Celebrate Birthday Dengan Ice Cream Baskin Robbins

Birthday tahun ni macam tak rasa nak makan kek. Kenapa ek? Mungkin disebabkan tekak masih sakit, auto tak berselera makan kek. On the way nak berlibur tu, singgahlah masuk Baskin Robbins kejap celebrate birthday kononnya lah.

Sesekali aiskrim birthday. Nak beli kek aiskrim Baskin Robbins makan berdua macam tak larat nak habiskan. Tak pasal mencair kalau ais kering dah tak sejuk. Dahlah nak pergi bercuti. Mana tahan simpan lama dalam.

Jadi,  kita beli 3 scoop aiskrim dalam cup je sudahlah. Mulanya nak beli ada waffle tu tapi habis pulak. Cup pun cup lah. Takde hal.

Urusan membeli serahkan pada encik suami. Saya request 3 scoop, 1 scoop tu nak perisa Mint Chocolate Chip favourite flavour. 2 scoop selebihnya pilihan encik suami iaitu Cookies n Cream dan Nutty Salted Caramel.

Mint Chocolate Chip
Mint ice cream with lots of chocolate chips.

Cookies n Cream
Vanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.

Nutty Salted Caramel
Salted Caramel Ice cream with almond brittle pieces, swirled with a salted caramel ribbon

Dalam gambar tak kelihatan perisa mint chocolate chip tu sebab terpaling bawah. Encik suami tak suka perisa mint chocolate chip, jadi dia pilih awal letak bawah. Kalau letak atas nanti kena tempias kat aiskrim lain pulak.

Celebrate Birthday Dengan Ice Cream Baskin Robbins

Kena cepat cepat ambil gambar asal boleh sebab aiskrim hampir cair. Banyak sangat nak posing haihh..Belum lagi untuk instagram. Begitulah kan, camera makan dulu sebelum manusia.

Dah nama pun birthday, kenalah ada cake topper happy birthday. Barulah terasa macam birthday gitu. Bagus jugalah dapat makan aiskrim, dapat melegakan tekak sikit. Orang kata aiskrim ni ubat sakit tekak. Entah ye entah tidak. 

Lega jugaklah tekak dapat makan aiskrim. Perisa mint chocolate chip dan cookies n cream tu antara favourite flavour. Nutty salted caramel tu sedap okay, pertama kali cuba. Suka ada caramel dan kekacang. Aiskrim Baskin Robbins jaranglah tak sedap kan.

Alhamdulillah..celebrate birthday simple table for two tempat yang sama tahun celebrate birthday tahun 2020 sebelum covid melanda dunia. Masuk Baskin Robbins pun tak ada orang lain, jadi boleh berlamaan sikit makan sampai habis. Thank you husband!

28 comments:

  1. Comel jer birthday girl dengan aiskrimnya, nasib mekap tak ikut cair, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makeup tak cair sebab guna filter makeup je tu. hehehe...

      Delete
  2. kalau nak tahu, sekali je saya pernah makan aiskrim ni. tu pun masa pregnent anak pertama. lepas-lepas tu tak terasa nak makan dah sampai sekarang walaupun sesekali lalu kat kedainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu tak terasa nak makan. Boleh jimat belanja. Ni pun bila birthday je baru merasa kak Mar. Sesaja nak makan tu jarang berlaku. huhu...

      Delete
  3. wah tetiba rasa nak makan ice cream..happy birthday :)

    ReplyDelete
  4. Sweet je birthday girl!
    Happy Birthday Fiza 💐

    Akak tahun lepas buat pertama kalinya beli kek BR utk birthday. Fuh..memang jenuh la makan berdua 😂. Nak foto2 pun gesa2 je sebab cepat cair. Adeh…tobat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih kak Ujie.
      Kalau berdua memang jenuh nak habiskan sebiji kek aiskrim tu. Sejak tu beli jenis scoop je lah kalau berdua. Tahu takpe kak. cepat jugak cairnya.

      Delete
  5. Manis ayu birthday girl dengan aiskrimnya. Sedap layan ais krim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terima kasih Kak Amie. Layan aiskrim sekali sekala layan tekak tak berapa sihat :)

      Delete
  6. sedapnya aiskrim baskin robbin.
    happy belated birthday kak fizah!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Saya pun suka flavour mint choc chip

    ReplyDelete
  8. ice-cream BR memang the best so far.. suka yg chocolate mint tu..

    ReplyDelete
  9. Bagus juga kan makan ais krim daripada kek. Kek dah selalu sangat dah !..
    Nak cuba jugalah yang salted tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ubah dari biasa. Tukar angin :)
      Cubalah nanti naniey.

      Delete
  10. Ada sekali makan kek aiskrim Baskin & Robbins. Memang sedap.
    Untuk harijadi sendiri belum pernah beli lagi.
    Hehe nanti nak beli 3 skup dahulu untuk belanja diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kak ubah selera. Beli 1 scoop flavour fav pun dah cukup :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.