Sambutan Hari Israk Mikraj 1443H 2022

Selasa, 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H merupakan tarikh sambutan Israk Mikraj 2022 Malaysia. Ringkasnya, Hari Israk Mikraj merupakan peristiwa penting bagi umat Islam. 

Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Hari Israk Mikraj

Peristiwa besar ini merupakan kejadian yang amat luar biasa dialami oleh Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT dan juga sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban tersebut adalah  Israk dan Mikraj yang berlaku hanya dalam satu malam sahaja.

  • Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

  • Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT)
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Peristiwa Israk Mikraj


Kronologi Peristiwa Israk Mikraj

Diambil dari Bahagian Dakwah, JAKIM. Dibawah adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj.

1. Israk

Nabi Muhammad SAW telah dibawa oleh Malaikat Jibril AS dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq.

Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril AS dengan menggunakan air suci Zam Zam.

Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah SAW telah diarahkan oleh Jibril AS supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah SWT
  • Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan)
Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang kalinya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril AS : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibril AS dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya.

Kata Jibrail : Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

2. Mikraj

Bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.

Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril AS naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril AS) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah SWT iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu)

Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu. Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang dilakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Selepas Mikraj

Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.

Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam. Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Cuti Israk Mikraj 2022

Hari Israk Mikraj juga termasuk dalam Hari Kelepasan Umum Negeri. Negeri cuti Israk Mikraj 2022 yang terlibat ialah Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu.

kredit : sumber

20 comments:

  1. Moga kita fahami dan sama-sama merasai perjuangan Rasuluallah saw kita memperjuangkan Israk & Mikraj dalam satu malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersamalah kita memahami dan merasai perjuangan Rasulullah SAW.

      Delete
  2. Peristiwa bersejarah penting dlm Islam
    slmt menyambut isra mikraj Shaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu Kak Nor.
      Selamat menyambut Israk Mikraj.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Sama-sama kita hayati perjalanan tersebut.
    Hmmm..kami di Selangor tak cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Marilah kita bersama menghayati peristiwa Israk Mikraj.
      Ye, Selangor tak cuti. Hanya 4 negeri je cuti.

      Delete
  4. Sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa besar ni Insha Allah...

    ReplyDelete
  5. Orang NS cuti la kan...akak kerja KL x cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Samalah, husband saya pun tak cuti sbb Selangor pun tak cuti.

      Delete
  6. Mari kita hayati hikmah setiap peristiwa yang berlaku ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersama sama lah kita kak menghayati peristiwa israk Mikraj ni.

      Delete
  7. terima kasih atas perkongsian ni. mudahan kita sentiasa ingat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.