Header Ads

Gempa Bumi 25 Februari 2022

Buka media sosial, ramai yang kata ada terasa gegaran di beberapa negeri di Malaysia iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Paling kuat terasa di Lembah Klang katanya. Gegaran berlaku pada pukul 9:39 pagi akibat kejadian gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia.

Kawasan yang mengalami gegaran antaranya :
  • Kompleks Mahkamah Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Cyberjaya
  • Putrajaya
  • Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.
Gempa Bumi 25 Februari 2022

Sejumlah wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua insiden gempa bumi kuat. Berdasarkan maklumat dari Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku pada kekuatan 5.0 skala Richter pada pukul 8.35 pagi waktu tempatan.

Gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pukul 8.39 pagi dengan kekuatan 6.2 Richter. Gempa kedua itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan 17 kilometer ke timur laut Pesaman Barat. Gempa pertama berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lati bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
-sumber : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/02/gempa-bumi-6-2-richter-gegar-sumatera-barat/

Saya tak rasa gegaran tadi. Terkejut tengok semua orang update kata ada gegaran. Pernah mengalaminya masa study dulu di UiTM Penang. Masa tu Tsunami. Stay pulak bilik atas, lupa dah tingkat berapa.

Tapi jenuh lah bergegas turun bawah guna tangga. Sampai bawah rasa nak muntah! 

Satu persatu kejadian berlaku awal tahun ni. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaaminn...

هناك 22 تعليقًا:

  1. Itulah.. Saya tak perasan pulak gegaran tadi. Tapi di Melaka pun rasa gegaran. Saya ada rakan² indo di Sumatera, memang kuat juga gegaran di sana.

    ردحذف
    الردود
    1. Sesetengah tempat ada yang kuat rasa tempias gegaran tu. Disana lagilah kuat gegaran dia. Semoga semuanya baik baik je.

      حذف
  2. Kecoh gak group wahtsapp pagi tadi semua tanya 'gegar tak JB?'.. uishhh rumah Sis ni hari-hari bergegar sebab belakang rumah ni tengah reno huhuhu..
    Moga negara kita baik-baik aja laa...

    ردحذف
    الردود
    1. Media sosial pun kecoh pasal gegaran ni.
      Aduh, tak best betul kalau ada reno dekat dekat rumah. Rasa tak tenteram nak berehat. sabar je lah kan.

      حذف
  3. Samalah pengalaman kita masa Tsunami tu. Saya di USM. Asrama tingkat berapa belas entah. Dulu lagilah blur sebab takde media sosial apa semua kan. Semoga takde gempa lagi dan tak menyebabkan tsunami

    ردحذف
    الردود
    1. Kann..dulu apa je yang ada, sekadar handphone boleh message dan call je.
      Semoga semuanya baik baik je.

      حذف
  4. Umah adik tingkat 13 kat gombak. Pun rasa gegaran pg td tu
    Tp sekejap.
    adoii serammm

    ردحذف
    الردود
    1. Rumah tinggi kawasan terkena gegaran mesti dapat rasa. Mujurlah sekejap dan gegaran lemah je. Tapi gegaran macam tu boleh buat kita rasa pening dan seram jugak.

      حذف
  5. saya tak sempat nak rasa sebab masa tu bad mood 😂 semoga semuanya baik baik saja. dengan keadaan cuaca hujan saja ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Okaylah tak merasainya. Risau juga kalau merasa, boleh buat pening kepala juga.
      Semoga semuanya baik baik je. Aaminn...

      حذف
  6. Iyalaah, gempa di Sumatra barat tuh cukup heboh beritanya di sini jugak. Tapi tak terasa sampai Jakarta. Makanya saya sempat heran, betulkah gempa ?

    Ohh kakak juga sedang kuliah di Penang saat tsunami dulu? Sayapun di Penang . Tapi saya tak berasa lah kak pas gempa tuh. Cuma memang adik saya yang di USM Penang terasa dikit, apa karena dia sedang di lantai atas gedung Yaa, jadi goncangan lebih kuat?

    ردحذف
    الردود
    1. Syukur tak sampai di Jakarta. Ye, masa tu berlaku Tsunami Acheh yang kuat juga gegaran di Utara Malaysia terutama di Kuala Muda Kedah. Di Penang rasa juga gegarannya. Mungkin masa yang sama kita alami.

      حذف
  7. Ai cuak betul semalam. Ingatkan low blood. Huhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. Even gegaran kecil pun kalau terasa goyang tu boleh buat kita pening jugak kan AI. Risau pitam pun ye.

      حذف
  8. hurm.. takutnya.. haritu kwn2 busyra yg stay area sna smua update story ig ckp rasa gegaran tu.. huhu. smoga kita smua sntiasa dilindungi.. aminnn

    ردحذف
  9. Akak pun tidak rasa. Tahu daripada blog dan berita di tv.
    Sekarang ini macam-macam bencana alam. Harap kita sentiasa teringat.

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah kita kak. Tahu tahu dari media sosial je.
      Semoga Allah lindungi kita semua. Aaaminn...

      حذف
  10. time kejadian aritu..kitorang tgh bz pindah opis tp terasa juga sekejap gegaran tu

    ردحذف
    الردود
    1. Mesti rasa pening pening rasa gegaran tu. Mujurlah gegaran skala kecil.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.