Bekalan Buah Asam Gelugur Hijau Kuning

Kali terakhir dapat bekalan asam gelugur bulan Disember tahun lepas. Masa tu ambil sebiji dua je, selebihnya bagi orang. Ahad lepas mak singgah bagi lagi bekalan buah asam gelugur ada hijau dan kuning.

Hijau tu dah tentu lah belum masak. Dan yang kuning tu dah masak. Kalau masih ada tak kenal lagi buah asam gelugur, inilah dia buah yang orang buat asam keping tu. Kena potong nipis dan jemur sampai kering barulah jadi asam keping.

Tips nak potong nipis kenalah pastikan pisau tu tajam. Kalau pisau tak lut (tak tajam kata orang Johor), susah nak potong sebab kulit dia macam licin. Kena hati hati memotong kalau pisau tak tajam. Buah tak terpotong kang jari pulak terhiris.

Buah Asam Gelugur Hijau Kuning

Banyak mak bagi buah asam gelugur ni. Yang kuning ni kemain besar saiznya. Penuh satu tapak tangan saya ni haa..

Buah Asam Gelugur Hijau Kuning

Rasa dah banyak kali cerita tentang buah asama gelugur ni. Jemu pulak. Tapi yang menariknya kan, kalau google ada orang gunakan asam keping untuk kurus. 

Buat air ke macamana? Hebat lah siapa dapat telan asam keping begitu saja. Masam gila kot!


22 comments:

  1. First time tengok asam gelugur.

    Lawa betul set up dan props gambarm

    ReplyDelete
  2. Untuk kurus tu diorang buat air rebusan dan minum....kalau ada gastrik matilanak...hehehe...x tahan masam dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh tahan betul lidah rasa masam nak minum tu sedangkan rasa sikit pun dah masam. Jangan dibuat kak kalau ada gastrik. pedih perut.

      Delete
  3. Kalau masuk dalam masakan, akak memang akan kunyah asam tu dengan nasi dan lauk. Tapi kalu rendam jer, nak minum airnya pun kelat. Tapi, memang besar betul ya buahnya tu. Kat belah utara, selalulah jumpa. Kalau kat Johor ni, selalu jumpa yg dah siap hiris dan dikeringkan, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira hebat gak kak boleh telan isi buah asam gelugur ni. Saya guna dalam masakan je, tak berani nak telan isinya. Memang besar buahnya. Ada pelbagai saiz. Yang saya pegang tu paling besar. Kat johor yang berkeping dah siap je ada. Hehe..

      Delete
  4. Saya ada saudara suka makan asam ni.. lepas dimasak tak kira lauk apa yang ada asam ni selamba dia je makan.. walaupun dh masak tapi bagi Aini tetap rasa masam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sekali dalam lauk mungkin tak semasam fresh ni. Okay lagi kot naka makan. Tapi saya tak pernah lagi makan. Sekadar masuk dalam masakan je lah. Betul, tetap rasa masam. Hihi...

      Delete
  5. Besar buahnya... Fizah buat asam keping sendiri ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pelbagai saiz buah dia. Kalau ada stok buah asam gelugur, memang buat sendiri :)

      Delete
  6. hahahahah eeeee tak pernah lagi makan gitu saje..kalo yang dah kembang dah dimasak tu takpe lagi...ada jugak rasa laksa ke, rasa masak lemak keee yang melekat dekat asam keping hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang yang melekat dengan asam keping dalam masakan pun boleh tahan jugak masam dia kann..camtu dah masam, apatah lagi kalau nak makan terus. Memang taklah. huhu...

      Delete
  7. Cantik buah asam gelugur ni kan Fizah.
    Abang sepupu kami yang tinggal di Perak kalau datang ke rumah emak selalu bawa asam gelugur yang sudah dikeringkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik bentuknya. Untung sangat dapat yang dah siap terus :)

      Delete
  8. Tak pernag jumpa buah ni di utara.. besar betul

    ReplyDelete
  9. dibuat apa je asam gelugur ni selain asam keping?
    ammi belum pernah nampak live lagi buah gelugur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu kak Ammi. Tak buat asam keping letak dalam masakan fresh gitu pun boleh. tapi guna sikit je pun. Selebihnya kalau nak simpan kena buat asam keping jugak. huhu...

      Delete
  10. Tidak pernah makan secara mentah. Makan yang dalam lauk bolehlah makan.
    Hehe agaknya kemasamannya yang boleh buat kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat siapa yang boleh makan mentah. Masam dia taktahan! Dalam lauk pun sekadar perhiasan je. Tak pernah makan lansung.

      Mungkin jugak tu. Biasa yang masam masam ni la bahan untuk kurus, kannn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.