Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia
Pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia boleh dipuji. Satu usaha yang bagus untuk memastikan diri dan keluarga Malaysia terus kekal jaga SOP dan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik COVID-19.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha melaksanakan pengagihan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
Semoga dengan pemberian PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah keluarga B40. Seterusnya melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
Maklumat lanjut tentang PPC :
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/11/pakej-penjagaan-covid-19-dalam-proses-penghantaran-kpd-keluarga-b40
Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
-YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha melaksanakan pengagihan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Pos Malaysia akan menguruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.
Tidak perlu buat permohonan untuk pakej ini kerana pemberian adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) melalui website : https://bpr.hasil.gov.my/
Pemberian PPC dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.
Apa itu Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)
PPC adalah inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada September lalu dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia |
Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) mengandungi :
- 4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-19
- 4️ Unit Pelitup Muka Guna Semula
- 1️ Unit Oximeter
- 1️ Unit Termometer
- Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.
Semakan PPC Melalui Data BPR
Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda automatik layak untuk menerima bantuan penjagaan COVID-19 ini.Cara semak kelayakan melalui portal rasmi BPR
- Masuk ke laman : https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
- Tarikh Pelaksanaan / Pemberian
Semoga dengan pemberian PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah keluarga B40. Seterusnya melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
Maklumat lanjut tentang PPC :
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/11/pakej-penjagaan-covid-19-dalam-proses-penghantaran-kpd-keluarga-b40
Oh! ini yang officemate Mrs. A ada cakap ayah dia dapat kat kampung tapi tak buka ingatkan anak-anak punya barang. Bila officemate buka benda alah ni hahahaaa...
ردحذفTahu tahu je sampai kan. Itu yang tak tahu tu.
حذفbaik betul kerajaan malaysia sebenarnya... tapi ramai yang tak hargai pun
ردحذفBetul betul. Cuma tu lah banyak isunya.
حذفBanyak perkara bermanfaat Fizah kongsi di sini. Kadang-kadang Kak Amie tak sempat ikuti perkembangan terkini berkaitan Covid-19. Tq for sharing Fizah
ردحذفMana yang saya perasan je kak Amie untuk dikongsikan.
حذفSama-sama :)
Semoga kita semua dilindungi dari pandemik ini.
ردحذفAaminnnn...
حذفlama dengar ni. tapi tak sampai lagi. hehehe
ردحذفSebab dia pos secara berperingkat. Kena tunggu giliran macam tu. Sabar menunggu :)
حذفNak semak lah....
ردحذفSilakan uncle :)
حذفfamili saya punya baru sampai. bagus gak usaha kerajaan ni. yang bagus kita puji, yang silap kita tegur.
ردحذفAlhamdulillah sampai dah. Betul betul, mana yang baik kita puji.
حذفAda nampak kawan kawan yang terima kit ni..
ردحذفAlhamdulillah dapat meringkankan beban nak beli kit ni.. Oximeter, termometer yang elok bukan murah.
Betul, senang ada kelengkapan macam ni. Untung yang dapat.
حذفAlhamdulillah harap digunakan sebaik-baiknya.
ردحذفAlhamdulillah..semoga dimanfaatkan oleh penerimanya.
حذفHari tu , kawan office ccl ada bagitahu keluarganya ada dapat pakej bantuan covid ni
ردحذفUntung kalau dapat ni kan. Takpayah membeli dah keperluan ni.
حذفbgusnya ada kit ni.
ردحذفYe, bagus diberikan percuma untuk rakyat.
حذف