Merasa Juga Mi Kari Sedap
Nak tebus lagi kekecewaan tak dapat mengopi di Rantau, lepas balik dari singgah ke Street Art kita pergi menyinggah ke Restoran Aisyah De' Kitchen pulak membeli mi kari sedap.
Haritu tak dapat makan mi kari sebab dah habis, syukur ada rezeki mi kari masih ada lagi. Dapatlah membeli sebungkus. Encik suami tak nak. Dah jemu katanya! Mana taknya jemu dah selalu sangat beli. Kah!
Si isteri je belum sampai tahap jemu lagi. Hebat betul tukang masak ni guna resepi mi kari sedap boleh buat orang rasa makan selalu. Kuahnya pekat likat berkari dengan rasa rempahnya cukup.
Tak pernah lagi dapat yang kuah masin ke apa. Rasa dia maintain sedap setiap kali beli. Terpaling suka dia letak ayam goreng rangup dan dipotong kecil. Tak macam mi kari yang isi kuahnya dicampur ayam siap-siap.
Telur diletakkan separuh, ada potongan cili besar pedas pedas manja je. Daun bawang dan bawang goreng tak dilupakan. Yang tak ada macam biasalah, si taugeh. Kerang dan juga limau kesturi pun tak ada. Betul betul kategori mi kari simple.
Mi kuning pun boleh tahan banyak juga. Yang penting mi kuning dia tak ada rasa kapur.
Eh murah tu...RM7...alahai...rasa nak makan mee kari plak..tapi nak Mak Pah buat
ردحذفSeiring dengan isinya dan rasa sedap. Kalau camtu, kena order dengan Mak Pah lah :)
حذفPuas hati beli kalau dapat yang menepati selera kita
ردحذفAlhamdulillah dapat yang menepati selera.
حذفSedapnya
ردحذفYe, sedap.
حذفsedapnya. hari tu baru makan mi udang dekat kedai viral. memang sedap. nanti nak sharelah dekat blog. boleh ramai-ramai pergi sana. berbaloi
ردحذفmi udang pun sedap!
حذفlama tk mkn mee kari suka mee kari ada kerang
ردحذفMi kari ada kerang lagilah sedap rasa makan mi kari tu kan kak.
حذفkedai tak kedekut condiments ni berbaloi kalau beli..
ردحذفBaru haritu suami ammi sebut nak makan mi kari (tapi dia kata takde mee kari sesedap mee kari arwah mama)...alahaiiii anak dia tak habis menuntut haritu.
Sangat berbaloi kalau sedap dan banyak condiments.
حذفAllahuakbar...kena try and error buat macam tu.
Susah jumpa mi kari standard sama, sedap selalu. Betul itu kalau sedap boleh ulang-ulang makan. Akak ada jumpa makanan kekal sedap iaitu lasagna. Hehe dah pindah jauh tiada beli.
ردحذفAda kedai yang jaga menunya okaylah boleh repeat membeli. Sayang kan kalau ada kedai makanan sedap tapi pindah jauh pulak.
حذفYakiiiin sedaaaap lah nih 🤤🤤. Jarang penjual mie kari kalo di Jakarta nih. Tapi di Medan ada, itupun bihun yang dipakai, bukan mie biasa. Tapi sedap juga.
ردحذفSedap! Unik mi kari guna bihun. Mungkin sebab kat sana lebih kepada soto dan sup jernih makan dengan bihun.
حذف