Terrace Cafe Qahwa Kopi, Jelatok Retreat Farm Lenggeng Negeri Sembilan
Dah lama berhajat nak mengopi dan makan di Terrace Cafe Qahwa Kopi di Jelatok Retreat Farm, Lenggeng, Negeri Sembilan ni. Salah satu hidden cafe farm yang menarik di Negeri Sembilan.
Saya tahu pun sebab terperasan sponsored post di instagram kalau tak silap. Ataupun scroll scroll terjumpa macam. Lupa! Tapi dah siap siap save supaya tak hilang.
Memandangkan masing masing dah sihat. Alhamdulillah… kita ambil udara luar kejap. Jom ke Kampung Jelatok Negeri Sembilan mengopi dan makan makan di Terrace Cafe lenggeng farm. Sambil tu dapat sedut udara segar dalam kebun.
Tak sangka, perjalanan agak mencabar juga. Melalui kampung, ladang sawit dan kebun, akhirnya sampai juga.
Jelatok Retreat Farm terletak di atas bukit. Naik bukit je terus nampak ReBarn Jelatok Farm dulu. Cuma ada dua je. Tak pasti ada berapa bilik. Nak tahu maklumat lanjut boleh tengok di website Jelatok Retreat Farm.
Macam menarik pulak menginap kat sini lari dari kesibukan bandar. Menginap di sini layan alam flora dan fauna. Udara pun segar.
Ada rezeki bolehlah menginap disini nanti. Bila tu tak tahulah. Kita pasang cita cita dulu.
Ada rezeki bolehlah menginap disini nanti. Bila tu tak tahulah. Kita pasang cita cita dulu.
Sebelah kanan ReBarn Jelatok Retreat Farm jalan menuju ke Terrace Cafe.
Tak susah nak cari sebab ada penunjuk arah. Tempatnya taklah besar mana pun. Tak mungkin akan sesat.
Sebelum masuk ke cafe, nampak pintu merah ni menuju ke swimming pool. Tak pasti ada apa disebalik dinding Sahara loop ni.
Pintu masuk swimming pool. Untuk yang menginap je kot ni.
Marilah kita menuju ke tujuan utama datang sini. Leka tengok tempat lain pulak. Pertama kali datang memang agak jakun sikit kan.
Sebelum masuk scan dulu Mysejahtera. Tak ada check suhu dah sekarang.
Masuk dalam ikut je laluan ni. Kiri kanan penuh dengan pelbagai jenis tanaman pokok bunga dan daun hijau.
Semua tanaman rare yang tak pernah saya tengok. Buah apa ni pun tak tahulah.
Tertarik juga dengan tumbuhan yang berbuah warna ungu ni.
Sebelum sampai cafe, melalui ruang ‘table for two’. Untuk romantic moment sesuai sangat.
Terus jalan masuk ke cafe. Senyap sunyi, tak ada pengunjung lain. Kami disambut mesra oleh pekerja cafe dengan ucapan selamat datang.
Menu yang tertulis di papan hitam.
Cafe agak luas dan banyak meja. Kami pilih duduk di tepi untuk lebih menghayati kehijauan dusun di lereng bukit.
Baru duduk, dah dihantar buku menu. Tak banyak pilihan yang ada . Tapi saya dah aim Dori Fish & Chips tu.
Menu minuman yang ada.
Encik suami pilih makan nasi + ayam masak hitam. Nasi putih ditaburi bawang goreng. Lauk ayam masak hitam, isi ayam tanpa tulang. Didatangkan bersama hirisan timun, sambal belacan dan juga keropok. Macam lama tak nampak keropok ni. Apa entah namanya ek?
Lauknya nak kata sedap sangat tu tidaklah. Tapi boleh tahan sedap juga. Saya jamah jugak sesudu. Dari segi rupa nampak macam lauk kenduri kahwin. Saya kalau isi ayam sahaja, kurang feel makan lauk ayam tak ada tulang.
Dori fish & chips pilihan saya. Besar boleh tahan portion ikan dori ni. French fries pun banyak dengan taburan paprika kot. Unik sikit, rangup dan sedap makan panas panas.
Ritual sebelum makan, ambil gambar dulu. Stress betul nak ambil gambar bila berlatar belakang kan nur yang terlalu banyak tapi mendung sebenarnya. Kang ambil gambar berlatar belakangkan cafe macam tak menarik pulak.
Nak juga ambil gambar berlatar belakangkan teres kebun yang cantik.
tak ready lagi cameran dah tangkap |
Order juga scones sebab nak cuba rasa. Teringin nak makan sejak tengok kampung peopla tu lah. Nak buat tak pandai. Alang alang ada, order terus. Sedap rasa scones dia yang sangat buttery, rasa macam kuih suji ke kuih arab entah. Lepas dah sapu butter dan jem blueberry kot, bertambah sedap.
Lokasi :Lot 4065, Kampung Jelatok Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Nak datang sini, waze kan je ' Jelatok Retreat Farm'. Confirm sampai!
