Bermalam di The Shore Hotel & Residences
Sudah lama berhajat juga nak bermalam di The Shore Hotel & Residences. Hotel bertaraf 4 bintang. Jadi, saya expect berbaloilah bermalama di The Shore Hotel & Residences ni. Kami booking 3 hari sebelum kalau tak silap. Booking melalui agoda.
Pilih untuk bermalam di The Shore Hotel & Residences ni bukan apa, saja nak ada pengalaman bermalam di sini. Dan alang-alang dah menginap di Shore, kononnya nak pergi Ocenarium dan Sky Tower The Shore.
Selain tu nak jalan jalan dekat Kg Morten bawah tu sambil tu jalan jalan cari makan melalui Sungai Melaka. Kira banyak jugaklah aktiviti kalau menginap di The Shore ni.
Kami parkir kereta di tingkat 3A, masuk dalam terus pergi kaunter The shore. Sekali staff situ cakap nak check in kat ground floor. Laahh..kena turun bawah pulak. Turun guna lif berdekatan. Urusan check in agak lambat sikit. Check itu ini, my Sejahtera lagi.

Lepas tu kami upgrade dari twin single bed ke King bed kena tambah RM30. Dalam agoda banyak pilihan single bed je. Tapi booking jugaklah masa tu dan pilih queen bed. Sekali masa nak check in tak available pulak. Upgrade je lah king bed.
Kami pilih higher level jugak. Tak tinggi mana, dapat tingkat 12 je mampu. Inilah rupa studio suite yang kami dapat. Masuk masuk sebelah kanan wardrobe dan coffee area. Sebelah kiri toilet dan bilik air.

Ruang yang luas dan dah tentu selesa berdua. Feeling honeymoon untuk berkali kalinya.
Beginilah bilik hotel bertaraf 4 bintang. Konon nak 'wow' kagum tapi lepas tengok bilik begini tak jadi kagum.
Tengok dinding pada headboard katil. Tak ada usaha ke nak betulkan cat atau nak letak frame ke cover rupa cat dinding yang terkupas macam ni. Entahlah labuuu..semak pulak pandangan kita wak.
Coffee area. Cawan dia ada stain merah. Tak jadi lah nak mengopi even boleh dibasuh dan rendam dengan air panas kemudian basuh dan bilas berkali kali. Mood auto pudar terus. Botol air tu ada logo Kerjaya hotel pulak. Dalam gambar tak nampak. Nak minum baru perasan logo hotel lain.
Toilet yang sangat luas dan bersih. Ada disediakan tuala.
Tapikan...pintu toilet ni renggang sangat sangat sangat tauuuuu...Memang nampak kalau tak tinjau pun. Suami isteri okay lagi lah. Kalau pergi dengan kawan, camne nak tutup pintu yang renggang ni uiii.. walaupun rasa orang tak akan tinjau tapi tetap rasa tak selesa. Kan?
Dia tak berakhir di situ, frosted tinted yang cover cermin bilik air dan toilet ni dah koyak koyak jugak. Berlubang dimana-mana. Boleh tahan besar lubangnya. Nampak tak tu. Kalau membuang pun boleh nampak! hahaha...
Puas hati mandi sebab air dia laju dan shower jenis besar. Air sejuk dan air panas berfungsi dengan baik. Tapi lantai dia macam tak rata je. Bertakung air bila mandi. Tak suka betul.
Nampak macam bersih tapi tidak ye. Berkulat juga bilik mandi ni tepi tepi penjuru tu. Nampak sangatlah tak buat maintainance betul betul kan. Disebabkan corak macam ni mungkin kurang sikitlah nampak kekotoran yang ada.
Dental kit bukan The shore ye. Bekalan dari hotel sebelah, Swiss Garden Hotel. Boleh macam tu? Ke memang dorang ni Join Venture?
Okay lampu dia menarik.
Wardrobe dia agak berhabuk. Bila wardrobe berhabuk. iron board dan iron pun ikut berhabuk sekali.
wardrobe sebelah ada hanger. Tapi wardrobe ni tak ada lampu. Rosak. Boleh pulak wayar terjuntai. Dalam gambar ni saya ambil bahagian bawah. Tak ada gambar wayar lampu terjuntai tu.
Disebabkan dah penat ya amat, kami abaikan je lah semua tu. Asalkan boleh melepaskan penat selepas berjalan jalan kat Zoo Melaka.
MasyaAllah seronok dapat menikmati sunset view dari bilik. Bawah tu pinggiran sungai Melaka.
Cantik panorama tayum warna jingga.
Night view pun cantik. Malam tu hujan.
Balik dari Zoo Melaka, encik suami rasa macam nak demam. Ahhh sudah, saya dah elok dia pulak demam. Berjangkit lah ni...Risau betul! Mujur bawa ubat sekali.
Beg makeup saya pun tertinggal kat rumah. Encik suami gigih nak keluar beli makanan dan barang skincare mana yang perlu. Dok cari watsons kat shopping gallery tak ada pun. Ada guardian tapi seberang jalan. Tiba-tiba hujan pulak. Tak jadi pergi.
Sudahnya encik suami beli subway masa turun bawah dan order nasi lemak guna food panda. Terpaksa redha lah tak pakai toner, moisturiser dan suncreen sehari. Camne boleh tertinggal tak tahu lah.
Malam tu encik suami demam dan decide esok check out awal terus balik rumah. Mungkin sebab cuaca panas dan penat bercampur.
Sepatutnya kami check in The Pines Hotel pulak lepas check out The Shore. Tapi tak kesampaian lah nak stay The Pines. Terus Call agoda dan hotel The Pines untuk cancel dan refund.
Tak sempat lah nak berlibur 3 hari 2 malam. 2 hari 1 malam je lah dapat. Balik rumah berehat puas puas barulah semakin baik.
Takpelah, kita rancang cuti cuti lain kali pergi Oceanarium dan Sky Tower The Shore tapi tak nak menginap kat sini lagi. huhu...
Yang bestnya menginap di sini banyak tarikannya sebab semuanya dalam satu bangunan je.

