Ikan Kembung Goreng Berlada Pedas Pedas Manja

Dah jemu makan ayam, kita masak ikan lah pulak. Esok esok jemu ikan, bertukar menu berasaskan makanan laut pulak. Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampussss...

Popular dialog tu dalam cerita madu 3. Abang Jamil dan bapak mertua sama otak geliga menipu! Tengok banyak kali pun terhibur. Tengok boleh tapi di ikut.

Okay berbalik kepada ikan kembung. Sekarang ni ikan kembung ni macam susah nak dapat. Kalau tak ada ikan kembung, encik suami akan beli ikan yang lebih kurang spesisnya. Mambong kah. Lolong kah. 

Kebetulan haritu ada ikan kembung. Maka belilah tanpa banyak soal. Beli 6-7 ekor macam tu baru RM8 lebih kurang. Eh, murah pulak. Bukan ikan kembung mahal ke sekarang? Mungkin saiz kecil kot. 

Ikan kembung ni sedap sikit isinya berbanding ikan lain. Dua hari lepas dah selamat goreng 3 ekor makan dengan sambal gesek. Tak kan nak goreng lagi kan. Masak ikan kembung goreng berlada pun sedap juga.

Tak masak pedas sangat sebab encik suami masih lagi dalam fasa sakit tekak tak elok lagi. Pedas pedas manja je. Saya dah fully recover dah. Alhamdullillah...

resepi ikan kembung goreng berlada

Masakan simple je. Campak campak jadilah ikan kembung goreng berlada. Mudah, cepat dan sedap. Makan bersama dengan lebihan pucuk ubi goreng crispy semalam yang tak larat nak dihabiskan.

Resipi ikan kembung goreng berlada

Bahan-bahan

Ikan kembung
Cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing) *tumbuk
3 biji bawang merah rose *2 biji tumbuk, 1 biji hiris
2 ulas bawang putih *tumbuk
2 inci kunyit hidup *tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara penyediaan

  1. Cuci bersih ikan kembung, lumurkan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan kemudian goreng.
  2. Dah siap goreng, angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak untuk kegunaan menumis.
  3. Tumiskan dulu bawang merah rose hiris sampai garing sikit. Kemudian baru masukkan cili api, bawang merah rose, bawang putih dan kunyit hidup yang dah ditumbuk.
  4. Tumis sampai naik bau dan sedikit garing.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan air sikit kalau nak berkuah. Kalau nak kering tak perlu letak air.
  7. Letak garam sikit kemudian letak ikan yang dah siap digoreng. Sikit je tau sebab ikan tadi dah bergaram. Gaul rata dan siap!
Ikan kembung goreng berlada pedas pedas manja makan dengan nasi panas panas memang mantap! Berselera makan lauk simple macam ni pun.

26 comments:

  1. Lauk ni kalau makan dengan sambal belacan pun sedap... yummmssss

    ReplyDelete
  2. ooo fiza panggil ikan kembung erk..kalau kecik akak panggil ikan pelaling..yg sederhana tu baru panggil ikan kembong..yg besar ikan mambong...suka ikan ni sebab isi dia manis dan banyak isi kan...memang selalunya goreng macam ni atau buat masak lemak cili api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, ikan kembung ni sebab tulis pun ikan kembung. Ohhh macam tu ye.. baru tahu.
      Ikan kembung goreng saja pun sodap, apatah lagi masak masakan lain.

      Delete
  3. tq fiza.
    dpt la aida idea nak masak pe for berbuka nanti.
    ayam mudah beli. sebab aeon tu hah depan ofis.
    aeon tak jual ikan yg segar :(

    pedas-pedas manja ?
    ha ha ha ha kat rumah aida kena pedas kurang manja.
    tak pedas, lauk tak abis, fiza :) ha ha ha ha...
    bila ikan, aida kena gi tempat jauh skit hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak Aida.
      Nanti boleh cuba masak macam ni.
      Pedas pedas yang tak pedas sangat. Betul tu kak, lauk tak pedas tak selera makan.

      Akak tak makan ikan ke camne ke duduk jauh.

      Delete
  4. Tengok ikan kembung ni teringat Fuad suka olah sendiri ikan kembung masak cuka.
    Ikan kembung goreng berlada memang sedap makan dengan nasi panas. Boleh menambah nasi tu Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Fuad suka ikan kembung ye. Bagus dia pandai masak dan olah masakan. Ada potensi tambah nasi tapi itulah biasa masak nasi cukup cukup sekali makan. Tak ada tambah tambah nasi. hehe...

      Delete
  5. dalam banyak2 ikan ammi mmg suka ikan kembong..goreng garing sikit buat sambal sedap, balado sedap, masak lomak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, samalah! Saya pun suka ikan kembung lagi. Sedap masak apa je. Lagi lagi goreng garing tu. Semua pun sedaplah :)

      Delete
  6. Lauk ni gu dengan nasi panas...takyah lauk lain dah...cuma kalau untuk saya add on ulam sikit...bocor periuk dah ...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul beteul. Ya, ada ulama lagi sedap makan..Bertambah bocor periuk. hehehee...

      Delete
  7. Saya suka ikan kembong bila goreng garing memang sedap, lepastu ada sambal pulak. Aduh lagi terliur. Lama dah tak makan ikan juga sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kembung goreng biasa dengan garam dan serbuk kunyit pun dah sedap kan. Yang penting kena garing tu. Ada sambal lagilah sedap cerita dia. Itulah kan asyik ayam je. Jemu pulak.

      Delete
  8. Ikan paling humble tapi sedap. Senang masak gini. Kalau setakat nak 2 orang makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ikan paling humble Sal? A'ah senang macam ni. Mudah lauk makan berdua ni.

      Delete
  9. Ikan kembung nih murah tapi gizinya tak kalah sama salmon. Jadi memang lebih bagus dan senang beli ikan nih. Di olah macam2pun dagingnya sedap. Saya suka kalo ikan kembung nih di masak sambal kak, kalo orang sini sebutnya balado ikan 👍😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, ikan kembung kaya omega juga kan. Isinya lebih sedap dimasak apa pun. Ohh disana panggil balado ikan. Terima kasih share. Nanti nak order taklah kekok :)

      Delete
  10. Ni betul betul boleh menambah nasi sampai tiga pinggan ni. Janji nasi panas. Lauk jahat macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..masakan berlada boleh bertambah nasi kalau nasi panas panas dan lauk fresh from kuali. Memang jahat sungguh lah buat kita bertambah nasi. hahaha...

      Delete
  11. Ikan ini popular di rumah buat sambal.
    Isi memang sedap. Selalu patah 2 ambil bahagian kaki. Hehe.
    Boleh bayang lauk berlada pun sedap makan dengan nasi kosong sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sambal merah tu ye kak? Macam tu pun sedap jugak. Ye, memanh sedap makan dengan nasi kosong panas panas.

      Delete
  12. Replies
    1. Yaaa..ada rasa pedas sikit baru lah membangkit selera nak makan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.