Header Ads

Kacang Edamame Rebus

Kacang edamame Tesco (Lotus) masih lagi stok. Entah bila nak habis tak tahu lah sebab makan sorang je. Encik suami tak minat pulak. Sebelum ni cara masak kacang edamame saya guna kaedah kukus. Kali ni cuba cara merebus kacang edamame pulak. 

Cara masak kacang edamame rebus

Cara merebus kacang edamame, didihkan air letak garam sikit. Lepas air dah mendidih baru saya masukkan kacang edamame yang telah dibasuh. Agak agak dah masak dan bertukar warna sikit angkat dan toskan.

Bila merebus ni dia berair sikit, jadi toslah dulu ye. 

Kacang Edamame Rebus

Cantik kejadian warna kacang edamame selepas direbus. Masih kehijauan. Sebelum ni kukus tak letak garam. Bila merebus ni letak garam ada lah rasa sikit. Rangup dan berlemak tu dah tentulah.

Kacang Edamame Rebus

Nama lain selain kacang edamame :
  • kacang jepang
  • kacang kedelai
  • kacang bulu
  • kacang kapri
  • kacang asam urat

هناك 32 تعليقًا:

  1. Sedapnya kacang ademame..
    Lama dah tak cari stok.Dapat makan ni memang ralit kan..

    ردحذف
  2. tak penah mkn kacang ni rasanya
    kalernya mcm isi petai kan

    ردحذف
  3. Hari tu beli benih cili butang dekat shopee.. dapat benih edamame sekali.. ingat kacang apa. terus tanam... lambat nye la nak besar.,

    ردحذف
  4. alamak kita x bole nak telan la kacang ni hehehe tp sllau nmpk org makan :D

    ردحذف
    الردود
    1. ohh selera Kakret lain. Itulah saya terpengaruh dengan orang yang suka makan. Terjebak beli nak merasa punya pasal.

      حذف
  5. الردود
    1. A ah isinya besar besar jugak. Rebus banyak puas makan sorang sorang. hihi...

      حذف
  6. Sis tak pernsh lagi beli kacang ni dan rebus sendiri, paling tak makan di Shushi King aja hehehe

    ردحذف
  7. Warna tu menarik perhatian sungguh. Memanggil manggil..

    ردحذف
  8. sedap ni. tak pernah rebus sendiri. selalu makan di kedai sushi je. nanti nak cari lah

    ردحذف
  9. Cantik segar warnanya.
    Nak try beli, tapi takut kang tak kena selera tekak. Jenuh pulak nak makan sorang. Tapi selagi tak try, mana nak tau kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Elok fresh kacangnya. Kalau ada pek kecil laju sikit nak cuba kan. Pek dia boleh tahan besar dan banyak. Memang jenuh nak habiskan sorang.

      حذف
  10. Kiranya rebus lagi sedap daripada kukus ya? Hehe.
    Tengok keadaan kalau terjumpa. Akak pun kadang terpengaruh dengan blogger.

    ردحذف
    الردود
    1. yep, rebus sedap lagi sebab garam tu diserap sikit kan.
      hihi...pengaruh rakan blogger tu kuat :)

      حذف
  11. Suka...selalu gak beli and kukus...nanti nak cuba hat rebus plak la...

    ردحذف
  12. yum yum sedapnya nampak berkilat kacang tu

    ردحذف
  13. makan begitu saja ke fizah. tak pernah pula makan kacang ni, rupa dia tu cantik memikat..

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, makan terus macam tu je macam makan kacang tanah rebus dengan kulit tu. Rupa kehijauan dia tu menarik kan.

      حذف
  14. Saamalah kita Fizah. Kak Amie sorang jew makan kacang edamame. Masih ada sebungkus kacang edamame dalam freezer. Nanti bolelah rebus, makan sendiri lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Itulah tu, terpaksalah hadap sorang sorang nak habiskan. Takpelah, buat stok kalau teringin makan dah ada dalam peti ais.

      حذف
  15. sedap kacang edamame ni. bleh la mkn byk kali ye kak fizah sbb sorg je mkn kan.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.