Jejak Dinosaur Encounter Melaka
Sebenarnya dah lama berhajat nak jejak Dinosaur Encounter Melaka sejak dibuka pada hujung tahun 2020. Tapi sejak COVID-19 melanda ni banyak tempat tempat pelancongan terpaksa ditutup. Akhirnya jejak Dinosaur Encounter Melaka juga.
Dinosaur Encounter Melaka
Dinosaur Encounter Melaka dibuka pada 25 Disember 2020. Dinosaur Encounter Melaka merupakan taman dinasour interaktif terbesar di kawasan hutan seluas 5 ekar yang terletak di dalam Zoo Melaka. Terdapat lebih daripada 100 hingga 150 spesis dinasour yang bersaiz besar dapat dilihat di Dinasour Encounter Melaka.Sesudah pusing satu Zoo Melaka, baru kami masuk Dinosaur Encounter. Silap kami. Patutnya masuk sini dulu barulah puas bergambar dan berjalan. Tapi dah hujung hujung tenaga yang tinggal, baru masuk Dinosaur Encounter jadi tak berapa nak larat berjalan dan bergambar.
Sebelum masuk Encounter ni ada photobooth dan kenalah bergambar juga. Nak keluar nanti mesti gambar yang di ambil tu akan dijual macam biasalah. Tak boleh nak tolak sebab policy mereka kan.
Sikit sikit je lah gambar Dinosaur yang sempat di gambarkan. Orang tak ramai, jadi kerja ambil gambar senang lah sikit tak perlu nak edit atau blurkan muka orang lain. Layankan je gambar, nama memang tak ingat. Nak baca pun tak ada hati, sebab dah penat.
Gambar gambar semua kena edit sebab masa masuk sini dah mendung awan kelabu. Cuaca pun bahang bila mendung nak hujan.
Bayangkanlah bahang dan penat bergabung. Double penat! Tapi puas hati lah walaupun semua Dinosaur palsu tetap menyeronokkan tengok benda baru.
Bagus jugak sebenarnya ada Dinosaur Encounter dalam Zoo Melaka ni. Satu tarikan baru untuk tarik minat pengunjung datang ke sini.
Masuk sini boleh feel Jurassic park.
Bagus jugak sebenarnya ada Dinosaur Encounter dalam Zoo Melaka ni. Satu tarikan baru untuk tarik minat pengunjung datang ke sini.
Yang menariknya, siap ada bunyi bunyian Dinosaur dan bergerak gerak. Kalau perasan batu batu yang berlubang tu, itulah speaker bunyi setiap Dinosaur. Yang ada speaker kat tepi tu je lah yang berbunyi. Yang tak ada speaker tu maksudnya tak bergerak dan tak berbunyi.
Bunyi akan keluar kalau kita dekat dengan dia. Tak pasti guna sensor atau timing. Rasa macam guna sensor sebab bila dekat je dia berbunyi. Tapi bila dekat semula tak ada lah pulak keluar bunyi. Bunyi dia boleh tahan seram.
Tak dapat bayangkan kalau boleh menyebabkan budak kecil takut atau trauma ke. Rasanya budak excited kot kan tengok Dinosaur ni. Tak sempat nak rasa takut. Ke?
Tak dapat bayangkan kalau boleh menyebabkan budak kecil takut atau trauma ke. Rasanya budak excited kot kan tengok Dinosaur ni. Tak sempat nak rasa takut. Ke?
Mulanya nak duduk bergambar atas ular ni tapi bila rasa macam lembik je. Tak berani lah pulak. Kang kempis nayaaaa...Jangan cari pasal. Biarkan dia bergambar sorang sorang je.
Dari jauh dah nampak betapa besarnya Dinosaur yang satu ni.
Jalan dekat lagi, rupanya badan dia terpotong. Lahhh ada kepala dan 2 kaki je tinggal.
Tiba tiba ada Dinosaur menjengah..eh eh nak terkejutkan kita ke tu? Kita tak terkejut lah wak. Dari jauh dah nampak.
Tadi nampak kepala je. Ni sekali dengan badan dan geng meragut rumput dia.
Sampai sini dah penat dah, lepas tu jalan naik bukit semula dah penat. Hampir tamat jelajah Dinosaur Encounter baru nak ada nafas nak ambil gambar semula. Tak sempat nak jalan jalan dekat trail jambatan tu sebab tak larat dah. Awal-awal dah menyerah kalah.
Mungkin sebab pakai face mask kot. Tercungap kalau penat.
Mungkin sebab pakai face mask kot. Tercungap kalau penat.
Kesian dia duduk sorang sorang kat sini.
Last sekali sampai sini dan keluar.
Keluar zoo pun sama jugak. Mereka akan jual gambar kita mula mula masuk zoo. Sama jugak harganya kalau tak silap. Overprice!. Kalau RM5 okay lagilah nak membeli pun. Dua dua exit kami tak beli gambar. Maaflah ye.
So masuk Zoo Melaka tiket dewasa RM38 cover sekali tiket masuk Dinosaur Encounter ni. Dalam Zoo Melaka pun meriah dengan gerai makanan dan minuman. Tram pun banyak. Meriah jugalah walaupun pergi hari biasa.
Satu pengalaman yang menarik datang Zoo Melaka sebab boleh masuk Dinosaur Encounter sekali. Tapi itulah kalau nak masuk sini kena pergi awal pagi kot baru puas berjalan. Kami agak rushing jugaklah sebab nak kejar masa check in hotel dan solat.
