Rupa Zoo Melaka 2022
Selepas celebrate birthday, kami terus gerak menuju ke destinasi liburan pertama sebelum check in hotel. Kami pergi tak jauh, pergi negeri jiran je. Negeri Sembilan- Melaka tak jauh sangat lah kan. Makan masa sejam lebih lah kalau tak makan jem.
Kami sampai tengahari macam tu. Tak beli Zoo Melaka ticket online sebab yakin hari Isnin tak ramai yang datang. Ye, memang betul pun. Masih boleh dikira pengunjung yang datang ke Zoo Melaka.
Agak agak rasa tak kuat nak jalan jalan. Boleh lah naik tram tanpa menyeksa kaki jalan jauh. Santai santai sambil menikmati permandangan kiri kanan.
Masuk masuk Zoo Melaka, akan jumpa burung burung yang cantik dengan macam macam aksi. Dia punya bising mengalahkan manusia bersembang. Terutamanya burung kakaktua jambul kuning ni. Bising betul dia.
Burung kakak tua yang cantik warnanya. Warna yang biasa kita nampak.
Yang ni burung kakak tua macaw biru dan kuning.
Jalan sikit akan nampak sekumpulan kura kura. Kat sini ada warning jangan ketuk kura kura ni. Mesti ada yang gatal tangan ketuk kura kura ni kan. Kesian dia..Kura kura ni aktif jugak. Taklah jalan lambat sangat macam kisah arnab dan kura-kura tu.
Lemur, ekor dia belang-belang tapi tak nampak ekornya terlindung dengan dahan kayu. Tak reti duduk diam. Dapat ambil gaambar macam ni je lah. Tak penuh.
Geng badak yang tengah bersantai. Jauh pulak tapi besar betul badak ni ye.
Chimpanzee ni ramah pulak dia. Ada pengunjung acah acah hulurkan botol air, chimpanzee ni dengan spontannya hulurkan tangan dia macam meminta gitu. Kelakar tengok. Kesian pun ada sebab tak dapat kan.
Geng Gajah membontoti pengujung sambil goyang goyang ekor dan punggung. Motip? Entahlah..mungkin menghiburkan penonton?
Harimau putih yang sedang tidur. Jangan dikejutkan, kang mengaum naya Pak karim. Kebanyakkannya haiwan dalam Zoo ni dalam kandang sekor je. Lepas tu bersantai tidur je. Datang Zoo tengok haiwan tidur je lah kita.
Santai betul sang belang ni. Macam tidur tidur ayam dia.
Terkejut tengok singa ni. Besar saiznya. Dapat jugak zoom sikit. Muka ketat tak nak kalah.
Kuda bukan sekadar boleh ditengok tapi boleh juga menunggang kuda kalau berminat lah. Naik kereta kuda saya okay tapi kalau nak tunggang kuda tak berani takut tak serasi. Kuda ni kena ada ada kimia dengan dia baru rasa tenang nak naik. Dapat kuda liar susah jinak tu matilah nakkkk...
Tak pasti berapa harga bayaran dia sebab tak pergi check pulak. Sekadar tengok dari jauh je.
Replika kura-kura ni simbolik Zoo Melaka. Mana-mana pengunjung yang datang mesti akan bergambar disini. Kan?
Spesis rusa pun banyak kat sini. Tak sempat nak membelek sangat. Laju berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
Motip pergi Zoo Melaka sebab nak masuk Dinosaur Encounter tu tapi dah alang alang sampai ronda Zoo Melaka dululah sampai habis. Konon macam nak ada pengalaman night safari Zoo Melaka tapi macam malam malam gelap nak ambil gambar. Tak jadilah pergi Night safari tu. Lain kalilah nampaknya.
Harga tiket night safari sama je dengan harga tiket siang. Harga tiket zoo melaka Dinosaur tu saya ingatkan kena beli tiket lain, rupanya sekali bayar dengan tiket Zoo. Bagus jugak macam tu kan. Sekali bayar tiket kan senang.
