parcel di tembok. Eh bila masa pulak ada parcel tu kat situ. Bila entah courier hantar. Parcel tu cerita entry lain lah ye.

Ambil parcel atas bonet kereta, tengok nama pengirim. Ohhh blogger nona sani rupanya yang bagi. Baru teringat dia ada minta alamat haritu sempena dinobatkan sebagai salah seorang top 10 komentator blog nona tahun 2021.

Saya berjaya merekodkan sebanyak 402 komen sepanjang tahun 2021 di blog nona. Maka, inilah hasil tinggalkan komen di blog nona sepanjang tahun 2021.

  • Travel sejadah with pouch
  • Kitchen towel microfibre doublesided colour x 1 sheet
  • 3 ply face mask x 1pcs
  • KF 94 - 4 ply face mask x 2 pcs
  • Serbuk gulai daging x 1 pack
  • Rose Milk Tea x 1 sachet
  • Fridge Magnet Limited Edition Sempena Top 10 Komentators 2021

Hadiah Top Komentator Blog NonaSani

Macam-macam hadiah yang nona kirimkan. Terima kasih nona berkongsi rezeki dengan kami semua top komentator blog nona. Rajin tinggalkan komen banyak-banyak bukan sebab nak ganjarannya. Salah satu cara saya untuk membalas kunjungan blogger yang rajin singgah ke blog saya.

Lebihkan memberi dari menerima, begitulah. Bukanlah mengharapkan ganjarannya. Siapa lagi nak memeriahkan kotak komen kalau bukan blogger sendiri. Saling bertukar tukar komen lah kiranya.

Ada masa dapatlah tinggalkan komen. Kadang sibuk nak jengah pun payah. Tambah lagi kotak komen ni macam-macam ragamnya kan. Sabar je lah.

Bila ada yang sudi berkongsi rezeki, kita terima dengan tangan terbuka. Kadang segan juga bila asyik dapat hadiah.

Alhamdulillah...Semoga nona terus dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminn...

Jom singgah blog nonasani.com

هناك 38 تعليقًا:

  1. Wah,Tahniah Fiza
    Tak sia-sia Fiza jadi peramah & rajin ziarah....

    ردحذف
  2. Tahniah kak. Nanti dari Syu pula bakal menyusul. He2~

    ردحذف
  3. Tahniah Fiza 👏🏽
    Seronoknya dapat hadiah dari kawan2 blog ni kan.

    ردحذف
  4. Tahniah Fizah.
    Memang kehadiran rakan-rakan blogger yang tinggalkan komen menambah meriahkan lagi rumah kita. Siapalah kita tanpa kunjungan mereka kan Fizah. Kak Amie pun nak ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas kesudian Fizah ke rumah Kak Amie. Moga ukhuwah di antara kita sentiasa berpanjangan.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..Terima kasih Kak Amie.
      Sama-samalah kita saling kunjung mengunjungi dan semoga ikatan terus begitu. Aaaminn...

      حذف
  5. eh tu mmg fridge magnet eh? try gak tampal tp mcm x melekat plak ehhehe

    ردحذف
  6. wah..congrats! meriah hadiah & semuanya yg sgt useful!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak.
      Ye, semuanya akan digunakan sebaiknya :)

      حذف
  7. Hehe betul itu. Membalas kunjungan. Lebihkan memberi komen.
    Tahniah Fiza. Ini perlukan kegigihan kan?

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, betul kak. Rasa seronok bertukar tukar komen dan kunjungan.
      Betul, perlu kegigihan juga :)

      حذف
  8. Alhamdulillahhh.. Terima kasih sudi singgah teratak saya dan tahniah ye.. Betuk jugak tu.. Blogger la yang memeriahkaan kotak komen sesama kita kan.. setujuuuu.. Cuma tuhla.. kadang kekangan masa... Amin untuk doa tu... Amin!

    ردحذف
    الردود
    1. sama-sama Nona. Terima kasih untuk kiriman dan kunjungan ke sini jugak. Sama samalah kita memeriahkan dunia blogger :)

      حذف
  9. Alhamdulillah . Tahniah .rezeki lagi . Banyak juga kiriman dari blogger nona

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..Terima kasih lyana.
      Itulah tu, macam macam ada :)

      حذف
  10. eh eh adabi buat packagigng baru. Cantik pulak tu

    ردحذف
    الردود
    1. Tak pasti pulak sebab jarang beli brand adabi.
      Menyerlah design dan warna packaging tu kan.

      حذف
  11. wowww tahniah.. nona ni ain memang kenal sangat. hehehhe.. seorang kawan yang kelakar.. hahahha.. kalau jumpaa mesti selalu tergelakk dengan perangai blur dia. hahhaha. dengan ain ain sekali akan auto blur sama .. ehh , sorryy non .hhahaa..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.