Header Ads

Beli Kopi Aqoffee Berdekatan Homestay Hujung Kampung Rantau

Lepas menjamu selera di Terrace Cafe Jelatok Retreat Farm, kami menuju ke Aqoffee di Rantau pula. Dah macam coffee hunter pulak dah. Kali ni pergi sebab hari tu me'rantau' cari kopi, kedai tutup pulak. Sebelum pergi dah check dulu instagram Aqoffee, buka ke tidak.

Alhamdulillah, ada rezeki kali ni dapat merasa kopi Aqoffee. Bersinar sinar mata tengok Aqoffee buka. Parkir agak penuh, parkir di homestay je lah kejap. Sampai sampai terus order, caramel macchiato dan mocha.

Tak sampai 10 minit menunggu dah siap. Kebetulan kami je yang order masa tu. Ada juga pengunjung lain tapi duduk di meja belakang.

Kopi Aqoffee

Banyak juga pilihan minuman yang ada. Tak suka kopi? Jangan risau, ada minuman lain selain kopi. Harganya masih di paras harga pasaran kot. Ke?

Menu kopi Aqoffee

Sambil menunggu tu nikmati permandangan kebun yang lapang ni. Bangunan warna warni tu Homestay Hujung Kampung Rantau diberi nama. Kalau menginap kat sini, hari hari mengopi lah.

Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau

Disinilah tempat menunggu kopi siap. Bila dah siap barista akan tekan button dan kedengaran nombor giliran dipanggil. Wahhh..macam menunggu giliran di klinik pulak.

Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau

Sambil menunggu tu kita ambil gambar sekeping dua lagi. Belakang ni ada meja batu dan wakaf. 2 meja dah dipenuhi. Malas nak kesana, kita tunggu kat sini je lah.

Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau

Swimming pool ni macam baru lagi ada. Sebelum ni datang tak ada. 2 minggu lebih jugak tutup, tahu tahu dah ada swimming pool. Yang menginap di Homestay Hujung Kampung Rantau ni, bolehlah berendam dalam swimming pool ni. Taklah bosan, kannn...

Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau

Dah dapat kopi, jom kita balik! Muka ada senyum dapat kopi Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau yang diidamkan sekian lama. Konon macam nak stay duduk di meja belakang tapi ada orang, malas lah kita nak duduk sama. 

Aqoffee Homestay Hujung Kampung Rantau

Posing lah kejap bersama kopi. Walaupun gambar senget benget cameraman ambil. Kita redha je lah. Tempat ni memang cantik. Petang petang mengopi syok jugak! 

هناك 22 تعليقًا:

  1. nampak sedap sahaja kopi tu. lama dah ni tak minum kopi, last minum masa cuti cny hari tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Dua dua sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau dekat boleh juga singgah sini kan.

      حذف
  2. Haaa.. akak tengok tajuk dah ingat, masa kali pertama Fiza datang, Aqoffee ni tutup. Puas hatilah kan dah dapat kopi yg sedap tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Ya betulll..haritu tutup, akhirnya ada rezeki juga singgah dan merasa kopi sedap.

      حذف
  3. Cantik tempatnya. Kalau dapat ngopi situ sambil layan pemandangan lagi best ni.

    ردحذف
  4. Kopinya terlihat sedaaaap ❤️❤️. Tapi saya lebih sukaaa tempatnya kak. Krn outdoor, dan sepertinya luas. Jarang2 ada kafe kopi macam tuh. 😍

    ردحذف
    الردود
    1. Kopinya memang sedap. Yaa, disebabkan tu saya gigih datang sini. Tempatnya cantik. Dah makin banyak kopi hipster begini di Malaysia.

      حذف
  5. Tempat sangat cantik dan memang best untuk bergambar. Kopi tu yaAllah. Saya tergodaa betul.

    ردحذف
  6. Ceria jew suasananya... langit biru cerah, awan putih... Fizah pun pakai baju biru.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat best tempatnya. Kalau dekat boleh pergi selalu. Agak jauh ni boleh sekali sekala je lah membeli. Hehe..Bukan biru sebenarnya warna teal :)

      حذف
  7. salam singgah
    sekarang banyak betul kedai - kedai kopi hipster
    deco pun cantik - cantik.
    tengok alamat kat N9 pula
    jauh benar nak ke sana dari Batu Caves ni
    kena betul - betul plan.
    environment pun cantik di kelilingnya

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, sana sini kedai kopi hipster. Pilih mana yang menepati selera.
      Ye, di N9. kalau terlalu N9 boleh singgah. Dekat dekat PD. Environment memang cantik sangat.

      حذف
  8. Rindunya nak hunting kopi... lama terperuk je ni, adeii bosan gakkkk..

    ردحذف
  9. Lawa betul gambar-gambar yang Fiza ambil.. Nampak menarik kedai kopinya..

    ردحذف
    الردود
    1. Kedai kopi dia sangat menarik tapi tulah jauh sikit dan kedalam lokasinya.
      Terima kasih KakSha

      حذف
  10. Tutup pasal buat kolam tenang agaknya. Cantik latar dengan awan pun lain bentuknya.

    ردحذف
    الردود
    1. Dengarnya wife owner baru bersalin dan mungkin jugak amek peluang buat kolam kot. Memang cantik sangat view kat sini kak.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.