St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser

Shampoo dah naik habis, conditioner dah nak habis, shower gel nak habis, pencuci muka pun nak habis. Semua berpakat nak habis sama sama ke macamana entah. Alang alang keluar pergi Lotus haritu, singgahlah ke Watsons kejap mencari barang keperluan.

Ikutkan boleh je beli dalam Lotus tu. Tapi fikir fikir balik baik beli kat Watsons je sebab boleh jugak kumpul points. Apa guna jadi member kalau tak digunakan. Kan?

Shampoo dan shower gel restock brand yang sama je. Cuma shower gel beli refill je lah. Conditioner tak ada yang jenis pump. Ada jenis tube je. So tak beli. Leceh pulak guna jenis tube. Tercari cari pencuci muka jenama yang sama tapi macam dah tukar pek baru lah pulak. Tapi lain pulak label dia.

Ahh pening. Lepas tu nampak St.Ives Face Cleanser. Eh bila masa St. Ives ada face cleanser ni. Ketinggalan zaman betullah. Setahu saya St.Ives ni popular dengan apricot scrub. Dulu rajinlah guna scrub tu. Lepas tu dah guna K-produk terus tak pakai.

St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser

Tergoda nak membeli St.Ives face cleanser. Beli St. Ives soothing chamomile face cleanser, sesuai untuk kulit sensitif. 

St. Ives soothing chamomile face cleanser

Tekstur dia macam oil cleanser. Pekat dan tidak berwarna. Kurang berbuih bila digosok. Baunya dia agak kurang menyenangkan disebabkan fragnance free menggunakan bahan-bahan organic. 

Mula mula tu rasa bau dia macam kain buruk je. Lama lama hadap boleh terima baunya. Taklah teruk sangat pun sebenarnya. Ibarat macam kelopak bunga basah lembap layu macam tu.

Selepas mencuci kulit akan rasa very soothing. Kulit tak kering macam menggunakan pencuci biasa. Maka, benarlah 'soothing' yang tertulis tu. Rasa kulit lembut dan lembap. Itu yang buat rasa macam best nak guna terus walaupun bau dia tak berapa best.

Features :
  • Oil-free
  • Dermatologist tested
  • Paraben-free
  • Made with 100% natural Chamomile extract
  • Fragrance-free
  • Suitable for sensitive skin
  • Soothing

Tak sabar nak habiskan pencuci muka ni nak bertukar yang lain samada hydrating atau glowing. Selain ada soothing, ada hydrating (watermelon), Blemish care (tea tree) dan glowing (apricot).

Harga St.Ives face cleanser saya beli masa promo, RM21 lebih kurang.

Update : 11 April 2022, St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser selamat habis digunakan. So far pakai sebotol pencuci muka ni sesuai dengan kulit, cuma nak bertukar sebab baunya yang kurang menyenangkan hidung.

18 comments:

  1. Adoi, macam kain buruk bau dia? Adoooo.. Sakit perut tahan ketawa sebab teman anak-anak tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. macam bau kain lembap lah kiranya. Lama lama okay lah boleh adapt bau dia tu.

      Delete
  2. Lama x guna St. Ives sejak suka tukar2 cleanser...akak jenis x stia dengan satu produk...hahaha...pengaruh iklan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. St.Ives dulu popular dengan scrub apricot dia kan. Baru ni je ada cleanser. Itulah tu, kadang pengaruh dok tukar tukar gak. hihi

      Delete
  3. sama la, first time tgk cleanser ni.
    syu guna cleanser origins, wangi bau dia. yang penting 1 botol tahan berbulan-bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Origins tak pernah cuba lagi. Nanti bolehlah belek belek kot sesuai dengan kulit. Tq share Syu

      Delete
  4. Selalu nampak tapi belum pernah mencuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk skincare ni kalau dah jumpa yang sesuai, jarang nak membeli yang lain melainkan kalau dah habis kan kak :)

      Delete
  5. tak pernah jumpa plk cleanser ni. nurin stick dengan cetaphil pink tu je. malas nak tukar nanti rosak plk kulit hahaha. tu pun pemalas nak mati nak cuci muka pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah kalau dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit :)

      Delete
  6. tak pernah perasan cleanser st ives ni, selalunya beli scrub dia tapi dh lama juga tak produk st ives ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang ada scrub je. cleanser ni macam baru lagi. Kat botol pun ada tulis 'new'

      Delete
  7. Baru tau jugak St Ives ada cleanser. Tergelak baca tang bau cam kain buruk tu. Tapi tulah, wangi sangat pun tak bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..rasa macam banyak produk keluar tak tahu produk lama ada rangkaian produk baru. Haha..saya rasa macam bau kain lembap terus terfikir macam kain buruk. Eloklah kan fragnance free.

      Delete
  8. nak cari juga la. Botol macam ni senang nak tekan.. cleanser sedia ada pun nak habis dah tu.. nak cari yang hydrating..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah senang jenis pump ni kan. Boleh cuba watermelon hydrating. Mesti bau dia okay lagi.

      Delete
  9. Kalau guna bahan organik memang bau dia kurang menyenangkan.
    Lucunya Fizah kata bau kain buruk. Faham tu, sebab Kak Amie pun selalu beli barangan skincare berasaskan bahan organik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu lah tu Kak Amie, guna bahan organic bagus tapi kena tahan bau dia sebab fragnance free.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.