Kami sampai tengahari macam tu. Tak beli Zoo Melaka ticket online sebab yakin hari Isnin tak ramai yang datang. Ye, memang betul pun. Masih boleh dikira pengunjung yang datang ke Zoo Melaka.
Masa beli tiket pun kami je lah yang ada. Ramai yang masuk tapi waktu tu jarak jarak. Jadi taklah sesak kat pintu masuk. Harga tiket Zoo Melaka 2022, RM38 untuk orang dewasa. Pastikan bawa IC sebagai bukti kewarganegaraan.
Boleh check harga tiket di website Zoo Melaka.
Khamis 10am–4pm
Jumaat 9am–5pm
Sabtu 9am–5pm
Ahad 9am–5pm
Isnin 10am–4pm
Selasa 10am–4pm
Macam biasa sebelum masuk, sila scan MySejahtera. Tak ada pulak scan suhu badan. Ke saya tak perasan entah. Dah siap beli tiket, nak masuk Zoo ada photographer. Layankan je lah walaupun tahu dah motifnya gambar tu akan dijual bila nak keluar Zoo nanti.
Boleh check harga tiket di website Zoo Melaka.
Zoo Melaka opening hours
Rabu 10am–4pmKhamis 10am–4pm
Jumaat 9am–5pm
Sabtu 9am–5pm
Ahad 9am–5pm
Isnin 10am–4pm
Selasa 10am–4pm
Macam biasa sebelum masuk, sila scan MySejahtera. Tak ada pulak scan suhu badan. Ke saya tak perasan entah. Dah siap beli tiket, nak masuk Zoo ada photographer. Layankan je lah walaupun tahu dah motifnya gambar tu akan dijual bila nak keluar Zoo nanti.
Kalau rasa tak nak jalan jauh nak tengok haiwan tertentu je, bolehlah ambil gambar siap siap map Zoo Melaka ni. Takut sesat pulak nanti. Tapi kami jalan je tanpa tengok map, tahu-tahu rupanya dah tawaf satu Zoo Melaka cuma tak singgah beberapa tempat kecil yang dalam dalam tu.
Sebelum memulakan perjalanan kita bergambar di tempat ada payung warna warni ni.
Sebelum memulakan perjalanan kita bergambar di tempat ada payung warna warni ni.
Agak agak rasa tak kuat nak jalan jalan. Boleh lah naik tram tanpa menyeksa kaki jalan jauh. Santai santai sambil menikmati permandangan kiri kanan.
Masuk masuk Zoo Melaka, akan jumpa burung burung yang cantik dengan macam macam aksi. Dia punya bising mengalahkan manusia bersembang. Terutamanya burung kakaktua jambul kuning ni. Bising betul dia.
Burung kakak tua yang cantik warnanya. Warna yang biasa kita nampak.
Yang ni burung kakak tua macaw biru dan kuning.
Jalan sikit akan nampak sekumpulan kura kura. Kat sini ada warning jangan ketuk kura kura ni. Mesti ada yang gatal tangan ketuk kura kura ni kan. Kesian dia..Kura kura ni aktif jugak. Taklah jalan lambat sangat macam kisah arnab dan kura-kura tu.
Lemur, ekor dia belang-belang tapi tak nampak ekornya terlindung dengan dahan kayu. Tak reti duduk diam. Dapat ambil gaambar macam ni je lah. Tak penuh.
Geng badak yang tengah bersantai. Jauh pulak tapi besar betul badak ni ye.
Chimpanzee ni ramah pulak dia. Ada pengunjung acah acah hulurkan botol air, chimpanzee ni dengan spontannya hulurkan tangan dia macam meminta gitu. Kelakar tengok. Kesian pun ada sebab tak dapat kan.
Geng Gajah membontoti pengujung sambil goyang goyang ekor dan punggung. Motip? Entahlah..mungkin menghiburkan penonton?
Harimau putih yang sedang tidur. Jangan dikejutkan, kang mengaum naya Pak karim. Kebanyakkannya haiwan dalam Zoo ni dalam kandang sekor je. Lepas tu bersantai tidur je. Datang Zoo tengok haiwan tidur je lah kita.
