Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Campur Udang
Sekarang musim hujan. Cuaca lebih banyak mendung dari panas. Cuaca sebegini lebih nikmat kalau duduk diam-diam dalam rumah. Pergi bercuti dah tentu tak seronok sebab banyak aktiviti jalan jalan terkandas.
Duduk rumah, struggle dia lain pulak. Nak masak apa tu akan jadi satu masalah harian untuk suri rumah. Kadang jemu juga dengan masakan sendiri. Tak nak jemu masakan sendiri, kena fikir cara lain. Cuba masak masakan yang jarang jarang kita masak.
Puaslah dok pesan kat suami kalau ada nampak pucuk paku, sila beli. Hari berganti hari, barulah mendapat pucuk paku yang diidamkan. 2 ikat terus dibelinya. Cukuplah untuk 2 kali hidangan lauk pucuk paku.

Dalam peti ais sejuk beku cuma ada sebekas udang je. Belum topup lagi barang basah. Tak tahu nak beli apa sebenarnya. Beli ayam dah jemu. Nanti nanti lah fikir masalah tu.
Tengok ada udang tu, apakata campurkan je pucuk paku dan udang. Kita masak lemak cili api je lah. Lauk paling mudah, cepat dan sedap! Tak payah fikir nak masak lauk lain dah. Good idea kan!
Tengok ada udang tu, apakata campurkan je pucuk paku dan udang. Kita masak lemak cili api je lah. Lauk paling mudah, cepat dan sedap! Tak payah fikir nak masak lauk lain dah. Good idea kan!
Rendam pucuk paku yang dah dipotong-potong dengan air garam. Bilas dan tapis. Tumbuk cili api dan kunyit hidup bersama garam. Dah siap tumbuk, masukkan dalam periuk dengan santan serta air secukupnya.
Saya guna santan kotak sekotak. Kalau santan segar tak perlu tambah air lagi sebab santan yang diperah tu dah bercampur dengan air kan.
Saya guna santan kotak sekotak. Kalau santan segar tak perlu tambah air lagi sebab santan yang diperah tu dah bercampur dengan air kan.
Kemudian buka api dapur, didihkan santan baru masukkan udang. Campak asam keping sekeping dan akhir sekali masukkan pucuk paku. Tak payah lama sangat nanti sayur pucuk paku kurang rangup.
baca juga : resipi pucuk paku masak lemak cili api
Nak masak lemak pucuk paku campur udang, masukkan udang dulu. Tapi jangan overcooked. Sedap makan lauk pucuk paku panas panas rangup bersama nasi panas. Mujur masak nasi cukup cukup. Taklah pinggan minta tambah nasi.
Ada lebihan lauk, buat ratah je. Pucuk paku ni tak sedap bila simpan lama atau panaskan. Kena makan terus lepas masak baru sedap. Kan?

wah sedap sangat ni, bertambah nasi..hehe
ReplyDeleteLauk rare memang sedap. Ada potensi bertambah nasi :)
DeleteLengkap dah lauknya, tak perlu dah masak lauk lain. Kiranya lauk dua dalam satu, protein dan serat sekali, hihi.
ReplyDeleteYa betulll! Senang kerja masak pun ye jugak.
DeleteSaya dapat rasakan saya akan tambah nasi 4 kali kalau dapat ni + ikan goreng rangup2 haha
ReplyDeleteAda ikan goreng garing rangup, lagilah sedap makan.
DeleteOKeh! Nanti uncle suruh aunty baca...! Harap2 dia nak try buat. Hehehehe
ReplyDeleteHehehe..request terus mesti dapat uncle.
DeleteMalam malam ni lalu..ya ampunnn, kelaparan pulak kitaaaa! Sedapnyaaa pucuk paku, siap ada udang tuu!
ReplyDeleteSilap timing pulak datang. Esok esok kot takde idea nak masak, bolehlah masak lauk camni nona.
Deletelama juga ammi tak makan pucuk paku..malas nak menyiang sbb nanti bergetah je jari tu
ReplyDeleteKalau teringin mesti auto rajin Ammi. Hihi...
Deleteletak udang lagi la sedap kan
ReplyDeleteIye mamapp. Udang dan pucuk paku bergabung sekali pun sedap.
DeleteKalau saya nih memang bertambah-tambah lah nasi..aduhhh sedapnya !
ReplyDeleteMakan lauk dan nasi panas lagilah bertambah tambah makan :)
DeleteAkak kalau masak macam ni...goreng plak ikan masin bulu ayam...huiiiiii....confirm jahanam diet
ReplyDeleteIkan masin tak ada pulak kak. Kang jiran terbau kalau menggoreng. hehe..memang jahanam diet bila dapat makan lauk sedap.
Delete