4 Cara Membuat Pewangi Rumah Dan Sentiasa Bersih

Seminggu sekali mesti kemas rumah habis-habisan macam basuh bilik air, mop lantai dan sebagainya. Setiap hari rutin mengemas, sapu lantai, kemas dapur, susun pinggan itu biasalah kan. 

Bila datang rajin, habis semua nak kemas dari depan sampai belakang. Lepas tu mengadu sakit pinggang..Apooo! Tapi seronok bila rumah sentiasa nampak kemas, bersih dan berbau wangi. 

Saya sentiasa gunakan essential oil (EO) untuk wangikan rumah, bersihkan perabot dan juga mop lantai. Lama-lama susut jugak EO tu kan. Ada masa boleh cuba cara membuat pewangi rumah sendiri. Nak buat pun mudah. Jom cuba!

4 Cara Membuat Pewangi Rumah Sendiri Dan Sentiasa Bersih

4 cara membuat pewangi rumah dan sentiasa bersih

1. Habuk tidak melekat pada perabot

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Caranya :
Bancuh kedua bahan tersebut sehingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot. Cara ini akan membuatkan habuk tidak mudah lekat pada perabot. Malah rumah juga berbau lebih wangi.

2. Kilatkan lantai rumah

Lantai melekit akan membuatkan kita rasa tak selesa nak memijak. Lebih-lebih lagi selepas memasak selesai. 

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Caranya :
Mulakan dengan menyapu lantai terlebih dahulu . Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat. 

3. Pewangi rumah tahan lama

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Caranya :
Campurkan kedua bahan tersebut dan semburkan pada seluruh ruang dalam rumah. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. 

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Cara wangikan bilik air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Caranya :
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan sentiasa berbau wangi.

sumber : nik zainah muhammad

22 comments:

  1. Apabila rumah kemas dan bersih, wangi pula memang rasa macam duduk dalam syurga!
    Rumahku syurgaku.

    ReplyDelete
  2. Memang betul Fizah, nak rumah sentiasa wangi sembur pelembut aje di sofa dan masa nak lap habuk, memang berkesan, Sis suka buat di dapo.. wangi jee...dan Sis guna pelembut Daia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..pernah cuba jugak. Kurang melekat habuk habuk tu. Wangi pun dapat :)

      Delete
  3. Hehe akak waktu rajin baru kemas betul-betul.
    Bahan-bahan sudah ada. Boleh buat. Lebih-lebih lagi untuk pewangi rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang rajin segala benda nak dibersihkan kan. Nanti bolehlah cuba kak.

      Delete
  4. Yang campur air panas untuk kilatkan lantai tu akak pernah buat. Memang nampak lebih bersih dan kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah cuba guna air panas untuk mop. Berkesan dan puas hati pijak lantai. Bersih dan berkilat.

      Delete
  5. Menarik. Boleh cuba nanti. Rumah bersih dan wangi barulah selesa nak stay at home lama-lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah bersih dan wangi barulah syok bersantai kat rumah kan. Selamat mencuba Sal.

      Delete
  6. Good sharing. Rumah bersih dan wangi, nak keluar pun rasa malas.. Nak duk kat rumah je rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah naniey, syok je duduk rumah kalau bersih dan wangi.

      Delete
  7. banyak betul fungsi cuka...membersihkan, mewangikan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.