Filem Syahadan

Filem Syahadan, sebuah filem aksi yang mengetengahkan seni persilatan dari pelbagai aspek budaya pengamal ilmu silat. Antaranya aksi tempur, permainan senjata, latihan silat, adab, adat, falsafah hidup dan yang berkaitan dengan silat.

Menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada atlet pesilat negara dibawah Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu Al Jufferi Jamari (Juara silat dunia), Fauzi Khalid, Mohd Taqiyuddin Hamid, Sazzlan Yuga, Mohd Syafiq Ibrahim, Nashrul Edzam Asri dan Muhammad Shukrillah Badrillah.

Selain itu, penampilan khas Y.Bhg Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain (Presiden PESAKA Malaysia) sebagai watak Mahaguru Silat. Filem Syahadan mula ditayangkan pada 17 Februari 2022 di pawagam.

Filem Syahadan

FILEM SYAHADAN

Tarikh Tayangan : 17 Februari 2022
Penerbit : Trilion Marketing, Arkian Studio
Pengarah : Datuk Dr Fairus Hussain ( FDAM), Halim Hassan
Genre : Aksi

PELAKON DAN  WATAK

  • Al Jufferi Jamari
  • Anuar Rahman
  • Bob Megat
  • Y.Bhg Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain
  • Fauzi Khalid
  • Mohd Taqiyuddin Hamid
  • Sazzlan Yuga
  • Mohd Syafiq Ibrahim
  • Nashrul Edzam Asri
  • Muhammad Shukrillah Badrillah.

SINOPSIS SYAHADAN

Syahadan mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar. Ini menyebabkan ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan.

Omar pada mulanya menentang dan tidak berminat mempelajari silat. Namun hatinya terbuka setelah gurunya Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata di warung Kak Milah.

Di sepanjang sesi latihan silat bersama Pak Daud, Omar terpaksa berhadapan dengan cabaran latihan fizikal dan mental untuk membina jatidiri sebagai orang silat.

Setelah berjaya mewarisi ilmu persilatan, suatu hari Omar berdepan dengan kumpulan samseng yang merupakan sindiket penculikan kanak-kanak yang diketuai oleh Zed Punk. Berjayakah Omar menumpaskan kumpulan samseng berkenaan?

8 comments:

  1. Drama persilatan pernah menjadi fenomena pada tahun2 90an dulu.Antara yang paling meninggalkan kesan drama bersiri " Pendekar".Lakonan Shahriza Mahmud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu banyak cerita persilatan ni kan. Sekarang kalau buat drama macam tak laku. Okaylah dibuat filem pun. Pasti ada sambutannnya.

      Delete
  2. sekali tengok mcm faizal husin dh tadi. bagus ada cerita mcm gini utk angkat kita punya seni pertahankan diri. boleh masuk list ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak tu sekali pandang. Yep, mesti ada peminatnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.