Kuih Bahulu Coklat Urai (Chocolate Rice)

Selain dapat buah asam gelugur dan 2 bungkus nasi beriani. Mak bawakan kuih bahulu coklat urai atau lebih dikenali dengan chocolate rice. Sebut coklat urai macam pelik sebab jarang disebut.

Sebelum ni macam pernah makan tapi lupa sudah rasa dia. Sejak jadi orang Nismilan ni makan bahulu tak tentu masa. Lainlah kalau di Johor, masa raya je lah jumpa kuih bahulu. Itupun macam sendu. Tpai sekarang tak lagi.

Mungkin sebab sekarang kuih bahulu dan banyak dijual di merata tempat tak kira masa. Tak payah tunggu raya baru boleh dapat makan kuih bahulu. Kann...

Pelik pulak mak bagi bahulu coklat urai ni. Biasanya mak akan beli bahulu sabut dari jiran. Dah mak bagi, kita ambillah. Kuih bahulu crispy betul. Sedap cicah air panas uiii...Sedar-sedar dah 2-3 biji masuk dah selamat masuk dalam perut.

Dah ada selera semula tu kita layankan je lah. 

bahulu coklat rice

Rindu rasanya nak berhidang kuih raya. Dah 2 tahun beraya di rumah sendiri, kuih pun tak berhidang dalam bekas kuih raya. Ehhh kuih raya pun tak beli..hanya sekadar rendang raya diperantauan. 

Semoga tahun ni kita dapat sambut puasa dan raya bersama keluarga ramai ramai di kampung. Jemu dah dengan lagu dendang perantau tu.


24 comments:

  1. Sedapnya...suka juga bahulu ada choc rice ni. Sini senang nak dapat. Kalau makan memang tak sedar beberapa biji dah lesap dalam perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tahu tahu lesap dan makin menghilang dalam bekas kan.

      Delete
  2. sedapppp tuuu, akak suka jenis gini...rangup kat luar, lembut kat dalam...

    ReplyDelete
  3. Di Johor sekarang banyak tempat yg ada bahulu aneka perisa. Kwn sy suka beli (sy jarang2 beli) yg di Restoran Anjung Selatan, sebab panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sentiasa ada stok dan demand tinggi memang lakulah jualan bahulu beraneka ni. makan panas panas tu yang buat lagi sedap.

      Delete
  4. Sedap ni, kalau kak PC suka celup sikit dengan air milo sebelum makan. Hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka makan celup dengan air panas baru sedap. Kalau makan kering rasa nak tercekik pulak. hehe...

      Delete
  5. Replies
    1. Bahulu pandan coklat rice lagi sedap sebab ada rasa dan aroma pandan tu

      Delete
  6. Naniey kalau sebut coklat urai mesti teringat Manik Urai. :) Bahulu kalau makan panas panas sedapnya.

    Harapnya begitulah. Semoga tahun ni dapat beraya seperti raya sebelum covid walaupun SOP ketat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan. Ada tempat Manik Urai. Bahulu bau keluar oven pun dah rasa tak sabar nak makan. Sedap makan panas panas lepas masak tu.

      Aminn...

      Delete
  7. Teringat dulu-dulu kalau makan kuih bahlu celup dalam kopi panas.
    Mudah-mudahan tahun ini kita dapat beraya bersama keluarga. Rindu sangat suasana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak buat macam tu kak Amie, ikut stail orang lama-lama.

      Aaminn...
      Rindu suasana raya yang meriah.

      Delete
  8. Replies
    1. Memang sedap. Yep, susah jugak nak jumpa orang jual bahulu versi ada coklat rice ni.

      Delete
  9. kalaulah kyra yg nampak bahulu ni...sekejap je selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia peminat kuih bahulu ye Ammi? Kalau camtu sebekas pun boleh habis dia sorang kan.

      Delete
  10. Akak jumpa dahulu waktu raya sahaja. Hehe kurang dipandang kerana padang kepada kuih moden.
    Harap tercapai Fiza untuk tulang beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akak suka kuih moden lagi ye.
      Harap bgitulah. Aaaminn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.