Mata Masih Merah

Beginilah keadaan mata merah sebelah kanan semasa hari pergi ke klinik 4 Januari haritu (dalam gambar guna camera depan, jadi mata nampak sebelah kiri). Mata mula merah 1 Januari tapi tak sakit pun. Ingatkan merah biasa je macam shampoo masuk mata lepas mandi tu. Bila dia berlarutan dan sakit, terpaksalah menyerah diri pergi klinik.

Sakit Mata Merah

Ikutkan malas, tapi risau jugak kalau tiba tiba jadi teruk tak pergi awal-awal. Malas tu bukan apa, musim Covid ni kalau boleh nak elakkan pergi pusat perubatan. Tempat tu dah tentu ramai orang sakit. Dan prosedur tu akan makan masa jugaklah kan. Kena ikut SOP.

Syukurlah saya pergi petang Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan rumah. Tak ramai orang sangat. Urusan saya settle lebih kurang 15 minit macam tu. Sekarang ni kalau nak pergi dapatkan rawatan kesihatan memang dorang akan suruh pergi klinik yang berdekatan dengan rumah. 

Keadaan mata terpaling sakit bila nak gerakkan biji mata tu atau nak tengok screen handphone. Kena cahaya luar pun boleh menangkap sakit mata jugak.

Bila doktor tanya sakit apa, saya jawab sakit mata. Terus laju dia menulis nama ubat di slip tanpa melihat keadaan mata saya. Sambil tu saya pun cakaplah mata saya sakit sejak bila dan merah dengan harapan dia akan check. Tapi tak! 

Saya tanya bagi ubat apa, dia kata antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit tu rupanya paracetamol a.k.a panadol. 2 biji sekali makan. 4 kali sehari bila perlu. Terkejut 4 kali sehari tu. Tapi bila perlu je lah. 

Ubat sakit mata

Ubat titis ni okay je tak pedihkan mata pun. Melegakan mata. Tapi yang tak tahannya tu ubat ni bila dah dititis dalam mata, selepas beberapa ketika dia akan melalui tekak. Dia punya pahit tu yang tak tahan tu. Kena sediakan makanan macam buah atau gula gula untuk elakkan rasa pahit tu.

Kalau minum air, dia tak jalan sangat tetap rasa pahit juga. Harini urat mata merah tapi tidak sakit sangat. Macam nampak tanda tanda nak baik dah. In case tak baik jugak kenalah jumpa doktor lagi hari Isnin nanti.

Nicol Eye Drops

Terima kasih yang mendoakan saya cepat sembuh. Saya syak mungkin saya pakai contact lens jadi infection. Tapi masa tu pakai kejap je. Atau mungkin juga terkena gigitan serangga atau habuk dalam bilik kat kampung. Tak tahu apa punca mata merah dan gatal pada mulanya haritu.

Bila sakit ni lah masa untuk rehatkan mata. Terpaksa cuti rehat design kejap sebab tak boleh hadap desktop lama-lama. Blogwalking pun sikit sikit dulu. Maaf ye kalau saya masih belum berkunjung lagi.

18 comments:

  1. Moga sembuh secepatnya... uishh.. seram nengok

    ReplyDelete
  2. Tak sukanya jenis doktor yang gelojoh nak bagi ubat tapi taknak check dulu. Pernah kena jugak macam ni last-last dia bagi ubat tahan sakit je :((( Tak membantu pun ubat dia tu. Senang betul buat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Pertama kali kena macam tu. Dahlah kita risau kalau teruk ke apa kan. Senang betul kerja macam tu.huhu...

      Delete
  3. Bila tengok mata Fiza teringat masa belajar dulu. Kena sekali. Mata merah dan rasa berpasir tapi tak de pasir pun. Tak tahu kenapa. Pergi PPUM dia bagi ubat titik. Ambil masa dkt seminggu juga baru hilang merah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak tu nak hilang merah. harap sakit mata saya jugak cepat elok ni. Aaaminn...

      Delete
  4. Kena buat temujanji ke kalau ke klinik kesihatan? Lama tidak pergi ke sana.
    Alhamdulillah ada perkembangan tapi geram juga kalau tidak tengok keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kak. Saya walk in je. Itulah geram doktor tak tengok lansung. huhuhu...

      Delete
  5. Kita yg trngok rasa seriau pulak . Apa2 pun ccl doakan sis fiza semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  6. Bab sakit mata ni x suka..semoga Fiza dh sembuh sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..terima kasih kak doakan.
      Dugaan tiba tiba sakit mata. Risau jugak. Masa untuk rehat kejap :)

      Delete
  7. tak suka bila dapat doctor yang jenis takde contact dgn patient.
    anak ammi pernah sakit kat bebird dia..sampai berdarah kencingnya. bila gi doctor dia prescribe ubat je. Ammi siap berlagak tanya "doctor tak payah tengok ke physical condition tempat sakit tu"..pastu selamba badak dia jawab...oohhh ini masalah biasa budak lelaki sebab dia kencing tak basuh betul2. ishhhh geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! Geram je rasa kan kalau tak check betul betul. Yang sakitnya kita. Kalau tak disebabkan sakit, kita pun tak hingin nak hadap doktor.

      Senang betul kerja cakap macam tu je kan.

      Delete
  8. Ya Allah cepat-cepat je doktor tu tak diagnos terus bagi ubat. Apapun moga cepat sembuh Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, begitulah..sabar je lah kan.
      Aaminn...terima kasih doakan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.