Header Ads

Ini Barulah Cili Api Kampung

Cili api kampung, bekalan wajib bila balik dari kampung. Bila balik kampung, mak dah siap sedia stok cili api kampung atau orang kampung panggil 'lada'. Mak lah pembekal stok cili api saya. Mak tahu kat bandar ni susah nak cari cili api yang betul betul kampung dan pedas.

Di bandar pun, harga api kampung bukan biasa biasa. Tanaman cili api kampung pun boleh jadi jutawan tau sekarang ni. Laku habis. Cili api kampung menyebabkan rasa masakan tu lebih sedap berbandang cili akar yang rasanya agak maung.

Sebab tu saya suka cili api lagi berbanding cili lain. Cili padi Thai super pedas tu buat sambal gesek sesuailah dia.

Cili Api Kampung

Kat kampung ni senang sikit nak mencari cili api kampung. Stok kat kedai tu boleh cakap sentiasa ada sebab orang kampung yang ada kebun tanaman cili api kampung akan hantar kat kedai untuk jualan.

Cili api kampung ni kalau nak petik pun jenuh jugak kan. Cili api mak beli agak kurang fresh sebab dah sehari dua dibiarkan kat luar. Kecut sikit jadinya. Lepas ni proses buang tangkai dan simpan dalam bekas letak dalam peti ais.

Cara simpan cili api tahan lama.

  • Buang tangkai
  • Alaskan tisu dapur
  • Masukkan cili api yang dah dibuang tangkai
  • Letak bawang putih seulas dua
  • Sebelum tutup bekas, tutup dengan tisu dapur. 
  • Letak bekas dalam peti ais

هناك 38 تعليقًا:

  1. Istimewa cili api, tengok ja dah menyelerakan, buat patah dengan kicap pun dah buka selera.. Betul bole jadi jutawan tanam pokok cili ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Patah patah letak kicap dan gula buat cicah mangga muda buat kecur air liur jadinya :)
      Kalau kena dengan demandnya boleh jadi jutawan kan kak

      حذف
  2. Cili ni lebih pedas..buat sambal belacan, mmg power..

    ردحذف
  3. ha sama kita pun buat petua tu cuma x tau plak kena letak bawang putih hehehe..
    OK lepas ni bole tmbh bawang putih juga

    ردحذف
    الردود
    1. Bawang putih tu macam nak lagi tahan lama lah gitu. Lupa pulak fakta dia. Selamat mencuba :)

      حذف
  4. Ccl panggil ni cili burung . Pedas dia memang menyengat sikit la . Selalu bt jeruk

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh orang utagha panggil cili burung. Memang pedas menyengat. Buat jeruk padu makan dengan char kuetiau kan.

      حذف
  5. sha buat macam tu jugak, 3 minggu lebih cili masih ok hehe

    ردحذف
  6. kalau balik kampung atau ke pasar tani wajib beli cili api kampung yg sebenarnya gini

    ردحذف
    الردود
    1. Bekalan wajib kan bila balik kampung sebab kat bandar ni payah nak jumpa cili api yang betul kampung dan pedas.

      حذف
  7. Ada juga simpan macam cara Fiza letak tisu tapi tak guna bawang putih.
    Hehe bagus ada stok daripada emak di kampung.

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh je letak kalau nak mencuba buat eksperiment kak.
      A ah senang ada stok kat kampung.

      حذف
  8. Kak PC suka buat sambal kicap dan nasi goreng guna cili api kampung ni Fiza. Sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Memang sedap buat masakan tradisional dan juga sambal sambal. Terpaling sedap.

      حذف
  9. meriahnya..seronok la kalau orang yang memang suka pedas macam Fizah. thanks share tips simpan cili supaya tahan lama

    ردحذف
    الردود
    1. Yep, kalau suka pedas memang seronoklah dapat cili api kampung ni.
      Sama² :)

      حذف
  10. apa saja kalau namanya kampung memang sedap dia berbeza..ayam kampung,nasi goreng kampung,apam kampung..cili api kampung...hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. alamak, ayam kampung kategori kampung yang saya tak makan. hihi..tapi masakan tradisional kampung ni jarang tak sedap.

      حذف
  11. sebiji pun menyengatt kalau akak mkn he hee cili kg ni

    ردحذف
    الردود
    1. Bergantung pada level kepedasan masing masing. Kalau tak biasa makan pedas memang menyengat betul.

      حذف
  12. Pokok cili nie ikutkan senang jer tanam tapi itulah bila aku tanam jer yang keluar kangkong.

    ردحذف
  13. Ok nanti boleh cuba. Kena letak bawang putih ye..

    ردحذف
  14. siapa makan cili dialah yg rasa pedas .. hehe 😅😅 gmbr fizah terbaik mcm biasa 👍👍

    ردحذف
    الردود
    1. Benar tu wak, siapa makan cili dia rasa pedas. hihi
      Terima kasih wak :)

      حذف
  15. Sebab tu la Pak Zain tanam cili padi...harganya mahal giler..

    ردحذف
    الردود
    1. Mahal satu hal, payah nak mencari satu hal lagi. huhu..untung tanaman Pak Zain menjadi.

      حذف
  16. podeh ni fiza. tq for tips. mama selalu letak terus dlm peti ais. nanti nak buat style fiza

    ردحذف
  17. cili ni memang pedas. sapa yg suka pedas giler tu boleh la taruk cili ni..hhaha

    ردحذف
  18. Cili api kampung ni sedap dibuat sambal kicap atau sambal belacan. Rasanya yang pedas itulah keistimewaannya, tak sama dengan cili lain.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, rasa dia lebih sedap daripada guna cili lain dalam masakan melayu atau sambal.

      حذف
  19. cili kampung gini barulah betul2 power buat sambal belacan. barulah kick!!!

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.