Header Ads

Kuih Manisan Arab

Alkisahnya semalam masa buka bekas tupperware bekal encik suami, ada isi pulak. Tapi bukan isi nasi goreng cili kering yang tak habis dimakan. Tapi isi lain yang bukan saya bekalkan. Kuih manisan Arab yang ada beberapa ketul.

Memang untuk saya, encik suami simpankan. Tak ada bekas katanya. Dia alas tisu dan bungkus masuk tupperware. Mujurlah saya tak terus buang.

Kuih manisan Arab, colleague encik suami bagi. Baru balik kampung dari Iraq katanya. Itu yang bawa buah tangan manisan Arab ni. Sebelum ni pernah juga beberapa kali dapat tapi dari orang lain.

Makan je tahu tapi jenis manisan Arab ni tak berapa nak tahu namanya. Tak silap saya manisan Arab Baklava kot?

Kuih Manisan Arab

Ada yang kena dengan selera, ada yang rasa agak asing untuk lidah saya. Apa apa pun orang memberi, dapatlah kita merasa.  Alhamdulillah...

هناك 30 تعليقًا:

  1. Haah ada nampak baklava. Lain itu tidak pasti.
    Seronok rasa perisa yang asing. Orang memberi dapatlah cuba.

    ردحذف
    الردود
    1. Saya pun tak pasti namanya kak. Itulah, dapat jugak merasa.

      حذف
    2. wina, fiza - aida kurang dgn baklava.
      setakat makan gitu2 aje.
      member ofis buat jualan. sesekali oder jugak.
      buat makan minum petang :)

      حذف
    3. Ada yang kena dengan selera tu okay lagilah kan :)

      حذف
  2. org memberi kita merasa
    penah trima dari biras yg blk dari Mekah. mula2 pelik jga rasanya. ciknur xleh mkn x kena he hee

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah dapat merasa. Memang ada rasa pelik. Mana yang rasa pelik sangat tu memang tak mampu nak habiskan. huhu

      حذف
  3. Betul, kalau tak merasa..tak tau pulak camne rasa manisan dari tempat orang kan. Alhamdulillah ada yang memberi.

    ردحذف
  4. wow..dap tu tapi manis la kan..baklova ...yg ada pistacio tu dapp

    ردحذف
  5. manisan arab selalunya manis sungguh kan, kadang ada yang kena dengan selera kita kadang berempah sangat tak kene pulak rasanya kan

    ردحذف
    الردود
    1. Perasan jugak tu. Manis betul. Ada yang tak manis dan boleh diterima lagi lah rasa dia.

      حذف
  6. Kalau Sis, Sis suka Fizah, suka mencuba rasa makana negara orang.. cuma manis dia tu haa tak boleh tahan hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Okay je nak cuba makanan luar. Kann...manis dia tu tak tahan..Mana yang sedap tu laju habis makan :)

      حذف
  7. dulu sebelum pandemic, adik yang balik dari oversea selalu beli manisan ni, some sangat sedap some tersangat manis kat deria rasa. saya suka yang ada kekacang

    ردحذف
    الردود
    1. Yang ada kekacang tu sedaplah jugak. Mana yang sedap tu dapat makan selalu best jugak kan.

      حذف
  8. pernah merasa. ofismet bawa balik bercuti.
    kurang menangkap selera aida.
    tapi boleh di makan la :)
    org memberi, kita merasa kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, bolehlah kalau merasa. Nak repeat makan mungkin tidaklah. Dapat jugaklah merasaa makanan orang lain :)

      حذف
  9. Wah.....saya suka manisan arab..
    Kalau ke Alamanda memang tak lepas la...Tak dapat beli banyak,sikit pun jadi...tapi harga dan manisnya memang sama naik... hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh mama cella suka ye. Tahu takpe, harga dia memang manis jugalah sebab makanan luar kan.

      حذف
  10. mungkin tak berapa ngam dengan selera Melayu tapi makan jelah kan, dah orang bagi

    ردحذف
    الردود
    1. Yep, ada yang ngam ada yang tidak. Biasalah tu. Orang memberi kita merasa.

      حذف
  11. Baklava yg pernah saya coba, jujur tak cocok langsung dengan lidah. Terlalu manis sangat . Saya tak bisa enjoy kalo makanan yg manis2 sangat nih 😄. Tapi kadang penasaran juga nak coba.

    ردحذف
    الردود
    1. Dapat yang jenis manis sangat agak potong selera nak makan. Jenis yang kurang manis okay lagi lah kan :)

      حذف
  12. Alhamdulillah rezeki kan. Boleh merasa..
    Tengok manisan dorang dah sakit gigi sebab terasa macam manis sangat walaupun belum masuk kat tekak.
    Tengok orang makan baklava relax je. Nampak macam sedap tapi tak berani nak cuba..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat merasa manisan dari sana. A ah, biasalah baklava lah yang popular sebab ramai orang suka. Mungkin kena dengan selera dorang kot :)

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.