Memotret Bunga Bungaan Di Kampung Philadelphia

Sakit mata on off sehari dua ni. Rasa malas betul nak jumpa doktor. Nanti datang lagi, entah entah tak check juga terus bagi ubat je agaknya. Aduhaiii..tak sanggup nak mengenangkannya. Tapi rasa rasa tak okay, nak tak nak terpaksa pergi jugak kan.

Sehari dua ni agak miskin dengan idea. Nak design pun ambil masa lama. Mujurlah customer memahami. Nak update blog tak tahu apa nak cerita entah. Ada gambar bunga, kita update sini lah kejap. 

Kejadian hari selasa hari tu, balik kampung Philadelphia kejap mak ada appointment doktor. Kemain nama kampung Pilah jadi Philadelphia. Tak nak kalah kan. Acah acah je tu ala ala namanya macam tempat luar negara.

Setiap kali balik kampung, mesti ada je bunga ros kampung yang wangi ni berbunga sakan. Macam biasa tak lepaskan peluang memotret gambar bunga ros yang sedang mekar. Ada juga yang masih kudup.

Ros Kampung

Setelah lama mak tanam bunga orkid tepi pagar, baru haritu nampak dia berbunga. Mak kata "nak ambil bunga tu ambillah". Mak tengok saya jenis suka pokok pokok bunga ni. Takpalah, tak minat sangat bunga orkid ni mak. 

Tak tahulah orkid spesis apa ni. Siapa tahu bolehlah komen nanti. Cantik tu memang cantik. Cuma saya jenis suka pokok berdaun daripada pokok berbunga. 

Bunga Orkid

Perasan juga bunga ketup-ketup ni dah memanjat tinggi sampai menumpang pokok duku. Banyak betul bunganya. Disebabkan tinggi terpaksalah zoom.

Bunga Ketup Ketup

[me.mo.trét] | مموتريت
Definisi : 1 mengambil gambar dgn kamera. 2 melukis gambar; membuat lukisan.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nota : Saya bertukar kepada template lama, slow atau cepat loading? 

16 comments:

  1. laju jugak loadingnya. saya suka ros kampung. baunya lebih wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..senang hati dengar. Suka jugak bau bunga ros tapi bunga ros ni jenis cepat gugur kelopak dia kan.

      Delete
  2. Hehehehe.. teringat dulu2 suka ubah nama tempat ikut negara omputeh. Pontian jadi Poland, Benut jadi Beirut, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. Dulu dulu suka betul ubah ubah nama tempat jadi negara omputeh. hihi

      Delete
  3. Cantiknya gambar.... Lama tak bau bunga ros...

    Blog Fiza bila Naniey buka tak pernah loading lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih naniey. Sedap bau bunga ros sesekali bau.

      Kalau loading okay, lega dengar. Terima kasih naniey.

      Delete
  4. Akak pun kurang blog walking, mata cepat letih campur kabur. Faktor usia. Hehe. Cerah mata tengok gambar bunga.
    Harap masa akak komen ini mata Fiza dah ok. Rasa nikmat kurang kalau sakit atau kurang dapat melihat.
    Ok sahaja loading blog Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mata kena rehat tandanya tu kak. Mungkin sebab kerap tengok screen kot. Semoga mata akak pun kembali sihat. Buat masa ni mata saya kurang merah tapi kadang kadang rasa sakit.
      Alhamdulillah loading okay. Terima kasih kak bagi feedback.

      Delete
  5. Laju je loading... lawa lawa bunganya. Tapi kita pun suka daun daun je. Yang suka bunga tu suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kalau laju okaylah. Terima kasih bagi feedback.
      Samalah kita kak. Geng daun.

      Delete
  6. Tengok warna bunga orkid tu macam orkid tanah pula. Tak tahulah betul ke tidak.
    Kak Amie suka warna bunga ros tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orkid tu mak mentua saya tanam kat tanah terus. Tak pasti juga jenis orkidnya Kak Amie.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.