Alahai Fizah.
ReplyDeleteSepatutnya menginap di hotel 4 bintang berpuas hati, tapi lain pulak jadinya. Memang tak seronoklah kalau masuk bilik air pun rasa tak selesa.Tengok dinding atas kepala katil yang terkupas tu pun rasa sakit hati. Harap pada masa yang lain, boleh menginap di hotel yang lebi baik daripada yang ini. Tertinggal beg mekup memang masalah besar bagi kita orang perempuan. Tak sempurna rasanya tanpa segala alat yang digunakan hari-hari.
Sayang kalau nama je gah berbintang banyak tapi tak okay in realiti. Rasa rugi bayar mahal tapi macam ni rupa dia.
DeleteTahu takpe kak Amie, spoil mood juga bila skincare dan make up tertinggal. huhu...
hmmm. harap pihak hotel dapat perbaiki lah servis diorang. kita ni nak relaks dan rehatkan minda.. tup2 jadi macam ni
ReplyDeleteTak sempat nak buat maintainance kot kalau hari hari dah ramai orang book. huhu...
DeleteKadang staycation di mana2 hotel pun mesti ada yang tak best, tapi malas nak cerita. Boleh tahan jugak leteran Fiza ni, hahahaha, mesti rasa ralat giler bayar mahal2 tapi cikai.
ReplyDeleteA ah. Mana mana hotel mesti ada sisi yang tak best. Hadap je lah. Hahahaha..bila tak ada mood, berleter lebih sikit. Ye, memang rasa ralat betul. Harga tak setaraf rupa dan bintang. huhu...
DeleteAdooo, tak syiok nak membuang kalo orang leh ngintai. Haha kata 4 bintang,, tapi. ... berbaloi ke tak ni?
ReplyDeleteBukan setakat boleh intai. Pintu pun bukan jenis lock. Tolak je terus terbukak..hihi..entahlah Aien. Tak tahu nak komen apa dah. huhu...
DeleteAlahai..hotel dah ok...tiba plak bilik out of expected...takpe la..nanti pi lagi lepas tu stay kat The Pines plak ye...
ReplyDeleteItulah tu. Tak tahu nak kata apa. Hopefully ada rezeki stay sana pulak.
DeleteMungkin lama tutup sebab PKP tu hari.. kesian jugak guest n hotel
ReplyDeleteMungkin jugaklah. At least check dulu semuanya sebelum dibuka. Barulah seronok tetamu berkunjung.
Deleteagak kecewa tgk maintenance dia. dinding bilik tu la, obvious sgt cat dkt dinding yg terkupas tu.
ReplyDeleteObvious sangat kan. Mungkin 'seni' agaknya kot. huhu...
Deletespoil mood betullah ye The Shore tu...
ReplyDeletekalau berdua oklah pintu regang...kalau ada anak-anak tak pasal nak mandi, nak memerut semua kena tutup lampu
Bukan setakat renggang. Pintu pun tak berkunci Ammi. Anak tolak je memang terbuka terus. huhu...
DeleteAiseh, spoil betul kat dinding tu. Hotel 2 bintang takpelah jugak ada kekurangan macam tu. Tang tinted terkoyak tu stress jugak kalau datang dengan kawan-kawan
ReplyDeleteSangat spoil dari segi pemandangan mata. Sangat stress gitu Sal dengan takde kunci pulak tu kan. Datang dengan kawan kawan kena pesan siap siap jangan skodeng. hihi...
DeleteKadang nasib tak menyebelahi..Lubang pintu toilet tu lawak la..🤣
ReplyDeleteEh,ni bukan lawak ni kalau menginap even dengan anak beranak🙈
Itulah tu, kalau menginap anak beranak besar okay lagilah. faham tak kacau dalam bilik. Kalau anak anak kecil, sekali tolak pintu dah terbuka. huhu...
DeleteSpoil juga bila berhabuk dengan ada tompok tompok.. Hotel dah cantik tapi gitu plak. Memang spoil la..
ReplyDeleteSangat spoil mood. Dahlah penat kan, terus bertukar mood kelam bila bilik macam tu. huhu...sabar je lah
DeleteAduh nampak lama tidak digunakan bilik sampai berhabuk.
ReplyDeleteAlamak percutian singkat. Apapun terima kasih beritahu keadaan bilik.
Tak pasti lama tak digunakan atau tak buat maintainance. Terpaksalah cuti sekejap je kan. Keadaan tak mengizinkan.
Deletesama-sama :)
welcome to Melaka, fiza.
ReplyDeletelenkali roger la :)
boleh say hi and bye di mana2.
Hihi..terima kasih kak offer.
DeleteAda rezeki boleh datang Melaka lagi :)
bila nginap di hotel ni fiza, tu la dia, kekadang ada benda yg buat kita x puas hati, kan.
ReplyDeletebyr byk ni, tapi dpt yg camtu. aida terkena juga kat few hotel.
normally, nothing done by hotel. sedih sayu :(
now aida da beralih kpd camping.
tak sesempurna hotel, tapi menyenangkan...
tak la selesa bagai dlm hotel, tapi menenangkan...
Dia kalau hotel biasa okaylah faham. Tapi ni hotel ada ada jugak, so kita expect tinggi jugaklah. Mujur berdua je. Kalau ramai ramai, rasa tak selesa nak membuang dan mandi. huhu..
DeleteSeronok tu bercamping kak. Tapi tulah kena ready segala persiapan baru syok camping.