Tauhu Bakar RM3 je!

Setiap kali beli yong tau foo mesti akan beli tauhu bakar. Tak silap dah 3 kali membeli tauhu bakar. Mula tu nak beli sontong kangkung tapi habis pulak. Sotong kangkung tak ada beli tauhu bakar pun boleh lah.

Tak pasti berapa keping tauhu bakar dalam sebekas ni. Bukan tauhu bakar semata-samata. Didatangkan bersama hirisan timun dan sengkuang rangup. Atasnya ada taburan kacang tanah tumbuk. Kuahnya saya lupa pulak nak letak. 

Tauhu Bakar RM3

Puas makan sebekas ni sorang-sorang. Encik suami tak minat, jadi kita lah conquer makan sorang sorang tanpa gangguan. Kenyang juga makan tauhu bakar ni.

Tauhu bakar mudah je nak buat sebenarnya kan. Boleh bakar sendiri guna dapur atau ada air fryer boleh je guna. Tinggal hiris timun dan sengkuang je. Tapi tu lah tak berapa pandai nak buah kuahnya. Jadi kita beli je lah.

Lagipun encik suami tak makan, tak perlu beria nak buat sendiri. Nak makan beli je senang. Harga tauhu bakar RM3 kira murah jugak tu kan.

Tauhu rangup di luar dan lembut di dalam. Kuahnya macam kuah rojak buah. Sedap! Sesuai dimakan dengan tauhu bakar, timun dan sengkuang rangup. 

Gerai ABC Along Merah Delima

Waktu operasi :  
Isnin-Jumaat (Sabtu-Ahad Cuti)
Jam 12:00 pm - 6:00 pm

Lokasi : 447 taman college heights 8 (COD TCH FREE)
Hubungi : 0176218804

22 comments:

  1. Tengah kuarantin ni baca blog pasal makanan jela. Terliur betul. Murah tu RM 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhaiii..ampun Sal. Kalau ada dalam foodpanda boleh gak order. Ini pun jauh dari rumah Sal.

      Delete
  2. Memang murah.
    Takpe kalau suka boleh makan tanpa fikir kena tinggalkan sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah dan berbaloi.
      Hehe..makan tanpa rasa bersalah gitu.

      Delete
  3. lama tak makan ni..dulu kat KL kerap makan sebab ada satu kedai tu sedap tauhu bakar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kedai favourite boleh order selalu. Dah jauh ni mampu mengenang je lah kan kak. Harap ada lah jumpa kedai dekat dekat rumah yang jual tauhu bakar sedap.

      Delete
  4. terigt plak tauhu bakar klu balik JB ni hahaha.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada kedai fav KakRet kat sana kan. Nanti ke JB jangan lupa membeli. Nanti terkenang kenang lagi.

      Delete
  5. Sedapnya buat kudap-kudapan petang ni Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang buat minum petang ni. Makan sorang pulak tu kan. Memang sedaplah :)

      Delete
  6. Murah sangat tu RM3. Nampaknya selera Fiza, sama ngan Pak Inche kita. Yong taufu dan tauhu bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kan. Dah kira murah sangat dah tu kan. Hehe..itulah ter geng dengan Pak Inche pulak.

      Delete
  7. sedapnya tauhu bakar. murah jgk harga dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni yang saya jumpa, inilah terpaling murah. Sedap pun sedap.

      Delete
  8. Rasanya RM3 ni dah murah sangat dah. Dapat pula yang sedap. Lagi berbaloi baloi rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul naniey. Sangat berbaloi dengan rasa dan kuantitinya.

      Delete
  9. Di Indonesia ada kuliner mirip macam nih, namanya kupat tahu. Tapi tak tahulah sama persis kuah nya atau tak. Saya suka kalo makanan dengan bahan tahu seperti ini. Selalu enak, apalagi tahunya lembut di dalam 👍..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terus google kupat tahu..Kupat tahu di sana macam pecel kat sini. tauhu bakar ni kuah dia macam rojak petis buah tu. Kalau penggemar tahu, dah tentu suka makanan berasaskan tauhu. Sedap kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.