Header Ads

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Tarik Aku Ke Syurga, sebuah drama melayu TV3 akan datang gandingan pelakon Zul Ariffin dan Nelissa Nizam. Drama Tarik Aku Ke Syurga adaptasi dari novel tarik aku ke syurga karya Haitun Kamarazaman.

Drama Tarik Aku Ke Syurga full episode bersiaran di slot Samarinda TV3 arahan Malek Rahman. 

drama tarik aku ke syurga full episode

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 23 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Creative Skill Solution

SINOPSIS TARIK AKU KE SYURGA

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

“Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”

Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu, Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

Adakah Zamri mampu berubah?

Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa? Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

PELAKON DAN WATAK

  • Zul Ariffin sebagai Zamri
  • Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  • Esma Daniel sebagai Dato Azman
  • Lisdawati sebagai Hajah Raudah
  • Ayra Messi sebagai Julia
  • Izzendra sebagai Natasha
  • Keith Foo
  • Idzham Ismail
  • Afzan A.Rahman
  • Myra Zareil

هناك 22 تعليقًا:

  1. Menarik drama ni.. Cuma waktu siaran tu biasanya dah masuk bilik nak tidur dah. Hehe..

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau boleh tengok online dalam website atau apps bolehlah jugak tengok anytime kan.

      حذف
  2. Hari tu nampak kat ig dorang share pasal drama ni. Tertarik jugak nak tonton sebab ada Zul Ariffin, hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Banyak jugak nampak posting kat ig. Tak tahu bila tayangnya. Ohhh peminat Zul Ariffin rupanya :)

      حذف
  3. Harap akhirnya Zamri menjadi normal dengan ikut cakap umi.

    ردحذف
  4. Baca sinopsis macam menarik je....kena tengok ni...

    ردحذف
  5. pelakon best, jalan cerita pun best juga ni

    ردحذف
    الردود
    1. Hero dia okaylah. Cuma heroin pelakon baru tak tahu serasi ke tidak gandingan dua ni.

      حذف
  6. Kena persiapkan mental ni kalau nak tengok drama ni....saya cepat stress kalau cerita2 macam ni..Sebab tu jarang tengok drama..Jiwa tak kuat..hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. Drama bermain dengan emosi ni geram gak tengok kann..hehe..
      faham faham :)

      حذف
  7. Nelissa ni berlakon cerita apa ye sebelum ni... muka familiar tapi akak tak ingat hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Tak ingat pulak saya kak Farrah. Biasa nampak dia jadi pelakon tambahan je. Kali ni dapat watak utama.

      حذف
  8. Best ceritanya ni. Tambah best sebab ada Zul Ariffin hihihiii.

    ردحذف
    الردود
    1. Ramai peminat Zul Ariffin rupanya. hihi..kalau cerita best, seronoklah layan kan.

      حذف
  9. Kalau in real life rasanya memang tak kan berubah, tapi ni drama of course la hepi ending. Haha

    ردحذف
  10. Macam teringin nak tengok, sebab ending balik ke pangkal jalan kan..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.