Santai betul sang belang ni. Macam tidur tidur ayam dia.
Terkejut tengok singa ni. Besar saiznya. Dapat jugak zoom sikit. Muka ketat tak nak kalah.
Kuda bukan sekadar boleh ditengok tapi boleh juga menunggang kuda kalau berminat lah. Naik kereta kuda saya okay tapi kalau nak tunggang kuda tak berani takut tak serasi. Kuda ni kena ada ada kimia dengan dia baru rasa tenang nak naik. Dapat kuda liar susah jinak tu matilah nakkkk...
Tak pasti berapa harga bayaran dia sebab tak pergi check pulak. Sekadar tengok dari jauh je.
Replika kura-kura ni simbolik Zoo Melaka. Mana-mana pengunjung yang datang mesti akan bergambar disini. Kan?
Spesis rusa pun banyak kat sini. Tak sempat nak membelek sangat. Laju berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
Tram Station |
Pandangan dari bawah |
Motip pergi Zoo Melaka sebab nak masuk Dinosaur Encounter tu tapi dah alang alang sampai ronda Zoo Melaka dululah sampai habis. Konon macam nak ada pengalaman night safari Zoo Melaka tapi macam malam malam gelap nak ambil gambar. Tak jadilah pergi Night safari tu. Lain kalilah nampaknya.
Harga tiket night safari sama je dengan harga tiket siang. Harga tiket zoo melaka Dinosaur tu saya ingatkan kena beli tiket lain, rupanya sekali bayar dengan tiket Zoo. Bagus jugak macam tu kan. Sekali bayar tiket kan senang.
Dinosaur Encounter dalam next entry ye. Gambar sendiri ada lah dalam sekeping dua je. Malas nak bergambar sebab dah penat berjalan. Gambar binatang lain pun ada yang tak ambil sebab masing masing pemalu ya amat. Nampak badan je macamana orang nak kenal. Ish ish ish...
Ingatkan jalan santai santai tak penat, tapi penat ya ampunnn... Last pergi sebelum kahwin dulu taklah rasa sebesar dan sepenat ini. Faktor usia agaknya. Lagipun lama tak bersenam kannnn.... Nak datang sini kena kuatkan kaki dulu. Kalau tidak, naik tram je lah.

cantik2 gambar fieza!
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletedah lama rasa nak bawak anak-anak ke sini. sementara diorang kecik-kecik lagi. mesti seronok. belum ada masa yang sesuai.
ReplyDeleteMasa dorang kecik lagi seronoklah bawak tengok macam macam haiwan. Ada masa sesuai nanti boleh bawak.
DeleteVirtual tour Zoo Melaka hari tu nampak juga si kura-kura & kakak tua tu..
ReplyDeleteTapi, dapat tgk depan mata lagi seronokkan.
Tengok in real lagi seronok. Takpelah, haritu sebab tak boleh kemana. Dapat tengok virtual pun dah rasa seronok masa tu.
DeleteCantiknya burung-burung tu.
ReplyDeleteLast akak pergi Zoo Melaka masa umur lewat 20-an.
Sempatlah tunggang gajah, kuda.
Betul, kalau dah penat sangat dah tak kisah nak bergambar-gambar. Amik satu dua asal ada jelah kan.
Warnanya tu yang jadikan burung tu bertambah cantik. Seronok zaman remaja jalan jalan takde hal.
Deleteitulah tu, dah penat mood bergambar pun hilang.
Uishh tak sangka zoo nelaka lg besar eh dr zoo negara.. Blm smp lagi ni, so be msk list next trip
ReplyDeleteBoleh tahan jugak besarnya. Itupun jalan santai santai pun penat. Bawak Uyum mesti Uyum penat jalan. hehe...
Deletelama dah tak pergi zoo. jadi apa pun tak tahu huhu, last pergi zoo taiping tahun 2019
ReplyDeleteTak lama sangat tu tahun 2019. Dah buka ni bolehlah pergi lagi :)
DeleteSelamat mengezoo
ReplyDeleteWak dulu pegi tak larat nak jalan
Naik train yang disediakan aje
Bagus wak naik train je senang. Memang tak larat nak jalan pusing satu zoo.
