Best Masala Milk Tea Nepal, Souvenir Dari Nepal

Tiba-tiba dapat whatsapp, anak buah nak singgah rumah for lunch hour. Kebetulan dia outstation di sekitar Seremban. Saya pulak puasa hari Isnin haritu. Jadi tak masak lah untuk lunch. Cepat cepat kelentang kelentung masak kat dapur.

Elok dia sampai, saya pun dah siap masak. Beria dia nak tapau sebab taknak susahkan saya masak. Saya pulak beria nak masak. Guna kuasa veto ucu, maka jangan ngada ngada nak membeli. Tetamu datang, kenalah menjamu apa-apa. 

Puasa pun tak ada hal lah. Bukan budak kecil pun berpuasa tak tahan godaan. Masuk-masuk dia bagi sourvenir dari Nepal, best masala milk tea Nepal. 

best masala milk tea nepal souvenir dari nepal ke malaysia
 

Yang menariknya bungkusan tehnya di letakkan dalam beg yang comel ni. Bahagian belakang ada instructions how to make Nepal milk tea. 

Bulan lepas dia ke Annapurna base camp Nepal bercuti dan hiking sekali bersama kawan-kawan. Lepas tu stranded ribut salji selama 5 hari. Sebelum balik dia sorang je positive Covid-19. Terpaksa kuarantin sorang-sorang kat Nepal 5 hari macam tu. 

Tiket burn, dahlah beli tiket business class. Syukur jugaklah selama kuarantin tak ada symptom teruk. Balik Malaysia sekali lagi check positive dan sambung kuarantin. Macam-macam dugaan betul. Bertuah juga boss bagi gaji jugak cuti 15 hari tu. 

Nak datang pun siap bertanya "Ucu terima tetamu tak?" Risau kot. Biasanya kalau post-Covid 19 dia tak akan menjangkiti sesiapa dalam masa 3 bulan. Selagi tak ada symptom okay je. Kadang dah berjaga pun, terkena jugak. 

Mungkin juga dah kena tapi tak ada symptom. Benda tak nampak, susah nak jangka. Apa apa pun kita doa lah semoga tak dijangkiti.

Eh termelalut cerita lain. Setakat ni belum ada rasa nak cuba lagi masala milk tea ni.  Kena cuba nanti sebelum expired. Nanti dah buat, saya review lain.


20 comments:

  1. Pertama kali tengok bungkusan teh dibungkus elok macam tu . Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali tengok. Nampak macam exclusive sikit kan.

      Delete
  2. Untung anak buah dapat ucu siap masak untuk dia, Alhamdulillah dapat souvenir, baca masala milk tea pun dah telan air liur, dap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki bersama. Masak yang mudah mudah je kak. saya belum pernah rasa lagi masala milk tea. Excited gak nak cuba. Tapi sekarang ni tengah sakit gigi kurang berselera pulak.

      Delete
  3. Wah, anak buah sampai Annapura Base Camp ye. Banyak dugaannya di sana sampai kena kuarantin.
    Teringat dulu Kak Amie ke Nepal, delay 10 jam. Bolehnya dua atau tiga kali terputus bekalan elektrik di aiport. Sampai KLIA, semua beg penumpang tertinggal di airport Kathmandu!
    Masala tea Nepal tu setiap hari kami minum di sana terutama waktu sarapan pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sampai situ je. Tak sampai atas katanya. Lagi jauh nak sampai puncak. Itulah tu, banyak dugaannya. Perjalanan naik bas tu lama jugak kak Amie. Dugaan satu lagi boleh pulak guide tu sesat bawak semua orang. Delay 2 jam hiking. Allahuakbar, lagi dasat beg tertinggal kat sana.

      Mesti terkenang kenang rasa teh masala Nepal kan :)

      Delete
  4. bestnya dia dah pergi oversea! saya tak berani lagi, takut terkandas sakit di negara orang. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia and the gang dah rancang lama kot agaknya. Ada peluang terus pergi. Nanti dah reda COVID sikit, bolehlah fly Sal :)

      Delete
  5. Penasaran dengan rasa masala milk tea nih kak... Saya langsung terbayang bumbu masala 😄. Ada rasa2 masala dalam milk tea nya kali Yaa ? 😁... Kalau dah Cuba bagi tahu Yaa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun teruja nak tahu rasa masala tea ni. Nanti saya cuba dan review ye.

      Delete
  6. ammi pun sekarang cukup takut gi rumah orang (ziarah makcik2) sbb takut dorang taknak terima tetamu. Tapi kalau kita dah terpacak depan rumah takkan dorang nak halau pulakkan.

    Tp tulah..selalu ammi call dulu. risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga bertanya dulu. At least dorang tahu kita nak datang, kalau tak boleh bagitahu elok elok. dan kalau boleh, boleh juga prepare apa yang perlu siap-siap.

      Delete
  7. Beg/bekas boleh simpan. Lawa pula.
    Hehe untung ada dapat teh masalah dari Nepal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Buat pouch untuk duit syiling pun boleh.
      Alhamdulillah, orang memberi kita merasa.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.