Balik Kampung Lah Kita
Tengah syok basuh pinggan semalam, perasan air paip slow. Encik suami lepas mandi pun bagitahu air shower slow ya amat. Macam nak tak ada air je katanya. Tak pulak check portal SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan).
Petang tu suami whatsapp, kita balik kampung lah. Air tak ada sampai esok ni, ada pembersihan loji dia tengok kat portal SAINS tu. Kawasan rumah saya terlibat sekali. Tak mungkinlah kejap tu. Kebetulan mak (mak mentua) nak balik kampung ada urusan harini. Kita balik sekalilah.
Ikutkan mak stay Seremban, tapi tak ada air. Baiklah kita stay kampung je. Kemas kemas barang lepas encik suami ambil mak kat KL, terus berdesup balik kampung. Mujur gak lah air tangki masih tak kering dan ada simpanan air dalam tong. Boleh guna waktu terdesak.
Tak ada air susah, tak ada elektrik pun susah. Kann...Bayangkan betapa susahnya orang selangor bila kerap tak ada air. Bertabahlah...
Cantik cuaca di kampung semalam. Cerah! Pagi ni sejuk dengan kabus menebal sebelum matahari muncul. Paling best bunyi bunyian alam berlagu riang.
Cuti kejap buat kerja dan blogwalking semalam dan hari ni. Pagi ni dapat tahu anak buah dua orang positive COVID-19. Allahuakbar... Lepas sorang, sorang family +ve. Semoga semua yang +ve cepat baik dan kuat melawan virus jahat. Aaaminn...
Waaa bestnya balik kampung, kalau macamtu, biar air takde kannn, dapat balik kampung hehehehehe
ردحذفKalau tak ada kerja okaylah boleh duduk kampung dengan tenang.
حذفdulu waktu arwah mama ada..kalau takde air je ammi pack baju balik Somban nak park anak2 kat situ. skrg kalau nak park sapa je nak tgk anak2.
ردحذفsemoga anak2 buah fiza sembuh segaera
Sedih pulak dengar. Takpe, nanti dorang dah besar pandai jaga diri boleh tinggalkan kat Somban kalau takde air.
حذفAaaminn..terima kasih doakan untuk mereka
Kita semakin menghampiri endemik, semoga anak2 saudara tu ringan sahaja symptomnya. Fiza pun jaga diri tau. Akak pulak ada jemputan, risau jugak nak pergi tapi tak sampai hati kalau tak pergi.
ردحذفBab tak ada air tu, memang paling tak suka.
semalam je sampai 31k baru..semakin menuju ke endemik. Angka tak surut surut.
حذفHarap begitulah..harini suhu tak turun lagi kata ibunya. Risau juga.
Terima kasih kak. Sama samalah kita jaga diri.
itulah tu, tak ada air dan elektrik payah jugak.
Semoga anak buah Fiza cepat sembuh ye, Aamin...
ردحذفOrang Selangor rasanya memang dah bertabah bab air takde ni..hehe
Aaaminnn... Terima kasih doakan mereka.
حذفSabar je lah kan. Isu air Sel ni entah bila nak settle.
Dekat Melaka ni pun agak kerap juga air takde. Tak kerap sangat tapi kadangkala sahaja. Mujur tempat saya antara kawasan yang tidak terjejas.
ردحذفOh ye? Susah jugak kalau asyik terjejas je. Syukurlah duduk kawasan yang tak kena tempias tak ada air tu kan.
حذفAdalah sebab balik kampung.....
ردحذفIye uncle. Ada urusan ada alasan.
حذفRisau bila tak ada air Fiza. Serba serbi rasa tak kena.
ردحذفSusah kak, banyak urusan harian tergendala.
حذفSaya tak fokus dah masalah air tu bila nampak rose kampung tu..Sukanyaaaaa..bau dia lembut ja kan..
ردحذفBila pandang rose kampung ..ada satu macam perasan sayu dalam hati..tak tau kenapa😭
Yaaa, bau bunga rose kampung lembut je baunya tak terlalu menusuk hidung.
حذفMesti ada kenangan disebalik bunga rose. Usah di ingat cerita sedih yang dah berlalu, jangan sedih sedih.
seronoknya mudah betul boleh balik kg dik oi, kami ni kat selangor kalau takat sabtu ahad bolehla kot tidur hotel ke lari memana, tapi kalau hari kerja n sekolah ada air ke takde kene jugak la redho, tadah air untuk keperluan harian.
ردحذفKampung suami dekat boleh lagilah kak. Kampung kita jauh sikit tak mudah jugak kalau nak balik Johor tu.
حذفTerpaksa hadap jugak kalau tak ada cara lain. Harap segeralah selesai isu air kat Selangor tu kan.
Uish. semalam pun cakap umah dia kat PD xda air. betul, air ke letrik dua2 sama susah kalau xde.
ردحذفSebab cuci loji tu yang banyak kawasan takde air.
حذفTahu takpe! Dua dua sama susah kalau terputus bekalan.
amiin..sekrg ni virus mengganas semula...
ردحذفsyoknya, deskripsi suasana di kampung..
Itulah tu, hari hari kes menaik je.
حذفAlhamdulillah...suasana kampung yang mendamaikan.
orang Selangor dah biasa bab2 air ni..hehehehehe
ردحذفCantik bunga kat kampung yea.
Bawa bertenang je lah kan bila bab air ni. Entah bila tahun nak settle.
حذفBunga ros memang cantik kejadiannya :)
life kampung lah paling best.. hirup udara pagi.. bestttt
ردحذفBetul, suasana tenang dan damai je kan.
حذف