DeleteLuas juga tapak zoo Melaka ni ye Fizah. Macam-macam binatang ada. Kalau bawa Firdaus datang ke sini rasanya dia nak berlama-lama melihat segala haiwan di sini.
ReplyDeleteYe kak. Puaslah berjalan dan tengok haiwan. Cuma haiwannya dalam satu kandang tak banyak mana yang spesis rare. Bawa Firdaus, satu tempat je dah berapa lama agaknya kan. Hehe...
DeleteBertahun tak masuk zoo melaka la...dulu tiket murah2 jer..RM8 je macam tu...pernah belanja adik2 sepupu dan pakcik makcik masuk zoo melaka...seronok time tu...la ni nak berkumpul balik memang susah la
ReplyDeleteDulu dulu tiket murah dan binatang pun bawak. Puas juga berjalan kan. Sekarang ni serba serbi harga mahal. Nak berkumpul pun payah disebabkan covid ni. huhu...
DeleteAda peluang nanti bolehlah jalan jalan masuk Zoo Melaka lagi.
Pergi zoo ni kalau dengan bebudak lagi penat. Yang ceruk-ceruk pun dia nk gi tengok. Bestnya Fizah. Tak pernah sampai lagi zoo Melaka
ReplyDeleteHahaha..faham Sal. Kalau boleh selagi tak nampak selagi tak puas tengok memang lamalah dok dalam zoo. Nanti pergi Melaka jangan lupa singgah tau Sal :)
Deletelast ke zoo melaka 6 tahun lepas. Ozil masih duduk dalam stroller lagi. Ammi jalan kaki je masa tu sbb nak membaca satu penerangan kat depan kandang haiwan2 tu
ReplyDeleteJalan kaki lebih feel cuma penat sikitlah. Boleh repeat datang sini. Ozil pun dah besar.
DeleteDulu zaman anak-anak sekolah banyak kali juga ke Zoo Melaka berbanding Zoo Negara..Tunggu ada cucu la pulak kot nak ke zoo🤣🤭..
ReplyDeleteZoo Melaka lagi happening kot. Zoo Negara pun macam kurang haiwan juga. Semoga cepat anak anak kahwin dapat cucu, lepas tu plan ke zoo :)
DeleteTengok review ramai yang cakap zoo Melaka dah banyak berubah tak macam dulu. Lagi bagus dah sekarang.
ReplyDeleteNak berjalan kat Zoo tak berkesempatan lagi. Sekarang ni berdiri lama pun tak boleh sangat. Sekejap je sakit pinggang.
A ah banyak berubah. Lebih okaylah. Tapi haiwan still masih kurang jugak. Kesian dalam 1 kandang ada sekor je. Kalau menyorok tak nampak apa pun.
DeleteTakpe naniey. Tunggu setahun dua lagi dah bersalin, anak dah besar senang sikit nak berjalan kan.
Zoo Melaka memang besar.Hehe banyak berjalan. Akakpun lepas balik memang penat.
ReplyDeleteRajin Fiza berhenti ambil gambar binatang yang ada.
Penat betul walaupun jalan santai santai je. Kawasan luas jauh berjalan itu yang penat tu. Sekali dah singgah ambil peluang ambil gambar. Itu pun ada yang skip tak ambil gambar jugak.
Deletefaktor usia ? ha ha ha aha h ha
ReplyDeletejgn la kata gitu, fiza.
aida ni hah lagi tua! terasa tau ha ha ha ha...
lama x jejak masuk zoo.
dulu sekali pergi, tapi disusuli dgn rasa kecewa :(
tak brape best. haiwan tak brape nak respons. kurus kering.
tu yg x repeat hingga sekarang.
Hahaha..samalah kita semakin menua. sebab kurang exercise, begitulah jadinya. Tiba tiba jalan jauh memang jem lah lutut.
DeleteDulu haiwan macam kurang dan kurang sihat. Sekarang ni tak banyak haiwan dalam 1 kandang. Yang ada pun kurang aktif.