2 ketul RM8 |
Tak lupa jugak order kopi. Disebabkan Mocha tak ada, kita order cappucino je. Beli 1 je minuman dan kongsi berdua. Bukan jenis makan berulam air. Kadang beli 2 tak habis. Baiklah kita beli 1 je. Air cappucino sedap!
Selesai makan, turun dari bukit nampak ada kuda. Kat sini ada haiwan lain jugak. Mungkin kalau stay di Jelatok Retreat ni ada aktiviti lain kot selain mandi kolam.
Agak agak rasa nak cuba kelainan menginap jauh dari bandar atau nak feeling makan di teres bukit sambil menikmati udara segar dalam kebun, bolehlah datang sini.
Weekend mesti ramai lah kot sebab weekend ramai orang keluar kan bila cuti. Terrace Cafe Qahwa Jelatok Retreat Farm Lenggeng ni weekend buka awal sikit pukul 10:00 pagi. Hari biasa pukul 12 tengahari baru buka sampai pukul 6:00 petang.
Lokasi :Lot 4065, Kampung Jelatok Mendom, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Nak datang sini, waze kan je ' Jelatok Retreat Farm'. Confirm sampai!
wow mcm menarik je... kat lenggeng je eh??? hahhaha nnt bole gak try jenguk2
ReplyDeleteSangat menarik. Ye kak Ret, kat lenggeng. Bolehlah singgah kalau terlalu. Rasanya kat sini je lah ada, tak ada cawangan lain.
Deleteuuu sedap dory tu
ReplyDeleteMemang sedap!
Deletecantik tmptnya..mkn scone sure rasa mcm kt cameron
ReplyDeleteYep, cantik! Scones kat Cameron Highland saya tak pernah cuba lagi.
DeleteMenarik tempat ni. Fizah pergi weekdays bolehla rilek2 buat macam tempat sendiri. In the future bolehla menginap pula.
ReplyDeleteItulah santai rilek rilek je tak ada orang lain. In future ada rezeki bolehlah menginap kat sini.
DeleteCantik betul kawasan kat sini ye Fiza.. Menu pun nampak sedap semuanya..
ReplyDeletePermandangan memang superb. Cantik! Menu pun menarik jugak.
DeleteWah, seronok baca entri Fizah malam ini. Seolah-olah Kak Amie ada bersama. Adik ipar Kak Amie orang Lenggeng. Pernah beberapa kali beraya di Lenggeng, siap panjat pokok rambutan, makan rambai dan minum air kelapa hahahaaa.
ReplyDeleteCantik Rebarn Jelatok Farm tu. Mesti best bermalam di situ. Mudah-mudahan tercapai hasrat untuk menginap. Bak kata Mama Cella dan SK, kena zikir selalu nak bermalam di situ. Suatu hari nanti tercapai juga hasrat hehehee.
Pergi bersama tentu lagi seronok kan Kak Amie. Melalui kampung kampung kat sini terus terbayang aktiviti kak Amie buat tu. Rumah masing masing banyak pokok dan laman luas.
DeleteSeronok kalau dapat bermalam. Hehe..begitu ye tipsnya. Mudah mudahan ada rezeki nanti. Aaminn...
Tempat nya sangat seronok. Lepastu duduk mcm ada privacy baru best sikit nak sembang sembang. nak sweet sweet dengan orang tersayang. Makanan pun nampak menyelerakan juga tu.
ReplyDeleteYe, kalau stay sini lagi syok agaknya. Cafe pun best. Nyaman dan tenang je
Deletetengok lokasi cafe ni macam personal property.
ReplyDeleteke dalam and nyaman.
Ye, personal property masuk ke dalam melalui kampung, ladang sawit dan kebun. Sangat nyaman atas bukit.
DeleteCantik sungguh pemandangannya..
ReplyDeletemakanan pun sedap dan menarik..
Permandangan memang cantik dari atas bukit. Makanan pun boleh tahan sedap.
DeleteUnik pula lauk ayam masak hitam guna isi. Tapi bagi yang tidak suka guna tangan sesuai pilih lauk ini.
ReplyDeleteSeronok dapat jalan tengok tempat belum pergi.
Saya pun pelik. Mungkin senang kot orang nak makan guna sudu dan garfu. Tapi lagi sedap kalau jenis bertulang kan.
DeleteTercapai juga hajat nak sampai sini. View dia yang cantik.
seronoknya kalau dpt menginap dkt situ, nampak tenang je..
ReplyDeleteKannn..macam best je suasana dan view dalam kebun. Nak kata hutan tak hutan sangat. Level kebun lah kot.
Deletemasa zaman sekolah dulu 2 minggu sekali mesti ke lenggeng ikut bestfren ammi gi rumah arwah neneknya...best betul basuh pinggan kat sungai tepi rumah.
ReplyDeleteWahh bestnya kenangan tu Ammi. Seronok ada rumah tepi sungai.
Delete