Telefilem Daffodil Lara

Telefilem Daffodil Lara, telefilem ulang siar bersiaran pada hari Selasa 15 Februari 2022, jam 9:00 di slot Drama On 2 TV2. Telefilem Daffodil Lara dibintangi pelakon Amyra Rosli, Hafeez Mikail, dan Amar Baharin.

Telefilem Daffodil Lara Drama On 2 TV2

TELEFILEM DAFFODIL LARA

Waktu siaran : Jumaat, 1 Jun 2018, jam 9:30 malam
Siaran TV : Slot Citra TV2
Ulang siar : 15 Februari 2022, jam 9:00 malam
Siaran TV : Drama ON 2 TV2
Penulis skrip : Siti Jasmina
Pengarah : Rahila Ali
Terbitan : Pena Creative Sdn Bhd

PELAKON DAN  WATAK

  • Amyra Rosli sebagai Lara
  • Hafeez Mikail sebagai Ilham
  • Amar Baharin sebagai Hairi
  • Marisa Yasmin sebagai Jane
  • Nabihan

SINOPSIS DAFFODIL LARA

Mengisahkan tentang Lara (Amyra Rosli) yang menguruskan sebuah kafe milik ibunya, Jane (Marisa Yasmin) di Cardiff. Sementara itu Hairi (Amar Baharin) yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti juga bekerja sambilan di tempat yang sama.

Berada jauh di negara orang membuatkan dua sahabat ini, Hairi dan Lara banyak meluangkan masa bersama dan saling memahami. Apa sahaja dikongsikan bersama keduanya termasuk suka dan duka. Lara sentiasa memerlukan Hairi dan begitu juga sebaliknya.

Keakraban itu membuatkan dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara. Dia berharap Lara sudi menerima dirinya sebagai kekasih. Namun sebaliknya pula bagi Lara. Lara sering mengelak apabila Hairi berbicara tentang hati kerana sejarah sedih kematian kekasih serta ayahnya. Kesedihan itu membuatkan dia belum sedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.

Namun segalanya berubah selepas itu apabila perkenalan Lara dengan Ilham (Hafeez Mikail) mula membuka pintu hatinya. Lara dengan mudah membuka hati untuk menerima Ilham yang jatuh hati kepadanya.

Pertemuan dengan Jane telah merungkai rahsia besar yang tidk diketahui dan dirahsiakan selama ini. Ilham merupakan anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur 2 tahun. Begitu pun keluarga mereka terputus hubungan dan Ilham berkongsi kisah keluarganya. Dari situlah Jane dapat kembali mengingati dia pernah menjadi ibu susuan Ilham.

Masing-masing kecewa dengan berita tersebut. Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat mereka saudara susuan. Begitu juga dengan Jane yang terpaksa menerangkan kebenaran. Mengecewakan Lara bermakna dia turut sama kecewa kerana menyedari perubahan positif Lara sepanjang menjalin hubungan dengan Ilham.

Apakah penyudahnya?
Adakah  Hairi dan Lara akan bersatu?

12 comments:

  1. Gandingan suami isteri tapi kekasihnya pelakon lain pulak ya. Suka tengok Amyra Rosli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, cerita lama ni. Tak pasti sebelum dorang kahwin atau selepas.

      Delete
  2. Harap Hairi berjaya keluar dari Friendzone. Hehe

    ReplyDelete
  3. Gandingan mantap, suami isteri berlakon.
    Temanya pun menarik, merungkai permasalahan anak susuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye suami isteri berlakon. Betul, ada kisah disebaliknya.

      Delete
  4. Wah cafe di cardiff, bulat ja mata bila baca hehe.. Cerita cinta, ringam, senang layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada kenangan akak kat sana kan. Ye, cerita tak perlu nak fikir lebih lebih. Boleh santai santai layan

      Delete
  5. Memang tiada jodoh antara Lara dan Ilham.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.