Header Ads

Ber Nasi Dagang Pula

Kalau sarapan pagi beli nasi kerabu ayam bakar mesti akan beli nasi dagang juga. Nasi kerabu untuk saya dan nasi dagang untuk suami. Encik suami tak makan nasi kerabu, kenalah beli nasi dagang. Tapi saya makan je dua dua, cuma kalau ada nasi kerabu pilih nasi kerabu dulu lah.

Semalam sajalah minta beli nasi dagang extra sebab saya nak makan tengahari nasi dagang. Saja nak bertukar selera. Nasi dagang ni sikit je kuantiti dia. Semangkuk kecil, dihidangkan dengan lauk ikan tongkol sepotong dan ada juga 2 ketul ayam goreng.

Nasi Dagang

Nasi dagang (Jawi: ‏ناسي داڬڠ‎‎)

Nasi dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal dalam kalangan orang Melayu di beberapa tempat sebelah Pantai Timur Malaysia khususnya di Terengganu dan Kelantan. Namun, boleh juga didapati di rantau selatan Thailand (Pattani, Yala dan Narathiwat)

Nasi dagang Kelantan

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna perang kerana menggunakan beras berbeza dikenali sebagai 'beras dagang'.

Nasi dagang Terengganu

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) saiz besar yang dipotong-potong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Yang saya beli tu nasi dagang Kelantan sebab tanpa acar timun. Rasanya bukan Kelantan dan Terangganu je ada nasi dagang, nasi dagang Pahang pun ada kan?

Sebungkus nasi dagang, harga RM5 atau RM6 macam tu. Kuah gulai dia pekat, cuma ikan dia tak berapa besar lah. Berbaloi jugak lah membeli. Dah berkali kali juga beli nasi dagang kat kedai Maliki Tomyam Persiaran Desa Rhu 1 depan Masjid Qariah Sikamat.

sumber : wikipedia

هناك 24 تعليقًا:

  1. suka dua2 jenis nasi dagang...tp sbb akak org klate semestinya fav nasi dagang klate...tp suka yg mama akak buat la...akak pn dh try buat guna noxxa cpt...kalo manual kena byk kali kukus hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Nampak macam agak leceh jugak nak buat tu kan. Dapat yang original atau air tangan mak sendiri mestilah lagi sedap.

      حذف
  2. samalah, akan pilih nasi kerabu jg kalau ada dua2..

    ردحذف
  3. Dah lama Aini x makan nasi dagang..
    Di Puncak Alam ada satu famous nasi dagang..klau orang nak beli memang beratur panjang

    ردحذف
  4. Suka nasi dagang
    semlm baru mkn ,org Ganu masak he hee

    ردحذف
  5. semua saya makan kalau ada nasi kerabu dengan nasi dangang

    ردحذف
    الردود
    1. Hebat ni sekali makan 2 jenis nasi :)
      Tapi biasanya porsi nasi dagang ni sikit je kan.

      حذف
  6. Akk suka dua-dua,, bila nak beli tu ikut mood masa tu nak makan nasi kerabu ke nasi dagang hehe...

    ردحذف
  7. Nasi dagang kak pah terengganu famous dan sedap

    ردحذف
  8. Sedap . Tapi tu la tak kena selera dengan tekak ccl ni

    ردحذف
  9. Saya pernah icip nasi dagang, tapi dah lama sangat. Pas saat itu ada semacam Bazaar di USM. Ada yg jual nasi dagang dan nasi kerabu. Tapi honestly lebih suka nasi kerabu 😁. Mungkin Krn lebih komplit, wrna lebih cantik, sementara nasi dagang kan hanya 1 lauk 😄

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah kita suka nasi kerabu lebih dari nasi dagang. Nasi kerabu banyak ulaman, sambal, warna nasi yang menarik dan banyak pilihan samada ayam, daging atau ikan.

      حذف
  10. susah nak cari nasi dagang yang kena dengan selera tekak ni

    ردحذف
  11. Saya suka jugak nasi dagang! Sedapnyaaa... Nyummm!

    ردحذف
    الردود
    1. Sedap kalau nasinya dimasak elok berderai dan ada rasa. Gulainya mesti pekat barulah sedap dua² ni bergabung.

      حذف
  12. Baru sahaja sarapan pagi nasi dagang. Eh selalu lauk ikan tongkol. Ada ayam goreng ya Fiza punya.

    ردحذف
    الردود
    1. Bernasi dagang jugak ye. Taklah rasa teringin tengok post ni kan. Hehe..ayam goreng tu sebagai tambahan je. Memang beli mesti dapat ayam goreng sekali.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.