Bekalan Buah Asam Gelugur Hijau Kuning
Kali terakhir dapat bekalan asam gelugur bulan Disember tahun lepas. Masa tu ambil sebiji dua je, selebihnya bagi orang. Ahad lepas mak singgah bagi lagi bekalan buah asam gelugur ada hijau dan kuning.
Hijau tu dah tentu lah belum masak. Dan yang kuning tu dah masak. Kalau masih ada tak kenal lagi buah asam gelugur, inilah dia buah yang orang buat asam keping tu. Kena potong nipis dan jemur sampai kering barulah jadi asam keping.
Tips nak potong nipis kenalah pastikan pisau tu tajam. Kalau pisau tak lut (tak tajam kata orang Johor), susah nak potong sebab kulit dia macam licin. Kena hati hati memotong kalau pisau tak tajam. Buah tak terpotong kang jari pulak terhiris.
![Buah Asam Gelugur Hijau Kuning Buah Asam Gelugur Hijau Kuning](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEhVv6G7YuaX0elBHXGEcgf2-7qy8Eb9ZViBs930y8fVve4mjt60Z_EfjiwC8rMjGB1wOXTO3KM_y6O1W5sKmuPIWve04A4TY1fuGVzlHqM7ugfIQ3MTUApbt3vh-uXsKiZLBhS5reE6ayuRkJSEb5Yb3C-NhmOyVHgH1Evol4BXHziOSc6rGNcFcC3L2A=s16000-rw)
Banyak mak bagi buah asam gelugur ni. Yang kuning ni kemain besar saiznya. Penuh satu tapak tangan saya ni haa..
Tips nak potong nipis kenalah pastikan pisau tu tajam. Kalau pisau tak lut (tak tajam kata orang Johor), susah nak potong sebab kulit dia macam licin. Kena hati hati memotong kalau pisau tak tajam. Buah tak terpotong kang jari pulak terhiris.
Banyak mak bagi buah asam gelugur ni. Yang kuning ni kemain besar saiznya. Penuh satu tapak tangan saya ni haa..
Rasa dah banyak kali cerita tentang buah asama gelugur ni. Jemu pulak. Tapi yang menariknya kan, kalau google ada orang gunakan asam keping untuk kurus.
Buat air ke macamana? Hebat lah siapa dapat telan asam keping begitu saja. Masam gila kot!
cantik warnanya, kuning terang!
ردحذفWarna kuning dia memang cantik terang.
حذفFirst time tengok asam gelugur.
ردحذفLawa betul set up dan props gambarm
Inilah dia asam gelugur.
حذفTerima kasih :)
Untuk kurus tu diorang buat air rebusan dan minum....kalau ada gastrik matilanak...hehehe...x tahan masam dia..
ردحذفUishh tahan betul lidah rasa masam nak minum tu sedangkan rasa sikit pun dah masam. Jangan dibuat kak kalau ada gastrik. pedih perut.
حذفKalau masuk dalam masakan, akak memang akan kunyah asam tu dengan nasi dan lauk. Tapi kalu rendam jer, nak minum airnya pun kelat. Tapi, memang besar betul ya buahnya tu. Kat belah utara, selalulah jumpa. Kalau kat Johor ni, selalu jumpa yg dah siap hiris dan dikeringkan, hehe.
ردحذفKira hebat gak kak boleh telan isi buah asam gelugur ni. Saya guna dalam masakan je, tak berani nak telan isinya. Memang besar buahnya. Ada pelbagai saiz. Yang saya pegang tu paling besar. Kat johor yang berkeping dah siap je ada. Hehe..
حذفSaya ada saudara suka makan asam ni.. lepas dimasak tak kira lauk apa yang ada asam ni selamba dia je makan.. walaupun dh masak tapi bagi Aini tetap rasa masam..hehe
ردحذفMasak sekali dalam lauk mungkin tak semasam fresh ni. Okay lagi kot naka makan. Tapi saya tak pernah lagi makan. Sekadar masuk dalam masakan je lah. Betul, tetap rasa masam. Hihi...
حذفBesar buahnya... Fizah buat asam keping sendiri ye?
ردحذفAda pelbagai saiz buah dia. Kalau ada stok buah asam gelugur, memang buat sendiri :)
حذفhahahahah eeeee tak pernah lagi makan gitu saje..kalo yang dah kembang dah dimasak tu takpe lagi...ada jugak rasa laksa ke, rasa masak lemak keee yang melekat dekat asam keping hahahhaha
ردحذفKadang yang melekat dengan asam keping dalam masakan pun boleh tahan jugak masam dia kann..camtu dah masam, apatah lagi kalau nak makan terus. Memang taklah. huhu...
حذفCantik buah asam gelugur ni kan Fizah.
ردحذفAbang sepupu kami yang tinggal di Perak kalau datang ke rumah emak selalu bawa asam gelugur yang sudah dikeringkan.
Sangat cantik bentuknya. Untung sangat dapat yang dah siap terus :)
حذفTak pernag jumpa buah ni di utara.. besar betul
ردحذفA ah. Paling besar yang kuning tu.
حذفdibuat apa je asam gelugur ni selain asam keping?
ردحذفammi belum pernah nampak live lagi buah gelugur ni
Saya pun tak tahu kak Ammi. Tak buat asam keping letak dalam masakan fresh gitu pun boleh. tapi guna sikit je pun. Selebihnya kalau nak simpan kena buat asam keping jugak. huhu...
حذفTidak pernah makan secara mentah. Makan yang dalam lauk bolehlah makan.
ردحذفHehe agaknya kemasamannya yang boleh buat kurus.
Hebat siapa yang boleh makan mentah. Masam dia taktahan! Dalam lauk pun sekadar perhiasan je. Tak pernah makan lansung.
حذفMungkin jugak tu. Biasa yang masam masam ni la bahan untuk kurus, kannn...