Bihun Tomyam Tak Nak Ayam Tak Nak Daging

Blur tiba-tiba encik suami tanya nak makan apa. Entahlah, rasa kenyang sebenarnya sebab lewat makan tengahari semalam. Rasa tak perlu makan malam pun takpe. Tapi rasa macam nak minum air laici kang. Lepas tu fikir nak makan apa yang simple je.

Selepas beberapa minit loading, barulah dapat idea nak makan bihun tomyam je lah. Tapi taknak ayam dan tak nak daging. Takut kecewa dapat daging liat atau isi ayam yang hanyir tak cukup masak. Baiklah kita request macam tu siap-siap.

Pernah je cakap tomyam seafood, sekali dia letak jugak ayam dan kadang daging. Itu yang frust tu. Lebih baik cakap taknak ayam dan daging. Senang faham terus.

bihun tomyam simple

Maka dapatlah seperti yang diminta. Tak ada ayam mahupun daging. Sotong ada lah dalam beberapa kerat. Udang pulak ada 3 ekor. Kali ni dapat kurang bawang dah kira bagus. Jenuh juga nak habiskan bawang kadang. 

Rasanya dah lama tak order tomyam. Sedaplah pulak bihun tomyam ni walaupun kuah dia tak pekat sangat dan kurang pedas. Lupa nak minta pedas. Sambil menaip kecur pulak tengok tomyam ni. Bila puasa ni semua pun nampak sedap, kan.

20 comments:

  1. Tulahhhh.. nampak sedap nau2 ni... tolongggggg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan time hujan pulak tu kak, sedap nau nau...ape lagi, order jap jap lagi :)

      Delete
  2. Sekali sekala pekena macam ni sedap juga.. Biasa makan tomyam dengan nasi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, biasa makan dengan nasi putih dan telur dadar. Sesekali berbihun pulak :)

      Delete
  3. Tengok gambar ni pun dah meleleh air liur . Nampak sedap..
    Tapi jarang dah nak beli kalau tapau sebab dorang letak bawang macam kita ni order tomyam bawang pula. Kalau makan kat kedai elok je tak banyak bawang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga walaupun kuat pekat. Tahu takpe! Selalu sangat dapat tomyam bawang.

      Delete
  4. Tomyam ni menu fav waktu puasa. Macam membangkitkan selera giteww hahaha.

    Betul kalau order kat kedai risau dapat yg kurang masak atau berbau. Potong mood nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hirup kuah panas panas tu yang sedap tu. Itulah tu, baik kita order mana yang menyelerakan tekak kita.

      Delete
  5. Tomyam... Kegemaran akak tu. Ya. Selalu kalau cakap tomyam je, confirm ada ayam daging seefood di dalam. Terliur pulak tengok tomyam pepagi ni Fiza oii. 🤣😂🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tomyam kegemaran ramai. dapat yang kuah pekat pedas, kena dengan selera bertambah tambah selera makan kan kak. Kena order tomyam nampaknya tu :)

      Delete
  6. Hujan lebat...makn bihun tomyam panas- panas...huiiii....mantop

    ReplyDelete
  7. kdg2 mmg ada yg tk paham bila ckp seafood tp masih ltk ayam dan daging kn hehe

    ReplyDelete
  8. Akak memang selalu pesan bihun tomyam. Selalu dapat isi ayam sahaja.
    Betul takut dapat liat. Haha pengalaman akak minta daging masak merah dengan nasi kosong memang serik. Jenuh habiskan daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat daging liat, jenuh jugak nak habiskan tu kak.

      Delete
  9. Ammi masa awal2 pregnant inilah yg ammi minta...mihun sup taknak isi. husband siap cakap...ambik je isi tu nanti saya makan...takmo jugak hahaha..melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..melampau sangat ni Ammi. Biasalah tu ada je karenah ibu mengandung.

      Delete
  10. Sedap . Kadang2 teringin tomyam sayur . Taknak sebarang ayam daging @ seafood

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.