Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Suamiku Lelaki Pendosa, sebuah drama TV3 pukul 10:00 malam terbaru lakonan Aaron Aziz dan Sophia Barakbah. Drama Suamiku lelaki pendosa adalah adaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.

Drama Suamiku Lelaki Pendosa episod 1 mula bersiaran pada 9 Februari 2022, jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

suamiku lelaki pendosa tv3 full episode

DRAMA SUAMIKU LELAKI PENDOSA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 9 Februari 2022
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS SUAMIKU LELAKI PENDOSA

Kisah tentang Dean Ilyas yang nampak sempurna dari segala sudut akan tetapi dia rupanya cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba untuk berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.

Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

sumber : https://www.goodreads.com/book/show/54479535-imamku-lelaki-pendosa

PELAKON DAN WATAK

  • Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
  • Sophia Barakbah sebagai Cahaya Malaika
  • Shima Anuar sebagai Anggun Dania
  • Gambit Saifullah sebagai Izfairin
  • Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
  • Maria Farida sebagai Datin Junaidah
  • Aleza Shadan sebagai Wahidah
  • Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
  • Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
  • Faez Malek sebagai Jerry
  • Fiza Thomas sebagai Maya
  • Kael sebagai Nik Safri
  • Annie Mosha sebagai Balqis
  • Anne Abdullah
  • Ungku Hariz
  • Annie Mosha
  • Faez Malek
  • Ieda Moin
  • Betty Banafee
  • Auni Zahra

LAGU TEMA (OST) SUAMIKU LELAKI PENDOSA

Lagu : Fasa
Penyanyi : Hazama ft. Tuju

16 comments:

  1. Tula rasa tak sesuai tonton dengan golongan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Hari ni la ek Shakira habis? Macam best je drama lakonan Dato AA ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, esok dah start drama ni pulak. Drama lakonan beliau jarang tak best :)

      Delete
  3. pernah tgk novel ni tp x beli.. nk tgk cerita pulak hmm.. lama x tgk tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lambattt lagilah kan maksudnya tu. faham faham :)

      Delete
  4. Replies
    1. Ye, drama adaptasi novel dah jadi trend buat drama sekarang ni. Boleh layan kalau best.

      Delete
  5. Esok la drama ni tayang. Macam best tapi malam pula.

    ReplyDelete
  6. macam pernah baca novel ni..tapi macam lupa pun ada. ke ammi baca review novel dari blogger lain ntah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah kot terbaca novel atau review. Kot ada free boleh gak tengok drama ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.