Bab 2 : Februari 2022 Bulan Cinta

Berakhir sudah bab 1 : Januari 2022. Buka muka surat baru Bab 2 : Februari 2022 Bulan Cinta. Kenapa bulan cinta? Bukan sebab hari yang bertarikh 14haribulan tu. Tapi sebab bulan Februari ni ramai ahli keluarga yang sambut birthday. 

Birthday saya 7hb ye, jangan lupa! Sama birthday dengan adik ipar. 1hb birthday anak buah, 5hb birthday kakak ipar, 10hb anniversary bertunang dan 14hb birthday mak dan abang. Sorang lagi anak buah birthday 29hb, tahun lompat. Nampaknya tahun ni tak celebrate birthday lagi lah dia.

Bab 2 : Februari 2022 Bulan Cinta

Fuhh..harini baru kembali balik bercuti dari kampung. Orang cuti, kita balik rumah. Baru nak pelan pelan kayuh blogwalking hari ni selepas beberapa hari cuti. Mujur jugaklah sempat buat schedule auto publish. Taklah sunyi blog bila hari cuti lama. Kannn...

Lengang jalan harini. Senang hati tak jammed. Nak balik kampung hari Sabtu hari tu punyalah jammed dari Seremban ke Kuala Pilah.

This is not just another day
This is another chance to count the blessed and pray
Keep searching for the colours
Even if everything turns grey
It will all make sense one day

 

February 2022 Public Holiday

1 Feb (Selasa) Tahun Baru Cina - Semua Negeri
1 Feb (Selasa) Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
2 Feb (Rabu) Tahun Baru Cina -  Hari Kedua Semua Negeri

Bermula 1 Februari 2022, caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk pengeluaran duit di mesin ATM antara bank.

Selamat bercuti semua orang. 

24 comments:

  1. oo..ramai yg birthday bulan Februari..meriah dgn sambutan birthday..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cuti awal bulan je ni. Pastu tunggu cuti bulan Mac lah pulak.

      Delete
  3. Salam Februari, bulan berkasih sayang...

    ReplyDelete
  4. xemua bercuti panjang sekarang...

    adat kebanyakan kemanusia...suka cuti dan santai-santai sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang cuti panjang musim covid ni perlu digunakan sebaiknya :)

      Delete
  5. Wah rancaklah dengan majlis sambutan harijadi bulan ni, Salam Februari❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesempatan bolehlah buat majlis. Kalau tidak, hantar dari jauh je lah :)

      Delete
  6. Tak lama dahh birthday kak fiza hehehe. Meriah betul kalau sambut sekaligus ni, jimat pun ada hahaha. Sikit je cuti bulan feb ni, pastu next cuti bulan march kan, itupun sehari je >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, beberapa hari je lagi. Meriah kalau dapat berkumpul ramai ramai sekali. Tapi tak berkesempatan pulak. Itulah, cuti awal bulan ni. Lepas tu tunggu cuti mac pulak.

      Delete
  7. Banyak betul bufday bulan 2 . Boleh la raikan sekali . Mesti seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kalaua berpeluang berkumpul ramai ramai bolehlah celebrate sama-sama. Dah tentu seronok :)

      Delete
  8. Alhamdulillahhh.. sampai ke Februari 2022.. Wahh. ini ur favourite month lah.. Kan.. Moga bebaik saja kehidupannya...

    ReplyDelete
  9. wah banyaknya birthday bulan ni. selamat hari jadi fizah. saja wish awal2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Ramai celebrate birthday bulan februari ni.
      Terima kasih Tiara :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.