St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser
Shampoo dah naik habis, conditioner dah nak habis, shower gel nak habis, pencuci muka pun nak habis. Semua berpakat nak habis sama sama ke macamana entah. Alang alang keluar pergi Lotus haritu, singgahlah ke Watsons kejap mencari barang keperluan.
Ikutkan boleh je beli dalam Lotus tu. Tapi fikir fikir balik baik beli kat Watsons je sebab boleh jugak kumpul points. Apa guna jadi member kalau tak digunakan. Kan?
Shampoo dan shower gel restock brand yang sama je. Cuma shower gel beli refill je lah. Conditioner tak ada yang jenis pump. Ada jenis tube je. So tak beli. Leceh pulak guna jenis tube. Tercari cari pencuci muka jenama yang sama tapi macam dah tukar pek baru lah pulak. Tapi lain pulak label dia.
Ahh pening. Lepas tu nampak St.Ives Face Cleanser. Eh bila masa St. Ives ada face cleanser ni. Ketinggalan zaman betullah. Setahu saya St.Ives ni popular dengan apricot scrub. Dulu rajinlah guna scrub tu. Lepas tu dah guna K-produk terus tak pakai.
![St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEixh0BdFQsd-wr8JUHfCG0SC5A6H1Wew8gSY7n76UflBMixgWa2BGrGFKilUvpvtDNtEGgtGTKhyLCsw0nRwORTwqQ019h5gQmIT2Vyw3YDPg3t1cOcWHhZ9Oo0WH_TbkNvPmQuARfqroodJ_JgWQ0PCIoAS6REjuwUTqwYBJtE9vmQPQnB7-WEaZfuKg=s16000-rw)
Tergoda nak membeli St.Ives face cleanser. Beli St. Ives soothing chamomile face cleanser, sesuai untuk kulit sensitif.
Selepas mencuci kulit akan rasa very soothing. Kulit tak kering macam menggunakan pencuci biasa. Maka, benarlah 'soothing' yang tertulis tu. Rasa kulit lembut dan lembap. Itu yang buat rasa macam best nak guna terus walaupun bau dia tak berapa best.
Features :
Ikutkan boleh je beli dalam Lotus tu. Tapi fikir fikir balik baik beli kat Watsons je sebab boleh jugak kumpul points. Apa guna jadi member kalau tak digunakan. Kan?
Shampoo dan shower gel restock brand yang sama je. Cuma shower gel beli refill je lah. Conditioner tak ada yang jenis pump. Ada jenis tube je. So tak beli. Leceh pulak guna jenis tube. Tercari cari pencuci muka jenama yang sama tapi macam dah tukar pek baru lah pulak. Tapi lain pulak label dia.
Ahh pening. Lepas tu nampak St.Ives Face Cleanser. Eh bila masa St. Ives ada face cleanser ni. Ketinggalan zaman betullah. Setahu saya St.Ives ni popular dengan apricot scrub. Dulu rajinlah guna scrub tu. Lepas tu dah guna K-produk terus tak pakai.
Tergoda nak membeli St.Ives face cleanser. Beli St. Ives soothing chamomile face cleanser, sesuai untuk kulit sensitif.
St. Ives soothing chamomile face cleanser
Tekstur dia macam oil cleanser. Pekat dan tidak berwarna. Kurang berbuih bila digosok. Baunya dia agak kurang menyenangkan disebabkan fragnance free menggunakan bahan-bahan organic.
Mula mula tu rasa bau dia macam kain buruk je. Lama lama hadap boleh terima baunya. Taklah teruk sangat pun sebenarnya. Ibarat macam kelopak bunga basah lembap layu macam tu.
Mula mula tu rasa bau dia macam kain buruk je. Lama lama hadap boleh terima baunya. Taklah teruk sangat pun sebenarnya. Ibarat macam kelopak bunga basah lembap layu macam tu.
Selepas mencuci kulit akan rasa very soothing. Kulit tak kering macam menggunakan pencuci biasa. Maka, benarlah 'soothing' yang tertulis tu. Rasa kulit lembut dan lembap. Itu yang buat rasa macam best nak guna terus walaupun bau dia tak berapa best.
Features :
- Oil-free
- Dermatologist tested
- Paraben-free
- Made with 100% natural Chamomile extract
- Fragrance-free
- Suitable for sensitive skin
- Soothing
Tak sabar nak habiskan pencuci muka ni nak bertukar yang lain samada hydrating atau glowing. Selain ada soothing, ada hydrating (watermelon), Blemish care (tea tree) dan glowing (apricot).
Harga St.Ives face cleanser saya beli masa promo, RM21 lebih kurang.
Update : 11 April 2022, St. Ives Soothing Chamomile Face Cleanser selamat habis digunakan. So far pakai sebotol pencuci muka ni sesuai dengan kulit, cuma nak bertukar sebab baunya yang kurang menyenangkan hidung.

Adoi, macam kain buruk bau dia? Adoooo.. Sakit perut tahan ketawa sebab teman anak-anak tido
ردحذفHahaha.. macam bau kain lembap lah kiranya. Lama lama okay lah boleh adapt bau dia tu.
حذفLama x guna St. Ives sejak suka tukar2 cleanser...akak jenis x stia dengan satu produk...hahaha...pengaruh iklan kan...
ردحذفSt.Ives dulu popular dengan scrub apricot dia kan. Baru ni je ada cleanser. Itulah tu, kadang pengaruh dok tukar tukar gak. hihi
حذفsama la, first time tgk cleanser ni.
ردحذفsyu guna cleanser origins, wangi bau dia. yang penting 1 botol tahan berbulan-bulan.
Origins tak pernah cuba lagi. Nanti bolehlah belek belek kot sesuai dengan kulit. Tq share Syu
حذفSelalu nampak tapi belum pernah mencuba lagi.
ردحذفProduk skincare ni kalau dah jumpa yang sesuai, jarang nak membeli yang lain melainkan kalau dah habis kan kak :)
حذفtak pernah jumpa plk cleanser ni. nurin stick dengan cetaphil pink tu je. malas nak tukar nanti rosak plk kulit hahaha. tu pun pemalas nak mati nak cuci muka pun.
ردحذفOkaylah kalau dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit :)
حذفtak pernah perasan cleanser st ives ni, selalunya beli scrub dia tapi dh lama juga tak produk st ives ni..
ردحذفDulu memang ada scrub je. cleanser ni macam baru lagi. Kat botol pun ada tulis 'new'
حذفBaru tau jugak St Ives ada cleanser. Tergelak baca tang bau cam kain buruk tu. Tapi tulah, wangi sangat pun tak bagus
ردحذفKann..rasa macam banyak produk keluar tak tahu produk lama ada rangkaian produk baru. Haha..saya rasa macam bau kain lembap terus terfikir macam kain buruk. Eloklah kan fragnance free.
حذفnak cari juga la. Botol macam ni senang nak tekan.. cleanser sedia ada pun nak habis dah tu.. nak cari yang hydrating..
ردحذفA ah senang jenis pump ni kan. Boleh cuba watermelon hydrating. Mesti bau dia okay lagi.
حذفKalau guna bahan organik memang bau dia kurang menyenangkan.
ردحذفLucunya Fizah kata bau kain buruk. Faham tu, sebab Kak Amie pun selalu beli barangan skincare berasaskan bahan organik.
Haaa tu lah tu Kak Amie, guna bahan organic bagus tapi kena tahan bau dia sebab fragnance free.
حذف