KitKat Gold Edition
Tekak orang sakit walaupun tak berselera tapi teringin macam macam. Encik suami keluar beli bubur. Bubur je lah yang macam selera sangat nak makan. Balik-balik encik suami beli 2 pek KitKat Gold edition.
Dapatlah jugak rasa bila tekak ni masih rasa tak selesa. Rasa gatal je tekak ni. Stepsils cepat sangat habisnya pun.
KitKat Gold Edition
Wafer rangup dengan lapisan coklat dan coklat putih. Wafer dah tentu rangup tapi coklat putih tu rasa macam manis betul. Tapi bila dikunyah dengan wafer tu dapat kurangkan kemanisan coklat putih.
Sebelum ni pernah cuba kitkat gold ice cream. Sedap tapi manis jugaklah sebab gunakan coklat putih. Lainlah kalau guna dark chocolate yang pahit pahit manis sikit.
Sebelum ni pernah cuba kitkat gold ice cream. Sedap tapi manis jugaklah sebab gunakan coklat putih. Lainlah kalau guna dark chocolate yang pahit pahit manis sikit.
Kalau teringin makan coklat putih, bolehlah beli sekadar untuk melepaskan keinginan makan manis manis. Pek dia kecik dan ada 4 stick. Sekejapan habis walaupun manis. KitKat kan, bukan saiz besar pun. Sekali ngap je.
Suhu badan dah turun 36.7. Alhamdulillah...Legaaa badan tak panas dah tapi selsema dan batuk datang menjengah pula.
suka yang dark choc punya. kurang manis sikit
ReplyDeleteDark chocolate sedap lagi kan bagi penggemar yang suka kurang manis macam kita :)
DeleteTak pernah try.. Haa.. maybe sebab tak berapa minat white choc
ReplyDeleteKalau tak minat, kena pangkah siap siap lah kitkat gold ni. Hehe...
DeleteFiza dah cakap manis sangat rasa tidak payah beli.
ReplyDeleteOklah rasa sahaja supaya tidak teringin lagi.
White chocolate memang manis sikit. Kalau nak rasa boleh je beli untuk rasa. Nak repeat beli kalau rasa teringin je lah.
DeleteTak pernah try lagi bila baca review Fizah memang tak beli la sebab manis. Hehe..
ReplyDeleteKat rumah ni selalu ada kit kat biasa yang kecil kecil tu. Naura yang suka makan..
Naura suka makan kitkat ye. Boleh beli white chocolate ni rasa sikit, selebihnya naura makan. Hehe...
Delete