Mi Goreng Seafood, Ada Udang Je Pun Dah Sedap!

Buntu pulak nak makan apa untuk makan malam, malam tadi. Beli je lah okay tak, soal saya pada encik suami. Macam biasa, jawapan dia okay je. Belek belek aplikasi foodpanda tengok apa yang best. Bukan nak beli melalui foodpanda pun.

Cari idea kot kot jumpa apa yang nak dimakan. Mana kedai dekat tu bolehlah pergi membeli. Murah sikit kan harganya dari membeli terus melalui foodpanda. Tapi kalau malas keluar, foodpanda kan aje. 

Lepas dok belek belek aplikasi foodpanda, macam terliur pulak tengok mi goreng seafood Aisyah De' Kitchen. Encik suami pun nak makan nasi lemak. Asyik asyik order Mi kari, soto dan lontong je, tukar menu lain lah pulak. 

Nampak macam mi goreng seafood basah basah sikit. Udang kelihatan nampak ekor je. Ada 3 ekor semuanya. Yang tak nampak tu menyorok sebalik mi. Dihiasi taburan bawang goreng dan ada sayur kubis.

Seafood dia cuma udang je lah. Tak nampak sotong ke atau seafood yang lain. Mungkin patut diberi nama mi goreng udang. Portion mi dia besar. Kenyang makan.

Mi Goreng Seafood

Aroma mi goreng dia sangat menyelerakan. Sekali suapkan ke mulut. Perghhh..sedap gila! Tak sesia order mi goreng seafood ni. Sedap! Cuma saya tak dapat habiskan sebab yang hujung hujung nak habis tu basah saya kurang suka sikit. Ke dah kenyang entah.

Harga mi goreng seafood RM7.50. Berbaloi beli sebab sedap. Yang penting mi kuning tu tak rasa kapur lansung. Kalau rasa kapur boleh potong selera nak makan. Bagus lah jaga kualiti makanan elok elok. Barulah pelanggan sentiasa membeli dan beli. 

Kamilah tu yang rajin membeli. Hehehe...

30 comments:

  1. Mee goreng basah kan ni...sedapnyaa....tengok pun tau sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang mi goreng basah kak. Yep, sedap rasa mi goreng basah ni.

      Delete
  2. Puas hati layan mi goreng udang ye Fizah.
    kalau mi goreng ada rasa kapur memang potong selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Amie. Tambah pulak mi goreng seafood ni sedap. Tahu takpe! Ada rasa kapur lambat rasa nak habiskan.

      Delete
  3. Murah jugak harganya tu, Fiza. Dahlah murah, sedap, memang berbaloi la beli. Udang pun nampak besar. Samalah, akak kadang buka kat apps nak cari idea makan apa, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah, portion banyak dan sedap. Sangat berbaloi beli. Udang dia saiz sederhana. Tulah, buntu tak tahu nak makan apa. Tengok kat foodpanda cari idea.

      Delete
  4. ejulz suka mee goreng basah2 ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Mujur sedap ya Fiza, kalau tak mau geram jugak nama seafood tapi cuma ada udang je 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap. Mungkin sebab tak nak bercampur dengan rasa seafood lain kot.

      Delete
  6. Timm pun jenis yg xsuka mkn mee yg rasa kapur, potong selera truih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe, tak best rasa kapur tu. Jadi tak selera makan.

      Delete
  7. Nampak sedap tu..
    kira seafood la tu🤣🤣
    Agaknya kalau takde udang diganti sotong..takde sotong diganti ketam..kottttt🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu memang sedap. Hehe..kira ada lah tu seafoodnya kan.
      Ketam tu macam melampau pulak. hehehe...

      Delete
  8. Sedap nampak mee tu. Saya kalau ada orang jual mee goreng basah confirm akan repeat order berkali-kali hehe.

    ReplyDelete
  9. Terliur plak malam-malam buta ni. Nantilah dah habis kuarantin cari bahan, buat sendiri mi goreng basah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap timing pulak Sal datang malam malam. Ampunnn Sal.
      Nanti cara bahan dan masak ye Sal :)

      Delete
    2. Haha. Memang kerja mengadap blog jelah Fizah sekarang ni. Takde keje lain

      Delete
    3. At least ada juga kerja dan tak bosan masa quarantine ni kan Sal.

      Delete
  10. Memang sedap kalo mee goreng nih basah2 dikit je. Terlalu basah sayapun tak suka kak. Melihat bumbu dan udangnya tuh, langsung nak pesen mee goreng buat esok lah 🤣. Dah lama tak beli mee goreng langganan sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama taste kita. Tak suka kering sangat dan tak basah sangat. Sedang sedang je baru sedap. Hehe..tergoda terus rasa teringin ye. Selamat memasak mi goreng.

      Delete
  11. Sedapnya... Terus lapar...
    Mee goreng basah memang fav sangat. Tapi ada sesetengah kedai tu bukan basah tapi banjir dengan minyak. Geram pula.
    Mee goreng ni kalau beli memang risau takut rasa kapur je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banjir dengan minyak memang tak syoklah nak makan. Silap silap tak termakan habis.
      A ah naniey. Risau jugak beli kalau rasa kapur. Tapi sebab biasa beli mi kari dia tak rasa kapur, jadi macam dapat rasa mi goreng dia tak rasa kapur. Memang tak rasa kapur. Baru syok makan mi goreng.

      Delete
  12. sedap tu...lpr plak tgk...tp suka mee goreng ltk daging or kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Mi goreng letak daging atau kerang pun sedap kak. Setiap jenis rencah tu ada peminatnya :)

      Delete
  13. Replies
    1. Apatah lagi dapat rasa, kan...hehe..Indah rupa dan juga rasa :)

      Delete
  14. Itulah rajin betul Fiza cuba menu di Aisyah de' Kitchen.
    Hehe bagus semua sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja cuba kak. Semua sedap sedap menepati selera. Kadang nak beli rasa nak semua je. hehehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.