Header Ads

Negative Yang Menggembirakan

Risau betul bila fikirkan lama sangat suami batuk tak elok elok berjangkit dengan saya. Saya pun batuk on off sebelum ni.  Tapi tak sekerap suami lah. Sekarang saya dah kembali sihat macam biasa. Alhamdulillah...

So kami buatlah saliva test for covid. Bangun tidur je terus buat. Untuk saliva test ni sebaiknya buat lepas bangun tidur sebab air liur tak bercampur apa apa lagi. Lebih accurate lah macam tu.

Kalau dah makan kena tunggu selepas 30 minit selepas itu baru buat saliva test. Tak berani nak swab test sebab tak tahu nak jolok sampai mana. Risau sakit tu haaaa

saliva test for covid

Kita buat mana yang mudah je lah dulu. Berdebar jugalah pertama kali nak buat saliva test ni. Dalam kepala ni dah macam macam fikir. Kalau positive macamana?

Ahhh ghisauuuu… tunggu punya tunggu punya tunggu.. syukur single line negative yang menggembirakan. Sejauh mana keberkesanan saliva test ni Wallahu a'lam. Harap harap sentiasa negative lah.


هناك 22 تعليقًا:

  1. Alhamdulillah! Lega kan..

    Akak pun semalam buat saliva test jugak. Sebab demam ringan on off dah beberapa hari. Dan batuk2. Sebelum keluar jumpa doktor pagi semalam buatlah test dulu. Lega..negatif.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah...
      Betul betul lega. Demam tu sekejap je. Batuk je tak lega lega lagi.
      Syukur akak pun negative jugak. Semoga cepat sembuh kak. Aaminn...

      حذف
  2. Harap2 sentiasa negative ye.. Tp klu x ok gak try la buat pcr.. Just utk puaskan hati

    ردحذف
  3. Alhamdulillah. Ini memang negatif yang menggembirakan. Mudah-mudahan kalian berdua dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Batuk lama -lama tak larat... sakit dada sakit semua dibuatnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih doakan kami kak.
      Semoga Allah balas dengan segala kebaikan. Aaaminn...

      حذف
  4. Alhamdulillah
    memanggg akak bab ni debar betul.nk tunggu.

    ردحذف
  5. Alhamduillah, semoga Allah melindugi akak sekeluarga, takut juga dengan keadaan sekarang yang mana kes makin meninggi ini. stay safe kak.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaminnn...terima kasih Naim doakan kami. semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
      You too, stay safe :)

      حذف
  6. Alhamdulillah, negatif.
    Kawan kiri kanan, depan belakang sedang berkuarantin di rumah masing-masing. Lebih 21 orang positif di tempat kerja. Tapi Kak Amie takut pula nak buat ujian tu....uwaaaaa!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..syukur.
      Sana sini dengar orang positive. Risau dibuatnya. Kalau tak sihat, kena jugaklah kita buat kak Amie.

      حذف
  7. Alhamdulillah negatif. Semoga Fiza dan suami sihat sepenuhnya, inshaAllah Aameen.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaminn...terima kasih kak doakan. semoga akak dan keluarga sihat sihat juga. Terima kasih doakan kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      حذف
  8. Haah sekarang musim demam, batuk dan selsema jadi cuak sebab takut Covid.
    Harap-harap sentiasa negatif.

    ردحذف
  9. mmg risau bila xsihat kn..test kit saliva tu skarang mmg kena standby kt umh..senang nk test bila xsihat...alhamdulillah -ve

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, lagi lagi tak sihat lama sangat. Risau tu makin menebal.
      Sekarang kena ready stok senang nak check.
      Syukur negative.

      حذف
  10. Alhamdulillah Negetif..
    Semoga yang baik-baik sahaja buat Fiza dan suami..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah..lega -ve.
      Aaminn..terima kasih KakSha doakan kami.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.