Pin! Pin! Hadiah Datang Lagi

Tak perasan ada whatsapp masuk sebab handphone tengah charge. Whatsapp dari seseorang bagi tracking number ada hantar sesuatu. Apakah? Tengok dari gaya tracking number macam pos laju. Saya pun terus lah salin dan tampal nombor tersebut dalam website pos laju.

Sekali tak ada pun. Saya fikir, agaknya baru drop parcel kat kaunter belum masuk sistem lagi kot. So taklah saya standby. 

Tiba-tiba, pin! pin! kemudian ada orang bagi bagi salam. Husband pun menjengah dari pintu. Courier Gdex! Eh, ni siapa pulak bagi barang. Dah sahkan nama semua, suruh courier letak kat tembok rumah je.

Lahhh..saya silap check rupanya. Bukan pos laju tapi Gdex! Tak sabar nak buka tengok apa dalamnya. Excited tengok kotaknya macam beg dengan tulisan :

WE WRITE
to tate life twice,
in the moment
AND
in retropect.
-Anais Nin

Exclusive sangat dengan lukisan pasangan kucing merpati dua sejoli ni.

gretel cling mucca paper malaysia

Dalam kotak merah tu ada kotak kecik dibungkus dengan kertas pembungkusan warna putih. Selepas dibuka, muncullah kotak berwarna coklat seperti kraft paper ni. Bukan kotak je exclusive, dia punya sticker note pun cantik. Ada tertulis nama saya disitu.

gretel cling mucca paper malaysia

Bila buka, tadaaaaaa...Wow! Cantiknya! Saya dapat gretel cling buatan mucca paper dengan velvet tassel. Velvet Tassel warna pink lagi tu. Warna favourite! Sayang pulak nak guna. No idea tak tahu nak letak kunci ke atau gantung kat hand beg je.

gretel cling mucca paper malaysia

Cantiklah gretel cling buatan mucca paper. Seronok bila dapat personalised gift dengan ada stamp nama sendiri. Warna gold buatkan nama 'FIZAH' tu lagi menyerlah dan nampak mahal atas material kulit tu.

Terima kasih banyak-banyak KakRet bagi hadiah yang cantik dan comel ni. Pilih warna favourite kita lagi. Semoga Allah limpahkan kemewahan rezeki buat KakRet dan keluarga. Aaaminnn...

Siapa KakRet? Tak kan tak kenal kot. Jom singgah blog KakRet, Nina Uyum yang baik hati selalu berkongsi rezeki dengan blogger lain. 

Saya dapat hadiah ni sempena jadi top commentaror Disember 2021. Boleh la kita consider as hadiah birthday kan sebab masih lagi dalam birthday month. Hehe...

28 comments:

  1. Replies
    1. Cantik dan comel kan kak.
      Alhamdulillah..terima kasih kak :)

      Delete
  2. Waaa cantiknyaaa.. kita suka... nak minta anakomak juga laaaa hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun suka sis lin. Hihi..
      Kot ada rezeki boleh dapat :)

      Delete
  3. Alhamdulilah sampai juga.. Lama gila tgu diorang pos brg ni hehehe.. Haha bole la jd besdsy gift juga hehe hepi belated besday juga fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.mungkin lambat sebab custom made kot KakRet. Hihi..bolehlah kan jadi hadiah birthday sekali. Terima kasih KakRet :)

      Delete
  4. cantik dibungkus hadiah tu..tahniah top komentar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembungkusan dia memang tiptop. Alhamdulillah. terima kasih kak.

      Delete
  5. Tahniah Fizah. Memang cantik dan nampak eksklusif

    ReplyDelete
  6. Tahniah Fiza. Cantik betul hadiah tu.. ALhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      cantik kan, suka :)
      Terima kasih naniey.

      Delete
  7. Tahniah Fizah!
    Cantik hadiahnya. Moga bertambah rezeki pemberi dan penerima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Aaaminn..
      Semoga bertambah juga rezeki Kak Amie yang selalu juga berkongsi rezeki dengan kami. Aaminn...

      Delete
  8. Tahniah Fiza...
    Wah meriah betul hadiah dari rakan bloger yer ..
    Tahniah yang memberi dan yang menerima..
    Rezeki Fiza rajin walkbloging & tinggalkan komen...Saya ni dah seminggu tak ke mana-mana blog...tak menyempat ..entah apa yg sibok pun tak tau...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Terima kasih mama cella. Rezeki bulan birthday kot. Hehe...
      Takpe, ada masa kita jalan jalan. Nanti sibuk senyap seketika. Begitulah blogger :)

      Delete
  9. Eh lambat pula Fiza dapat. Apapun alhamdulillah selamat sampai. Ada tulisan tangan daripada Cik Ako lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam KakRet cakap dalam komen, katanya dorang pos lambat. Tulisan daripada seller rasanya ni kak bukan tulisan tangan KakRet.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.