Header Ads

Pencuci Bilik Air Paling Berkesan

Susah hati tau kalau ada kesan kotoran kat bilik air tak nak menghilang. Puaslah beli stain remover, gosok dengan berus dawailah, guna pencuci kilatkan lah. Tak hilang jugak!

Ada tengok kat instagram, katanya berkesan guna magiclean Stain & Mold ni. No more scrubbing katanya. Alang alang keluar beli barang kat Mr. DIY, ternampak kat rak magiclean stain and mold ni. Cepat cepat ambil masuk bakul. Tak sabar nak cuba balik rumah nanti.

magiclean stain and mold remover

Sebelum guna, sila baca dulu caution dia. Seram pulak nak guna bila baca. Sangat sangat bahaya ye benda ni, chemical dia kuat. Bau dia pun kuat macam bau clorox. 

magiclean stain and mold remover

Dengan penuh berhati hati saya pun cubalah spray di kawasan yang kotor ada mold tu. Saya biarkan tanpa menggosok. Lepas beberapa minit yang disarankan tu saya bilas dengan air. Wahhhhh..kagum hilang serta merta. Memang tak payah nak gosok bagai.

Punyalah teruja tengok magic tu, saya spray di mana mana kawasan ada mold degil yang susah nak hilang. Hilang! Betullah bagai dikata, kesan bertahun tahun pun boleh hilang guna magic clean ni. Tak ada gambar sebelum dan selepas teruja punya pasal tak sempat ambil gambar.

Cubalah sendiri dan tengok magisnya. Hampir habis saya guna, nak beli lagi. Tapi beli yang refill lah. Senang ada jual refill tak perlulah nak beli sebotol dengan spray lagi kannn...Menang membeli menang memakai. Mold jugak yang kalah.

هناك 38 تعليقًا:

  1. Saya pun guna ni.. memang terbaik.. :)
    Dekat MrDIY selalu je sold out. Kena berebut.. hahahaha..

    ...

    ردحذف
    الردود
    1. Haritu pun tinggal sikit je. Cepat cepat ambil takut dikebas orang dulu. Terlajak laris betullah.

      حذف
  2. Pernah tengok brand ni... tak pernah cuba je...

    ردحذف
  3. الردود
    1. Memang bagus sangat pencuci ni kak nor. Boleh cuba beli dan gunaa :)

      حذف
  4. Pernah cuba memang berkesan cuma tak tahan dengan bau dia.

    ردحذف
  5. Boleh cuba ni...
    Boleh beli di Mr Diy lagilah senang.

    ردحذف
  6. Menarik ni. Nanti nak cuba belilah. Selalu Syu guna klorok jer tanggalkan kulat-kulat dekat dinding & lantai. He3.

    ردحذف
    الردود
    1. Yang ni senang lagi Syu. Tak payah beria gosok. Tapi kena berhati hati jugak juga.

      حذف
  7. selalu je nampak dekat Mr. DIY tu tapi tak pandang pun lah. Rupanya power jugak ek haha

    ردحذف
  8. Tak pernah cuba lagi. Selalu guna mister muszle tapi kena sental lah berpeluh satu badan hahahaa... ini tak perlu sental ya tunggu aje kemudian bilas

    ردحذف
    الردود
    1. Pernah cuba mr.muscle tu tapi still susah nak hilang sangat even dah gosok. Ye, tak perlu sental pun hilang. Spray dan tunggu je lepas tu bilas.

      حذف
  9. racun sangat ni..
    ammi dah 2 minggu tak sental bilik air semenjak operation. geram je tengok dinding.

    ردحذف
    الردود
    1. Sesekali meracun Ammi. Benda berguna kena war war kan. Haa elok sangat tu beli ni tapi hati hati Ammi. Bau dia boleh tahan kuat macam clorox.

      حذف
  10. Saya setuju. Dalam2 banyak2 yang saya cuba, ini yang mmg paling berkesan. Sembur biar je beberapa lama sikit, kadang2 tak payah sental pun dah hilang hitam2 dan kesan2 kotor di bilik air.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn..senang betul nak hilang kesana degil tu. Memang tak payah gosok pun takpe.

      حذف
  11. aritu tgk gk org share..nanti bole la beli juga

    ردحذف
    الردود
    1. Silakan membeli satu buat stok di rumah. Boleh guna kalau malas nak sental mold jenis susah nak hilang tu.

      حذف
  12. syu pon guna ni jgk. mmg sgt berkesan. cuma skang bila nak beli, susah nak jumpa.

    ردحذف
    الردود
    1. Berkesan sangat kan. Sejak jadi pilihan ramai ni agak susah nak jumpa. Kebetulan jumpa ni memang beli terus.

      حذف
  13. Jadi teringin nak beliiii 😄. Memang lah kak, mold tuh susah sangaaaat dihilangkan. Kadang perlu tenaga untuk scrub dia punya noda bandel. Semoga saja ada brand ini dijual Kat Indonesia 😅. Susah juga kalo tak ada.

    ردحذف
    الردود
    1. Mold degil pada plastik terutamanya memang susah nak hilang. Kalau gosok nanti ada kesan gosokan pulak. Lebih baik gunakan ini. Mudah pun mudah tanpa perlu gosok. Boleh cari tu, kot kot ada jugak kan.

      حذف
  14. Aini pun guna Magiclean ni.. memang senang bila nak cuci tandas cuma bau jelah agak kuat..
    Payah nak dapat stock kt MR.DIY ni.. cepat sangat habis

    ردحذف
    الردود
    1. Memang power magiclean ni. Yep, tak tahan gak bau dia kuat sangat, boleh jadi pening gak. Kena ada aliran udara yang bagus kalau nak spray ni. Memang cepat habis agaknya ramai beli.

      حذف
  15. الردود
    1. Ye kak, selain bilik air pun boleh. Mana mana tempat ada kotoran kulat susah nak hilang tu bolehlah cuba spray.

      حذف
  16. الردود
    1. Boleh boleh..tapi hati hati kalau nak guna tu. Baca caution dulu.

      حذف
  17. الردود
    1. Bau dia memang kuat dan bahaya. Kena baca caution. Tapi power hilangkan kotoran degil yang lama lama pun.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.