Header Ads

Cuba Buat Pucuk Ubi Goreng Crispy

Rasa teringin betul nak makan pucuk paku masak lemak cili api. Bagitahu encik suami, lalu dia pun keluarlah membeli. Sekali dia bawa balik pucuk paku. Bukan salah beli tapi saya dah pesan awal-awal, kalau tak ada pucuk paku, pucuk ubi pun bolehlah.

Pucuk ubi pun pucuk ubi lah. Masa encik suami balik, saya dah siap masak sambal sotong. Malas nak kupas bawang bagai. Ambil pucuk ubi sikit dan rebus je lah buat ulam cicah sambal gesek. 

Encik suami beli 2 ikat pucuk ubi. Separuh ikat dah direbuskan buat ulam. Lepas tu tak tahu dah apa nak buat dengan lebihan pucuk ubi tu. Pucuk ubi tak lah banyak pun, daun tua je yang terlebih banyak. Biasalah tu kan kalau beli pucuk ubi. Daun tua pun dijual sekali.

Baru teringat dulu pernah viral resipi pucuk ubi goreng Dato' Rizalman yang crispy tu. Macam best je kalau buat pucuk ubi goreng crispy. Berbekalkan kerajinan, makan malam saya buat pucuk ubi goreng crispy pedas sikit.

resepi pucuk ubi goreng rizalman

Dapatlah sepinggan lebih sikit. Yang belakang tu lebihan daun ubi tua. Ada juga orang buat daun ubi goreng tepung. Tak pasti guna pucuk ubi atau daun ubi.

resepi pucuk ubi goreng rizalman

Tak betul betul ikut resipi asal. Masak campak campak je mana yang ada guna bahan asas bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kisar. Tak letak ikan masin dan yang lain lain. 

Pertama kali buat pucuk ubi goreng ala Dato' Rizalman. Sedap tu sedap tapi agak berminyak. Lepas goreng pucuk ubi dah tapis, lepas tumis pun tapis juga untuk kurangkan minyak. Sesekali teringin tu bolehlah buat lagi.

هناك 30 تعليقًا:

  1. Uii nampak sedap... pernah beli kawan jual, tapi tu laa tak puas makan, sebab tak berapa banyak.. muai lagi buat sendiri ekkk..

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap tu sedap sis. Cuma jenis berminyak ni potong selera sikit. Buat sendiri puaslah makan.

      حذف
  2. Bila tulis crispy ingat buat goreng tepung.
    Apabila tengok gambar baru tahu kena goreng dahulu baru tumis.

    ردحذف
    الردود
    1. Tak. Ada dengar juga goreng celup tepung. Tapi tak pernah cuba.
      Ye, kena goreng dulu pucuk ubinya.

      حذف
  3. Wah,pucuk ubi crispy...sedap,saya suka pucuk ubi crispy.Rasa dia ada sikit persamaan masakan Cina..Kailan crispy..

    Fiza,pucuk ubi tu kalau jual memang kena sekalikan dengan daun yang tua.Tujuannya nak melindungi pucuk muda kat dalam tu daripada kecut.Kalau petik pucuk sahaja bila nak jual pucuknya cepat kecut lembik dan tak berselera nak beli🤣
    Ni teori saya ja tau...🤭🤭🤭🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap tu memang sedap. Tak disangkal lagi. Ohh kailan crispy pun ada ye.

      Ohhhhh macam tu ke kaedahnya. Baru tahu. So now fahamlah kenapa dorang petik daun sekali bukan pucuk je. Baiklah. Disini faham.

      حذف
    2. Oh, patutlah, selama ni sy ingat, dorang yg jual tu mengelat, hihi. Ampunnnnn...

      حذف
    3. Saya pun fikir macam tu dulu kak SK. Bila mama cella bgtahu macam ni, betul jugak gak bila difikirkan.

      حذف
  4. Memang agak berminyak hasil pucuk ubi goreng tu Fizah. Kak Amie rasa pucuk ubi boleh, daun-daun yang tak pucuk pun boleh sebab bila digoreng jadi garing. Sekarang ni kalau beli pucuk ubi, dapat seco'et jew.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang begitu ye. Baik, faham sudah. Ohh boleh jugak ye guna daun. Dah terbuang lah pulak. Itulah tu, dah petik pucuk dapat sikit jee.

      حذف
    2. oic.
      betul juga kata akak tu ek.
      pucuk nya sejemput. tak puas makan.

      حذف
    3. Iyeee kak Aida, dah pilih pilih pucuknya sejemput je. Mana puas makan. huhu...

      حذف
  5. Wowww kita x pernah trg lg pucuk ubi crispy camni.. Slalu makan rendang pucuk ubi je hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau ada orang jual, cuba tau nanti KakRet. Saya pulak tak pernah makan rendang pucuk ubi. hehehe...

      حذف
  6. Akak tak pernah beli pucuk ubi dan pucuk paku. Selalu mengharap jika ibu masak atau jika jumpa masa makan di kedai, hihi.

    ردحذف
    الردود
    1. Lagi sedap tu makan masakan ibu. Kat kedai kadang kurang fresh sikit.

      حذف
  7. kegemaran! saya gosok pucuk pastu tumis dgn tumbukan cili+garlic, campur bilis.

    satu lagi menu kegemaran anak. pucuk+daun ubi muda, tumbuk dgn lesung batu sampai hancur. pastu tumis bwg, serai, masuk daun ubi yg dh ditumbuk, bagi air sikit. sedap!!!

    ردحذف
    الردود
    1. Masakan tumis macam tu pun sedap jugak. Yang tumbuk pucuk ubi dan daun muda tu first time dengar. Terima kasih share.

      حذف
    2. menarik juga resepi tu.

      aida ni meamng la peminat ulam2an.
      kalau makan di kedai, wajib kot cekut skit pucuk ubi, ulam raja, tenggek burung.
      then skit sambal belacan :)

      حذف
    3. samalah saya pun kak. Kalau ada ulam ulaman ni mesti ambil. Lagi lagi ada sambal belacan. Padu cicah sambal belacan.

      حذف
  8. Lama dah tak makan sayur pucuk. Sebenarnya, saya tak tahu apa beza pucuk ubi dan pucuk paku. Dua dua saya suka hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Pucuk ubi berdaun lebar lebar gitu. Pucuk paku berdaun kecil kecil. Boleh google untuk tengok perbezaannya :)

      Dua dua pun sedap kan.

      حذف
  9. pucuk ubi goreng berlada pun sedap Fiza...letak ikan bilis banyak2 skit...pas tu kering2...dapnyaaaa....

    ردحذف
    الردود
    1. A ah..tumis ye kak. Tu dah biasa buat jugak. Saja nak cuba resipi yang belum cuba lagi.

      حذف
  10. kan. viral jugak la menu rizalman ni.
    aida tgk utube rizalman menggoreng pucuk ubi ni.
    sebenarnya more tu nak dgr dia berleter :) ha ha ha...
    menarik. menghiburkan hati.

    tu la tapinya, pucuk ubi goreng crispy ni aida x pernah buat atau makan, fiza.
    tak berjumpa!

    ردحذف
    الردود
    1. Yep, dulu masa mula mula viral tak pulak mencuba. Baru ni rasa nak cuba. Nanti teringin, bolehlah cuba kak Aida. Nak jumpa orang jual macam susah je. Betul tu, suka dengar dia berleter non stop.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.