Oh ya, kat sini pun ada disediakan kemudahan surau.
Rasanya sebelum Dinosaur Encounter Melaka dibuka, Di Penang dah mula dulu kan? Baru baru ni Dinosaur Encounter Zoo Teruntum pula baru dibuka. Semakin meriah Dinosaur bertapak di Malaysia.
Nanti nak repeat datang Night Safari Zoo Melaka pulak lah. Tak pernah lagi ada pengalaman datang Zoo waktu malam.
Kami pun ada ke sini hari tu. Tak sempat cerita lagi. Masih letih berjalan dekat sana sampai nak menaip pun tak larat hahah
ReplyDeleteBest kan datang sini. Faham penat dia macamana. Rileks dulu. Nak menulis kena tenang tenang.
Deleterasa pegi yg kat kuantan aritu tak besar pun...
ReplyDeletetapi tiket macam agak mahal la bg kita hehehe..
YG melaka ni rasa berbaloi tgk, tiket dah termsk sekali ngan zoo melaka kan :)
aritu nampak Kak mim post dinasor juga kat Miri.. skrg mana2 pun dah ada...
Tak silap kat KL pun ada kat Hotel Grand Hyatt ke mana ntah hahaha tp yg tu tiket macm mahal sket tp nnt nak try jenguk la :D
A ah KakRet sekali tiket Zoo. Kat Kuantan kalau tak besar tiket mahal agak tak berbaloi di situ. Takpe, nanti pergi sini ajak Uyum.
DeleteOhh Miri dan KL pun ada. Fenomena Dinosaur sekarang. Jenguk nanti KakRet. Jangan lupa review :)
Haritu cuti sekolah, adik bawa anak-anaknya ke sini.. kemian suka, sebab sorng tu suka dinosaour hahahaha
ReplyDeleteBudak budak memang terujalah kalau masuk sini. Memang sesuai untuk budak budak :)
Deletebestnya..tapi jauh pulak huhu
ReplyDeleteKot terpergi Melaka, bolehlah singgah sini nanti.
Deletebesar2 dinasour nya. memang puas hati kalau pergi sini. zoo dia pon best. berbaloi kalau nak pergi mmg kena ke zoo melaka
ReplyDeleteYa, besar besar Dino kat sini. Puas hati datang Zoo Melaka. Barulah hidup sikit Zoo Melaka ni.
Deletemenarik ni. anak yang kecik suka sangat dengan dinosaur.
ReplyDeleteBolehlah pergi sini nanti :)
DeleteTerima kasih Fizah kongsi paparan gambar-gambar dinosaur. Kalau Firdaus nampak mesti terus rasa teruja. Dia ada pelbagai koleksi dinosaur saiz kecil dan besar dan hafal nama-nama dinasournya. Ada rezeki balik Malaya nanti, bolehlah jalan-jalan singgah sini jika berkesempatan.
ReplyDeleteBalik Malaya nanti jangan lupa ke Melaka sekali kak Amie. Bawa Firdaus datang sini.
DeleteAien ngan keluarga pergi masa panas terik. Tengahari buta. Hahah anak² suka dinasour ketakutan tengok the real saiz of dinasour tu.
ReplyDeleteUishh panas terik lagilah cepat rasa penat dan berpeluh sakan. Yang ada bunyi tu dorang okay ke?
DeleteMacam best jer ni bawak si Opick...Opick kan sangat suka dinosaur...Aydan dah pergi dah hari tu
ReplyDeleteOpick mesti suka tu kak. Nanti ajak dia pergi ramai ramai baru seronok.
Deletepenat gak kalau tiket tu combine..nak berjalan kat zoo dah sekian penat..kat dinosour lagi perghhh
ReplyDeleteNak taknak kena jalan sampai puas. Kalau tak rugi bayar tiket mahal. Kena siap siap simpan tenaga banyak.
DeleteWah.. Fizah dah sampai. Kalau saya, pergi tengok Dinosaur jelah. Zoo tak pergi pun takpe. Menarik. Insha Allah nak pergi nanti tapi kena bawak anak-anak saudara bagi lagi meriah
ReplyDeleteAkhirnya sampai jugak Sal. A ah kalau masuk sini je pun okay. Tapi alang alang tu tengok lah sekali haiwan kat Zoo sebab tiket boleh tahan mahal jugak tu. Bawak budak budak lagilah meriah dorang punya excited tengok Dino.
Deleteaida x sangka plak tiket sekarang da begitu mahal, fiza.
Deletedulu kala rasanya tak lebih rm10 hu hu hu hu...
zoo kan. tempat bwk anak-anak, da knape mahal sgt tiket nak masuk.
sama mcm zoo negara, Allahu, gerun nak beli tiket.
ye kak. Sebelum ada Dinosaur Encounter pun rasanya RM20 lebih macam tu. entahlah, mungkin nak cover banyak kos maintainance kot.
DeleteAkak belum pergi yang dinasour. Terima kasih bagi tips. Kena masuk kawasan dinosour untuk tengok benda baru.
ReplyDeleteNanti try pergi Dinosaur encounter pulak kak. Berlamaan kat sini pun seronok.
Deletedinosor ni kegemaran anak-anak, fiza.
ReplyDeletepenarik kanak-kanak utk dtg ke situ.
Dekat tu nanti nanti free bolehlah bawak dorang kak Aida. Ye, setuju tu. Penarik pengunjung dan sesuai tempat ni untuk budak budak.
Delete