Birthday Surprise Datang Lagi

Sedang rehat santai santai sambil scroll handphone tak sudah sudah, dapat whatsapp dari anak buah. Ucu ada kat rumah ke? Saya pun reply lah 'ada' dan tanya semula, nak datang ke?

Biasanya kalau tanya macam tu nak datang rumah lah. Sebab kadang kadang bila outstation kerja berdekatan dengan rumah saya, dia rajin singgah. Ehh lupa pulak dia pun belum habis quarantine lagi baru balik dari Kathmandu, Nepal.

Dah siap bagitahu dia, saya dan suami tak sihat. Risau kalau nak datang singgah. Rupanya nak hantar surprise aiskrim belated birthday.

Ice Cream Baskin Robbins

Berpakat lah 4 beradik sekali hantar untuk ucu. 

Ice Cream Baskin Robbins

Ingatkan satu pint, rupanya 2 pint dorang hantar. Alhamdulillah..rezeki birthday datang lagi. Birthday kan ibarat raya sebulan. 

Ice Cream Baskin Robbins

Yang ni macam cookies n cream. Plus, bawah dia ada label CNC, kira betullah kot. Haritu baru makan. Mesti ingat haritu saya pernah cakap dengan dia cookies n cream ice cream sedap. 

Cream n cookies Ice Cream Baskin Robbins

Cookies n Cream
Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.

Satu ni saya tak pasti sebab macam tak pernah rasa lagi. Mungkin Macadamia Nuts 'n Cream kot, Label bawah dia tulisan tak berapa jelas. Tapi ada lah macadamia nuts tu.

Macadamia Nuts 'n Cream Ice Cream Baskin Robbins

Macadamia Nuts 'n Cream
Vanilla ice cream with roasted macadamia nuts throughout.

Alhamdulillah... Orang memberi kita merasa. Nampaknya birthday tahun ni tahun untuk aiskrim birthday bukan kek birthday. 

Terima kasih anak anak fruit sekalian along, angah, kakak dan adik. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Semoga sihat semuanya. Aaaminn...

34 comments:

  1. perghh dedua perisa pun sedappp!!! alhamdulilah rezeki tak pernah putus.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah KakRet. Dua dua perisa sedap!
      Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak :)

      Delete
  2. Mesti Fiza mak sedara yang baik dan kesayangan anak buah. Nak kena ucap happy birthday lagi sekali ni, selagi tak habis sebulan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah..syukur disayangi.
      Hehehe..tapayah macam tu sangat kak :)

      Delete
  3. Woww... Sebulan birthdayyy.. Hahahaha. Tahniahhhh.. bestnyaaa . sy baru sekali makan BR... Merasaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sebulan setahun sekali gitu. Alhamdulillah...
      Lepas ni moga moga ada rezeki nona lagi makan BR.

      Delete
  4. yum yum sedapnya dpt makan BR. appy birhday fiza

    ReplyDelete
  5. Waaa bestnya kalau ramai yang sayang.. nahagia kann bila ada yang mengingati.. minta cikitttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bahagia disayangi dan diingati.
      Meh lah :)

      Delete
  6. Rezeki dapat aiskrim dari fruit child. Hehe. Banyak tu 2 tub. Selamat menikmati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..fruit child dah besar besar bolehlah belanja :)

      Delete
  7. Wah sedapnya eskrem...baskin robbin lagi...x kisah lah perisa apa semua sedap...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak, mostly sedap sedap perisa aiskrim Baskin Robbins.

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah..ini kayangan biasa je uncle. Ada yang betul betul kayangan lagi :)

      Delete
  9. Wah…bahagianya Ucu ya, anak-anak buah semua ingat birthday Ucu.

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday, Fiza! Yes, kita sambut birthday kena sebulan hahahah
    Sweet dan thoughtfulnya anak buah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Farrah. Ya, sebulan setahun sekali apa salahnya kan. Hihi..Alhamdulillah..anak anak buah yang yang sweet :)

      Delete
  11. Seronok betul dapat birthday surprise!
    Rezeki sangat dapat anak buah yang sporting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Itulah tu, rezeki anak anak buah dah besar semua dah keje kak Amie :)

      Delete
  12. Aameen buat anak-anak fruits :) Fiza yang penyayang. Alhamdulillah rezeki dapat aiskrim sedap, baca pun terliur.

    ReplyDelete
  13. Happy birthday dear Fiza, moga dirahmati dan dilindungi Allah swt sentiasa. Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn...

      Delete
  14. Tahun ini makan aiskrim BR sahaja untuk sambut harijadi.
    Alhamdulillah puas makan 2 tub lagi.
    Eh cantik bekasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak. rezeki aiskrim lebih berbanding kek. Alhamdulillah..puas makan buat stok bila teringin makan. Kannn..cantik design tu colourful :)

      Delete
  15. syok tu dpt surprise busday aiskrim kayangan...lama tk beli ...slalu bli time 31hb sbb diskaun extra tp aritu flavour fav xde plak..out of stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Ada rezeki nanti boleh beli lagi. Harap ada rezeki dapat flavour fav akak :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.